Khamis, 26 Februari 2009

Kapitalis bakal runtuh - adakah kita sudah bersedia?

Pakar-pakar ekonomi meramalkan bahawa kegawatan ekonomi yang berlaku sekarang akan bertambah teruk sehingga boleh membawa kepada keruntuhan sistem ekonomi kapatalis. Soalnya sekarang adakah kita mengetahui apakah perkara yang sebenarnya berlaku? Atau kita masih lagi leka dengan hiburan, leka dengan krisis politik sekarang?

Tahukah anda bahawa apabila sistem ekonomi kapitalis runtuh, wang anda tidak lagi laku untuk digunakan? Pada masa itu, jika anda ada duit wang sebanyak satu juta sekalipun, anda boleh buang anda itu ke dalam sungai kerana ianya tidak lagi boleh digunakan. Adakah anda perasan bahawa barang yang bernilai RM1000 pada 10 tahun lepas tidak boleh dibeli dengan nilai yang sama sekarang ini? Ini menunjukkan nilai wang kita semakin susut.

Jadi, adakah harta kita dalam bentuk duit itu masih boleh diselamatkan? Jawapannya boleh iaitu dengan menukarkan dengan membeli emas, perak, tanah. Ini kerana nilai emas, perak mahupun tanah adalah amat stabil nilainya.

Sekarang ini bank pusat di US, Eropah dan Israel sedang giat menyimpan emas di negara masing-masing kerana mereka tahu sistem kapitalis sedang menuju kehancuran. Saya tidak tahu sama ada negara kita telah berbuat demikian atau belum. Saya berharap negara kita sudah bersedia.

Melalui pembacaan saya, pada masa depan akan berlaku krisis makanan dan juga minyak. Pakar-pakar mengatakan bahawa minyak akan habis dalam masa 30 tahun lagi. Jika itu berlaku bermakna kita mungkin terpaksa bergelap kerana negara kita masih belum bersediapun dengan alternatif tenaga yang lain seperti nuklear mahupun sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti solar atau angin.

Krisis makanan juga sudah mula berlaku di beberapa tempat didunia. Keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan keadaan menjadi bertambah teruk. Ingatkah anda tentang krisis beras yang berlaku di negara kita?

Jadi, yang pertama, saya berharap kerajaan mula bertindak dengan menyimpan simpanan emas ataupun perak, bukannya duit kertas yang akan menjadi sampah sedikit masa lagi.

Yang kedua, saya berharap kerajaan akan memberi perhatian yang lebih terhadap pertanian makanan. Makanan adalah isu keselamatan. Jika Thailand dan Vietnam tidak mahu menjual beras kepada kita, apa yang kita mahu makan? Ubi kayu?

Yang ketiga, kita tidak perlu menggali secara habis-habisan minyak kita. Kita perlu simpannya untuk masa depan. Buat masa ini, kita boleh beli minyak dari negara luar terutama ketika minyak murah sekarang.

Yang keempat, kita perlu menjaga kawasan air kita. Dijangkakan pada masa depan akan berlaku krisis yang besar akibat merebut sumber air. Jangan pandang rendah pada kuasa air. Ia boleh menyebabkan dua negara berperang. Jadi, jagalah sumber air tawar kita seperti tasik Kenyir, atau sungai Pahang dan juga kawasan tadahan air. Jangan pula nanti kita terpaksa pulak mengimpot air.

Yang kelima, kita sebagai rakyat bolehlah mula dengan menukar wang kita kepada bentuk lain. Kita boleh beli jongkong emas, jongkong perak, tanah mahupun rumah. Bolehlah tinggalkan sedikit dalam bentuk tunai untuk kegunaan harian. Jangan dah berlaku keruntuhan sistem ekonomi nanti baru kita nak menyesal apabila duit kita tidak lagi boleh digunakan.

Selasa, 17 Februari 2009

Jaga alam sekitar - apa sumbangan kita...

Pada hari ini semasa mengajar subjek Pengajian Am 2 di kelas 6 Atas Sains. Saya mengupas tajuk berkenaan hutan. Dalam pengajaran saya selitkan juga pendidikan alam sekitar. Saya bertanya kepada pelajar, apakah sumbangan kita untuk memelihara dan memulihara alam sekitar?

Saya katakan kepada pelajar, kita boleh memberi sumbangan yang paling mudah dibuat dalam kehidupan seharian kita. Ramai yang bercita-cita tinggi untuk menyelamatkan alam sekitar tapi terlupa perkara-perkara kecil yang kita boleh lakukan.

