Dari 31/3 hingga 4/4 yang lalu telah berlangsung Kejohanan Bola Sepak MSS Pahang bagi bawah 12, 15 dan 18 tahun. Kejohanan yang berlangsung di Jerantut ini merupakan satu medan untuk bagi mencungkil bakat-bakal baru bagi diserapkan dalam skuad Pahang pada MSSM nanti.
Bagi pasukan Bawah 12 Tahun Rompin yang dilatih oleh Cikgu Ihsan dari SK Bukit Medan, Muadzam Shah, gagal untuk melayakkan diri ke pusingan kedua. Kegagalan rangkaian serangan menjaringkan gol menyumbang kepada kegagalan ini.
Bagi bawah 15 Tahun Rompin pula layak ke pusingan kedua namun terkandas di tangan "sepantai" iaitu Kuantan dan Pekan. Namun begitu, 5 orang telah terpilih untuk pemilihan skuad MSSM Pahang termasuklah kedua-dua penjaga gol. Pasukan ini yang dibimbing oleh Cikgu Rashidi dari SMKAP tetap mempamerkan persembahan yang menghiburkan namun nasib tidak menyebelahi pasukan ini.
Pasukan Bawah 18 Tahun Rompin pula terus menggegar apabila berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lepas. Pasukan ini berjaya mempamerkan persembahan yang menghiburkan dan mendapat pujian dari perbagai pihak. Cikgu Ridzuan dari SM Teknik Muadzam telah berjaya memupuk persefahaman yang baik di kalangan pemainnya.
Di harap daerah Rompin akan terus berjaya melahirkan pemain-pemain yang berkaliber untuk pasukan Pahang. Selamat berjaya Tok Gajah.