Pada 22 Julai 2009 akan berlaku gerhana matahari di sekitar Asia Timur dan Kepulauan Pasifik. Tempoh gerhana matahari dikatakan sekitar 3pm-7pm. Terdapat spekulasi mengatakan 3 gempa bumi bawah laut yang akan berlaku di sekitar Taiwan, Jepun dan Kepulauan Pasifik kesan daripada gerhana matahari tersebut.
Ketika gerhana matahari berlaku; matahari, bumi dan bulan akan berada dalam satu jajaran. Keadaan ini akan memangkin dan mencetus aktiviti seismik yang akan menyebabkan berlakunya gempa bumi.
Apa yang menjadi kerisauan ialah kemungkinan gempa bumi bawah laut akan berisiko untuk menghasilkan tsunami. Malah lebih buruk, jika tsunami berlaku kemungkinan Malaysia terutama Pantai Timur Semenanjung, Sabah, dan Sarawak akan terkena tempiasnya.
Jadi, kepada penduduk di pesisir pantai Pantai Timur Semenanjung, Sabah, dan Sarawak perlulah mengambil langkah berjaga-jaga dalam tempoh tersebut. Elakkan daripada mengunjungi pantai. Walaupun ianya adalah spekulasi, adalah lebih baik kita mengambil langkah berjaga-jaga. Beringat sebelum kena.