Yang pertama, kita boleh mengurangkan penggunaan beg plastik atau orang Terengganu kata "plastik rok rak". Yang paling mudah, jika kita pergi ke kedai untuk membeli satu atau dua barang sahaja, tidak perlu guna beg plastik. Contohnya, beli gula 1 kilogram, cukup bawa dengan tangan begitu sahaja tanpa perlu letak dalam beg plastik. Lagi bagus kalau bawa beg untuk beli barang, letakkan sahaja dalam beg. Kurang penggunaan beg plastik bermakna kuranglah penggunaan petroleum.

Yang kedua, jika menulis atau mencetak atas kertas, gunakan kedua-dua belah muka surat. Penjimatannya berbanding menggunakan sebelah muka surat sahaja adalah 50%!!! Satu nilai yang besar dengan hanya langkah yang mudah. Selain itu, gunakan tulisan yang lebih kecil. Contoh yang paling dekat, soalan peperiksaan di SMK Seri Rompin yang dikecilkan. Mengurangkan penggunaan kertas bermakna anda mengurangkan penebangan pokok yang digunakan untuk membuat kertas.

Yang ketiga, jika menggunakan peralatan elektrik, pastikan suis "plug' juga ditutup, bukan hanya suis pada peralatan elektrik itu sahaja. Tahukah anda bahawa 30% daripada bil elektrik rumah anda adalah berpunca daripada suis "plug" yang tidak ditutup. Secara mudahnya, jika bil rumah anda ialah RM100 sebulan, RM30 daripadanya adalah disebabkan suis "plug"yang tidak ditutup. Dengan menjimatkan elektrik bermakna anda mengurangkan kuantiti petroleum yang dibakar untuk menjana elektrik.

Yang keempat, jangan gunakan tisu tapi gunalah sapu tangan. Kita tahu bahawa tisu diperbuat daripada kayu. Kurang penggunaan tisu bermakna kurang penebangan pokok.

Nanti ada yang berkata, "Alah, apalah sangat buat macam ni, tidak berkurang pun kemusnahan alam sekitar jika setakat kita sorang diri je yang buat". JANGAN berfikiran macam tu. Nanti satu benda pun kita tidak dapat buat. Tapi niatlah perbuatan kita itu kerana Allah SWT. Anggaplah itu satu ibadat kerana ianya disukai Allah SWT. InsyaAllah kita akan mendapat keredhaan Allah SWT, dikurniakan pahala serta dapat menyumbang kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar walaupun kecil.

Saya berharap saudara saudari dapat memberi komen mengenai artikel saya ini. Saya juga berharap saudara saudari dapat menyatakan jika ada cara lain untuk menyelamatkan alam sekitar ini untuk kita kongsi bersama.

Khamis, 12 Februari 2009

Umat Islam menantikan pemimpin yang...

