Memaparkan catatan dengan label gempa bumi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gempa bumi. Papar semua catatan

Ahad, 22 Mei 2011

Kad Permainan Illuminati - 2

Sebelum ini saya pernah ulas tentang permainan ini serba sedikit. Klik di sini. Sekarang saya ingin menambah maklumat tambahan tentang isu ini.


Imbas kembali. Lihat kad ini.


Mesti anda perasan persamaannya dengan yang ini.


dan dengan yang ini.



Pasti semua dah tahu gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Jepun 11 Mac 2011. Anda lihat kad tersebut yang mana menara jam tersebut sama dengan menara jam di Tokyo. Tajuk kad tersebut iaitu 'Combined Disasters' bertepatan dengan kombinasi 3 tragedi di Jepun iaitu gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear. Mengerikan persamaannya.

Kaedah untuk mewujudkan gempa dikatakan ditemui secara tidak sengaja oleh Russia dengan memancarkan gelombang tertentu ke dalam rekahan bumi. Dikatakan US mempuyai alatan untuk mewujudkan gempa bumi yang dinamakan The High Frequency Active Auroral Research Program (HAARP). Anda boleh tanya pak cik google untuk tahu lebih lanjut.


Satu lagi persamaan ialah jarum jam dan minit pada menara tersebut yang menunjukkan 3 dan 11, adakah kebetulan dengan tarikh bencana tersebut pada bulan 3 tahun 2011? Lihat di bawah.

Ada juga yang mentafsirkan kad di atas dengan satu peristiwa yang akan berlaku di Olimpik London 2012. Lihat lima orang dalam gambar tersebut yang mana mereka memakai baju berwarna sama dengan warna gelung olimpik. Adakah mungkin akan terjadi satu peristiwa dasyat pada temasya berkenaan? Di tambah lagi dengan spekulasi bahawa tahun 2012 akan terjadi bencana besar di dunia ini yang berkaitan pengakhiran kalendar maya.

Anda boleh tonton youtube di bawah.





Lihat gambar logo olimpik London 2012 di bawah. Ada perkataan ZION pada logo tersebut.


Gambar kad di bawah menunjukkan tumpahan minyak. Semua sudah tahu tentang peristiwa tumpahan minyak di Teluk Mexico akibat letupan pelantar cari gali minyak British Petroleum (BP).





Adakah semua ini satu kebetulan atau sememangnya telah di rancang? Atau dajjal sudah mula hendak menunjukkan kehadirannya? Anda takut? Untuk makluman, permainan ini mempuyai 330 keping kad. Mungkin anda berminat untuk membeleknya satu persatu untuk mengetahui apa lagi yang di rancang.

Sama-samalah kita memperkuatkan iman kita kepada Allah SWT. Mungkin juga para pengamal tasawuf boleh memberi sedikit komen.

Isnin, 9 Mac 2009

Nibiru - Ancaman Dari Angkasa Lepas




Sahabat-sahabat sekalian, dalam kehidupan ini kita seringkali mengalami masalah dan ancaman, yang paling terkini adalah masalah kenaikan harga minyak dan juga kenaikan harga barang keperluan. Semua ini adalah masalah yang berlaku akibat dari dalam bumi itu sendiri. Sekarang, saya ini berkongsi informasi bersama sahabat-sahabat mengenai ancaman yang datang dari luar bumi yang perlu kita semua tahu dan seterusnya dapat menghayati kekuasaan Allah yang Maha Hebat.

Allah SWT telah menciptakan banyak bintang di alam semesta dalam kuantiti yang tidak terbilang selagi dikehendakiNya. Dari pandangan sains astronomi, gugusan bintang ini diberi nama galaksi nama ‘galaksi’. Terdapat banyak galaksi yang hanya ALLAH saja yang tahu jumlah sebenarnya. Salah satu daripadanya adalah galaksi di mana bumi kita berada di dalamnya yang diberi nama ‘bima sakti’.Dengan kuasa ALLAH diciptakanNya pula objek langit dan planet berputar mengelilingi matahari mengikut orbit yang tersusun. Kumpulan planet yang bergerak mengelilingi matahari, diberi nama pula Sistem Suria (Solar System). Begitu pula dengan galaksi lain yang memiliki pusatnya sendiri. Putaran planet terhadap pusat galaksi secara tersusun ini kemudian disitilahkan sebagai ‘orbit’.



Pakar-pakar astronomi menyatakan kini sudah banyak planet yang berputar secara berbalik arah, jika di planet bumi kita ini matahari masih terbit dari arah timur, maka beberapa tahun ini terdapat fenomena baru yang di dalam pemantauan ahli astronomi ini planet lain sudah mulai berbalik arah dan matahari terbit dari arah barat. Dari sisi ilmiah, inilah pertanda akhir zaman mendekati kiamat, sebagaimana petunjuk dari Nabi junjungan kita, Muhammad SAW. Dalam kekalutan memantau berterusan pergerakan planet-planet yang telah berlawan arah ini, mereka menemui satu planet baru yang di beri nama Planet Nibiru (ada yang panggil Planet X).

