Selasa, 27 Januari 2009

Gerhana Matahari Separa.


Lebih kurang pukul 5.00 pm, 26 Jan 2009, berlaku gerhana matahari separa. Saya yang paginya mendapat maklumat dari internet memang 'bersedia' untuk melihat gerhana matahari itu kerana sudah lama mengimpikan untuk lihat dengan mata sendiri. Walaupun tidak gerhana penuh namun sudah memadai.






Saya yang sedang berinternet dan menjaga penatlah berulang ke beranda rumah sejak jam 4.30 lagi untuk menjenguk matahari. Dah setengah jam berulang alik namun masih belum berlaku apa-apa. Pandangan pun dah jadi kelam, sebab tengah tanpa apa-apa tapisan, hehe..






Lebih kurang pukul 5.00, barulah kelihatan matahari itu menjadi seperti bulan sabit. saya pun cepat-cepat mesej kat kawan supaya lihat gerhana matahari tu. Gambar yang kat atas tu memang gambar gerhana semalam tapi saya ambil di internet. Saya cuba ambil gambar tapi tidak nampak apa-apa sebab silau. Maklumlah, kamera murah.






Nak dijadikan cerita, nasib baiklah pada masa tersebut terdapat awan nipis. Jadi saya dapat lihat dengan jelas sebab tidak begiti silau. Sangat takjub dengan kejadian Allah. Alhamdulillah, Allah S.W.T memberi saya peluang untuk melihat dengan jelas dengan adanya awan nipis tersebut.




Gerhana penuh hanya dapat dilihat di Selatan Sumatera. Di Malaysia, hanya di tempat-tempat tertentu di Sarawak yang berlaku gerhana sebanyak 80%. Dijangkakan pada Januari 2010 akan berlaku lagi gerhana matahari di Malaysia.

4 ulasan:

  1. Lain kali doh tahu nok ambil gambor gerhana jangang pakai kamera muroh ! Ssakek arh mu lang, ttobakpung....

    BalasPadam
  2. Hehe...boleh ah pinjang pitih cikgu sazili nok beli kamera. Bank x cukup ruang doh nak simpan duit cikgu sazili.

    BalasPadam
  3. hehheehheeee kelako tol leee cikguuuu roslan niiii hem sayeee ni zulkifli bin fadzil cikgu anak murid cikgu tahun past classs 6at sn2,,, hemmmmm saye tgk gak gerhaneeee tu gune negatifff gambooo kalau cikgu nak contack sy ni nooo sy 0137644234 atau 0199980169 k cikgu kim salam kat cikgu2 smksr n memberrr2 saye yg contack dgn cikgu skung n kim salam kat wife sekali k asssalamualaikummm cikgu jgn lupe bg tau bile result stpm kuar yeere n jgn selalu kacau sir sazili yang comelllllll tu kihkihkihkih hehehehe

    BalasPadam
  4. Hehe..ghairah sangat nak tengok gerhana sampai lupa nak fikir pasal negatif filem tu. Bukan senang nk jupe lg gerhana matahari ni nak2 yg penuh.

    BalasPadam