Dewasa ini, umat Islam berada dalam keadaan yang amat lemah. Lemah dalam segi. Lemah imannya, ekonomi, budaya, jati diri serta mempunyai krisis identiti diri. Umat Islam ditindas di seluruh pelusuk bumi. Sebut sahaja di Palestin, Iraq, Afganistan, Kashmir malah jiran kita sendiri di Pattani dan Mindanao tanpa kita dapat berbuat apa-apa. Kita hanya "bising mulut", melaungkan api kemarahan tetapi musuh Islam tidak terjejas sedikit pun malah semakin mengganas.
Apakah yang saya dan saudara lakukan untuk mengubah nasib kita? Adakah kita sebenarnya sedang melakukan perkara yang betul atau sebenarnya kita sedang berfantasi melakukan perkara yang betul. Ada yang bercakap mahu mengubah dunia. Sungguh mulia dan besar cita-cita itu namun diri sendiri pun kita belum lagi dapat ubah. Adakah solat kita sudah sempurna? Adakah kita solat berjemaah di masjid? Adakah kita berterusan menuntut ilmu dunia dan akhirat? Adakah kita bekerja bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib umat Islam? Tepuk dada tanyalah selera. Pertanyaan ini bukanlah terhadap orang lain malahan untuk diri saya sendiri. Saya sendiri pasti masih tidak melakukan yang secukupnya untuk menyumbang kepada kebangkitan Islam.
Umat Islam sedang menanti-nanti pemimpin yang dapat memimpin mereka keluar dari zaman kegelapan ini. Masih belum terlihat akan cahaya di hujung terowong. Kita masih lagi teraba-raba dalam kegelapan. Kita merindukan pemimpin seperti Nabi Muhammad S.A.W. Kita merindukan pemimpin yang tegas seperti Umar al-Khatab. Kita mendambakan pemimpin yang adil seperti Khalifah Umar Abdul Aziz. Kita perlukan pemimpin yang berani seperti Salahuddin al-Ayubi. Kita memerlukan satu atau banyak kuasa Islam sebagai tempat bergantung harap. Bukannya bergantung harap kepada Russia untuk keselamatan kita. Bukan bergantung kepada Amerika untuk keselamatan kita.
Pada zaman dahulu, kita ada Kerajaan Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah dan Bani Uthmaniah untuk kita bergantung harap. Seperti mana yang kerajaan Bani Uthmaniyah membekalkan Acheh dengan meriam untuk menentang Belanda. Namun sekarang, boleh anda sebutkan kerajaan Islam mana yang kita boleh bergantung harap.
Namun nampaknya kita tidak boleh terlalu mengharapkan orang lain. Kita sendiri yang mesti berusaha. Bangsa-bangsa yang memeluk Islam di bumi ini semuanya pernah memimpin tamadun Islam. Namun kita umat Melayu Islam masih lagi belum tergolong dalam golongan tersebut. Pernah satu ketika ada pemimpin Islam berkata bahawa" Kami semua telah penat lelah membangun dan mempertahankan Islam. Sekarang tiba bangsa kamu wahai umat Melayu untuk memimpin Islam", sambil tangannya menunjuk kepada seorang pemimpin berbangsa Melayu.
Jadi, wahai saudara-saudaraku, marilah kita memohon ke hadrat Allah SWT supaya mengurniakan kepada kita umat Islam tidak kira dari keturunan mana pun seorang pemimpin yang boleh memimpin kita. Marilah kita sama-sama menguatkan iman dan bekerja untuk memajukan umat Islam. Islam memerlukan saudara semua untuk mengeluarkan umat ini dari kegelapan yang menyeksakan ini.

Rabu, 4 Februari 2009

Ahmad Haris Ikhwan bin Roslan



Inilah rupanya empunya nama kat tajuk tu. Muka ntah ikut sapa, abah ke..maa. heh..Pipinya memang tembam. Nok dukung sokmo. Katang doh jadi tangan abahnya duk dukung dia..berat nanang. Lebih 7kg doh lening. Naik sekilo sebulan. Kuat nyusu badan. Susu tin xmboh langsung. Sian maa dia bangun 10 kali semalam nok nyusu ke dia. Abah memang x sedo gape satu doh. Sedo pun, sambung balik tido. Doh nok buat guane, kite xdok susu. Suaranya kuat. Dia nangis kt tingkat 3 nie, tingkat satu leh dengo lagi. Pastu, kuat pulok membebel. Ntah apa yang dibebel. Suruh angkat agaknya. Dah membebel tp kita x bg respon, dia start nangis ah. Dah dukung baru ah tersengih-sengih mcm kerang busuk..haha..




Inilah ropanya mat haris yang sedang mengharap belas kasihan abahnya untuk angkat dia. Huh...abah dia bila tengok muka mcm tu...angkat je lah walaupun tangan dah kebas...haha...



Skarang ni mat haris buleh nerak doh. Eksyen je dia mentang2 leh nerak. Tapi 5 minit je..pastu mula ah panggil suh angkat. Xdoklah eksen sangatnya. Heh..Skali tu, dia kejut jap dari tido, pastu nerak n sambung plak tido nerak. Ada gok stail gitu ye..


Ini maa dia. Ramai yang kata, mat haris ni ikut maa dia. Mmm...mungkin jugaklah. Tapi ada gak tau ikut abah dia. Ceh...nak jugak tu..heh...




Inilah rupa abahnya. Ada yang kata haris ni mcm abahnya. Kat mana yang ada-ada iras tu. Mata? Idung? Telinga? Tapi satu yang pasti, pipi memang x ikut abah. Abah xdok pipi..heh..
Semoga Ahmad Haris Ikhwan (Pembela Saudara Yang Terpuji) akan membela saudaranya iaitu umat Islam dari tipu daya syaitan serta berjihad di jalan Allah SWT. Amin...