Isnin, 26 Januari 2009

Orang Sarawak...

Mengajar di Kapit merupakan saat yang istimewa bagi. Di situlah aku berpeluang untuk bergaul dengan guru Melayu Sarawak, Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah, Punan, Cina.

Melayu Sarawak.
Etnik yang bersopan santun. Diorang berbudaya lemah lembut. Melayan tetamu dengan baik. Suka bekerja. Jadi tidak hairanlah mereka antara etnik yang paling maju di Sarawak. Membentuk kira-kira 20% dari penduduk Sarawak, mereka mendakwa berasal dari Sumatera dan juga sedikit dari Johor. Namun, pada pandangan saya, Melayu Sarawak telah banyak berintegrasi dengan Orang Dayak (Iban dan Bidayuh) terutamanya melalui perkahwinan. Banyak persamaan antara kedua-dua etnik tersebut terutama dari segi bahasa. Dialek Sarawak memang sukar untuk difahami walaupun dari saudaranya iaitu Melayu Semenanjung itu sendiri. Ada juga satu tempat di Bahagian Kuching yang bernama Kampung Terengganu. Dinamakan begitu kerana penduduk kampung itu berasal dari Terengganu yang telah berhijrah pada zaman dahulu untuk berniaga songket. Sekarang penduduk di kampung itu masih lagi menyimpan songket yang tidak terjual dulu. Contoh nama Melayu Sarawak, Azid Mohamad.



Iban.


Dikenali juga sebagai dayak laut, Iban merupakan etnik majoriti di Sarawak iaitu 34%. Bahasanya ada sedikit persamaan dengan bahasa Melayu. Contohnya makan-makai, nasi-asi, berjalan-berjalai, sudah-udah dan sebagainya. Namun, agak banyak juga yang berbeza. Orang juga berbeza mengikut tempat. Contohnya, Iban dari Sri Aman lebih lembut percakapannya berbanding dengan Iban Kapit. Mungkin geografi Kapit yang agak berbukit-bukau menjadi Iban Kapit agak kasar dalam intonasi suaranya. Secara fizikalnya, Iban berkulit cerah. Contoh nama orang Iban..Lungie ak Dimbap.



Bidayuh.


Dikenali sebagai dayak bukit. Aku tidak banyak mengetahui tentang orang Bidayuh. Secara keseluruhannya sama seperti orang Iban. Mungkin sedikit berbeza dari segi bahasa. Contoh nama orang Bidayuh..Paulsta ak Vincent.



Kayan.


Berada dalam kategori Orang Ulu. Pada zaman dahulu, orang Kayan bermusuh ketat dengan orang Iban terutamanya yang tinggal di sepanjang Sungai Rajang. Orang Kayan seperti Orang Ulu yang lain berkulit kuning langsat seperti orang Cina. Ramai daripada mereka yang berkahwin campur seperti mat saleh. Saya pernah terbaca yang diorang ni berasal dari IndoChina. Namun, mereka mendakwa berasal dari Kalimantan. Dari penyelidikan saya di internet, memang Orang Dayak dan Orang Ulu berasal dari Kalimantan. Malah terdapat Sungai Kayan di Kalimantan yang mana orang Kayan berasal dari sana. Jangan terkejut bahawa walaupun diorang berasal dari pedalaman namun Orang Ulu ni orang yang baik, melayan tetamu dengan baik, pembersih serta juga kuat bekerja. Pandangan saya itu berdasarkan beberapa orang Ulu yang saya kenal namun secara keseluruhannya saya tidak berani nak komen. Contoh nama orang Kayan..Madang Juan.



Kenyah.


Seperti Kayan, Kenyah juga termasuk dalam kategori Orang Ulu. Tidak banyak berbeza dengan orang Kayan. Contoh nama..Jawi Kulleh.



Punan.


Juga dalam kategori orang Ulu.



Cina.


Cina dari Sibu ramai dari etnik Foo Chow. Mendominasi ekonomi di Sibu dan juga Kapit.



Begitulah serba sedikit mengenai etnik di Sarawak ni. Ada lagi yang lain seperti Melanau, Penan, Punan Bah, Lun Bawang namun tidak cukup informasi.

