
Mengajar di Kapit merupakan saat yang istimewa bagi. Di situlah aku berpeluang untuk bergaul dengan guru Melayu Sarawak, Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah, Punan, Cina.
Melayu Sarawak.
Etnik yang bersopan santun. Diorang berbudaya lemah lembut. Melayan tetamu dengan baik. Suka bekerja. Jadi tidak hairanlah mereka antara etnik yang paling maju di Sarawak. Membentuk kira-kira 20% dari penduduk Sarawak, mereka mendakwa berasal dari Sumatera dan juga sedikit dari Johor. Namun, pada pandangan saya, Melayu Sarawak telah banyak berintegrasi dengan Orang Dayak (Iban dan Bidayuh) terutamanya melalui pe

rkahwinan. Banyak persamaan antara kedua-dua etnik tersebut terutama dari segi bahasa. Dialek Sarawak memang sukar untuk difahami walaupun dari saudaranya iaitu Melayu Semenanjung itu sendiri. Ada juga satu tempat di Bahagian Kuching yang bernama Kampung Terengganu. Dinamakan begitu kerana penduduk kampung itu berasal dari Terengganu yang telah berhijrah pada zaman dahulu untuk berniaga songket. Sekarang penduduk di kampung itu masih lagi menyimpan songket yang tidak terjual dulu. Contoh nama Melayu Sarawak, Azid Mohamad.
Iban.
Dikenali juga sebagai dayak laut, Iban merupakan etnik majoriti di Sarawak iaitu 34%. Bahasanya ada sedikit persamaan dengan bahasa Melayu. Contohnya makan-makai, nasi-asi, berjalan-berjalai, sudah-udah dan sebagainya. Namun, agak banyak juga yang berbeza. Orang juga berbeza mengikut temp

at. Contohnya, Iban dari Sri Aman lebih lembut percakapannya berbanding dengan Iban Kapit. Mungkin geografi Kapit yang agak berbukit-bukau menjadi Iban Kapit agak kasar dalam intonasi suaranya. Secara fizikalnya, Iban berkulit cerah. Contoh nama orang Iban..Lungie ak Dimbap.
Bidayuh.
Dikenali sebagai dayak bukit. Aku tidak banyak mengetahui tentang orang Bidayuh. Secara keseluruhannya sama seperti orang Iban. Mungkin sedikit berbeza dari segi bahasa. Contoh nama orang Bidayuh..Paulsta ak Vincent.
Kayan.
Berada dalam kategori Orang Ulu. Pada zaman dahulu, orang Kayan bermusuh ketat dengan orang Iban terutamanya yang tinggal di sepanjang Sungai Rajang. Orang Kayan seperti Orang Ulu yang lain berkulit kuning langsat seperti orang Cina. Ramai daripada mereka yang berkahwin campur seperti mat saleh. Saya pernah terbaca yang diorang ni berasal dari IndoChina. Namun, mereka mendakwa berasal dari Kalimantan. Dari penyelidikan saya di internet, memang Orang Dayak dan Orang Ulu berasal dari Kalimantan. Malah terdapat Sungai Kayan di Kalimantan yang mana orang Kayan berasal dari sana. Jangan terkejut bahawa walaupun diorang berasal dari pedalaman namun Orang Ulu ni orang yang baik, melayan tetamu dengan baik, pembersih serta juga kuat bekerja. Pandangan saya itu berdasarkan beberapa orang Ulu yang saya kenal namun secara keseluruhannya saya tidak berani nak komen. Contoh nama orang Kayan..Madang Juan.
Kenyah.
Seperti Kayan, Kenyah juga termasuk dalam kategori Orang Ulu. Tidak banyak berbeza dengan orang Kayan. Contoh nama..Jawi Kulleh.
Punan.
Juga dalam kategori orang Ulu.
Cina.
Cina dari Sibu ramai dari etnik Foo Chow. Mendominasi ekonomi di Sibu dan juga Kapit.
Begitulah serba sedikit mengenai etnik di Sarawak ni. Ada lagi yang lain seperti Melanau, Penan, Punan Bah, Lun Bawang namun tidak cukup informasi.
(Kuala Rompin)