Nibiru ini ditarik oleh daya graviti matahari yang besar dalam sistem suria kita, sehingga kemudian ia masuk ke dalam orbit planet-planet dalam keadaan berlawanan arah, dan suatu masa nanti Nibiru akan bertembung dengan bumi. Para sainstis meramalkan 50 tahun lagi Nibiru ini akan memasuki orbit sistem suria kita, sejak ia ditemui pada tahun 2003. Dengan kata lain, kehancuran bumi bakal terjadi pada tahun 2053? Ada laman web yang menyatakan pertembungan ini berlaku pada 2012. Dari segi sains, pembolehubah-pembolehubah yang terlibat adalah dinamik dan boleh berubah ubah. Atau adakah ini adalah kiamat yang disebut dalam Al-Quran? ALLAH Maha Berkuasa atas segala-galanya.



Lintasan Planet Nibiru ke dalam sistem suria dikatakan bakal memberikan impak yang dahsyat di bumi. Gempa-gempa bumi terkuat dalam sejarah manusia moden akan terjadi ketika ini. Setelah bumi bergerak sejajar dengan medan magnet Nibiru, gempa bumi berskala lebih 9 skala Richter akan berlaku dan akan dirasai banyak tempat di dunia. Ketulan ais di kutub akan terbelah dan mencair, meningkatkan aras air laut sehingga menenggelamkan banyak tempat di dunia. Gelombang tsunami raksasa juga dijangkakan akan berlaku pada masa tersebut.

Gangguan elektromagnetik yang berlaku di planet-planet lain dalam sistem suria ketika ini juga dipercayai disebabkan oleh graviti Nibiru. Perubahan cuaca yang agak ekstrem ini juga dipercayai berpunca daripada ketidakstabilan gelombang elektromagnetik bumi akibat pengaruh Nibiru. Namun, kita sebagai rakyat Malaysia yang masih mentah dalam astronomi tidak mengetahui dan tidak didedahkan dengan pengetahuan tersebut. Walaupun, kita sudah ada angkasawan, namun, kita masih terlalu muda untuk melibatkan diri dalam sains angkasa lepas. Kita hanya disuapkan dengan fenomena pemanasan global dan perubahan cuaca dunia yang disebabkan oleh aktiviti manusia sendiri. Walhal, pengaruh luar bumi juga turut menyumbang kepada fenomena ini.



Kestabilan medan magnet bumi yang dipengaruhi oleh matahari akan terganggu oleh lintasan Nibiru. Pergerakannya memasuki sistem suria menyebabkan suhu teras bumi meningkat secara mendadak akibat adanya pertambahan gerakan berputar di dalamnya. Ketika teras bumi cuba mencapai keseimbangan bagi perubahan mendadak dalam sistem suria, keadaan ini akan menghasilkan kesan sampingan yang teruk antaranya perubahan cuaca yang tidak stabil dan meningkatnya aktiviti gunung berapi seperti yang berlaku sekarang.



Peningkatan suhu teras bumi mengakibatkan peningkatan berkala pada aktiviti seismik dan gunung berapi. Gempa bumi pun sering terjadi. Daerah pegunungan diancam bahaya lahar. Kepanasan dari teras bumi bumi diserap oleh mantel dan akhirnya kerak bumi mengakibatkan peningkatan suhu dasar laut. Air laut yang semakin panas akan merubah pola arusnya, taburan hujan berubah dan pola-pola meteorologi terganggu.



Adakah keadaan ini membawa kepada kejadian kiamat? Allah SWT telah berfirman banyak kali dalam Al Quran yang menjelaskan betapa dahsyatnya kiamat. Seperti di dala Surah Al-Waqiah ayat 1 hingga 6 yang bermaksud: “Apabila terjadi hari kiamat, tidak seorangpun dapat berdusta tentang kejadiannya. (Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain), apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya, dan gunung-gunung dihancur luluhkan seluluh-luluhnya, maka jadilah ia debu yang berterbangan,”. Jika benar pertembungan ini yang memulakan kiamat, maka itu ALLAH SWT jualah yang menghendakinya.



Dan jika makluman ahli sains angkasa itu salah, maka hendaklah kita jadikan renungan dan iktibar. Marilah kita muhasabah diri kita. Kita diminta oleh Rasullullah SAW untuk membaca, memelihara dan menyebarkan Al Quran. Perkara kiamat adalah ketentuan Allah yang mutlak dan pasti akan berlaku. Yang penting bagi kita adalah bersedia untuk menghadap ALLAH. Adakah kita telah bersedia?
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web ini.