(Kuala Rompin)

12 ulasan:

  1. blog yang menarik...tentang etnik sarawak.cuma satu yang tertinggal pada pandangan saya, iaitu ikan yang glamer di sarawak..adakah itu ikan yang dipegang oleh saudara roslan?adakah ikan tersebut bernama 'Semah'? dan tahniah kepada saudara roslan atas kehadiran 'cahaya mata' dalam hidup saudara.semoga bertambah bahagia.apa yang sama antara Haris dan abahnya?tengok kat kaki dia..ada nampak bola tak?..
    A'kum...

    BalasPadam
  2. Memang nak tulis nama ikan tu tapi lupa ah namanya.Heh..Byk lagi yang tertinggal pasal etnik sarawak ni..nak kena buat research lg. Heh..Mcm kenal je Tanpa Nama ni..hehe..

    BalasPadam
  3. hang kenai kawe ker? iyer ler...kamek lah tok..he2..oic, pandeinya hang buat blog.awat 2 thn kat balleh x buat blog pun?byk masa ker skang?sbb xde kelas hipers..ha2..sori Lan,laptop aku rosak ler.soo, jarang online.dah tu, cam biasa, internet lembap beb ..ha2..ajar aku buat blog? nak buat jugak ler..cam best jer..ha2.orait..kim slm kat ahmad haris ikhwan..wacaaa..

    BalasPadam
  4. Apa cite kejap ckp kedah..kejap klate..kejap sarawak ni..heh...Aku pun xlah banyak masa. Cuma skrg ni pakai broadband. Itu yg byk ms sket online. Senang je buat blog. Masuk je www.blogspot.com. Pastu, nnt diajar ah cane nak buat blog. Cuba ah buat. leh training manulis. Ko pn kan banyak idea bernas.

    BalasPadam
  5. Orite, tq...Lan, Cikgu Khai kt dlm ni aku igt Khairul..rupanya bukan ekk..Kay ada kt sblh aku ni.
    dia tya, apa maksud 'langsanah'? aku pun nak tau jugak...
    ada mmbr aku kt sblh ni tya, ada cikgu nama fairuz aswandi x kat skolah ngko?bdn dia besa2,..
    oic..anak dh tido ker?free bebeno?

    BalasPadam
  6. Korang buatlah blog. Leh aku baca. Haha..Langsanah tu panggilan member kt kg. Lang tu nama ak. Sanah tu diambik daripada nama mak aku..hasanah. Mmber2 aku gabung sbb nak bezakan daripada lang yg lain. Heh..Ada cikgu fairuz aswandi kat skolah aku. Dia cakap ada kwn dia kena posting kt smk balleh. Heh..

    BalasPadam
  7. Salam..
    Emm..Cikgu, sya mahasiswa final year UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SERDANG...sya buat thesis master untuk sejarah etnik2 sarawak. sya jga berasal dr Kuching Sarawak. Byk kesilapan pada history & asal usul etnik2 Sarawak y cikgu tulis tu. Need to check back spya x mglirukan.Internet bukan sumber yang utama..

    BalasPadam
  8. boleh x senaraikan list 27 etnik di sarawak?

    BalasPadam
  9. boleh x encik roslan cerita kan kesah etnik foo chow. sy rasa etnik foo chow ni asal dari china dan lari ke sarawak semasa perang.. dan raja brook m'benarkn mereka menetap di negeri serawak.

    BalasPadam
  10. Azid Mohamad tu blm cukup melayu sarawak lagi nama tu... Kalau nama seperti Affendi Julaihi, Sapian Amit dan Bujang Sepawi tu baru nama yang betul2 melayu sarawak dan susah nak cari nama macam tu kalau kat negeri2 lain... Dan banyak informasi dalam ni kalau boleh diperbetulkan dengan sumber rujukan sbb saya sebagai org kapit, sarawak kalau boleh biar maklumat yang disampaikan dalam post ni sahih...

    BalasPadam
  11. di Indonesia, Iban, Bidayuh, dan Orang Ulu digolongkan sebagai etnik Dayak, yang membedakan adalah asal wilayah. Di Indonesia etnik dayak dibagi menjadi 7 sub-etnik, yaitu Dayak Murut (Orang Ulu), Dayak Apo kayan (Orang Ulu), Dayak Punan(Orang Ulu), Dayak Laut/Iban, Dayak Darat (Bidayuh), Dayak Ot Danum, Dayak Ngaju

    BalasPadam
  12. Melayu antara entik termaju?..mungkin juga ..tetapi etnik dayak lebih bedikari walaupun peluang bekerja di jabatan kerajaan sangat sukar biar pun sama taraf pendidikan 😊

    BalasPadam