Saya telah menghabiskan bacaan buku bertajuk Imam Mahdi Di
Ambang Pintu hasil buah fikiran Muhammad Isa Dawud. Buku itu amat menarik
kerana Muhammad Isa Dawud berhujah menggunakan hadis-hadis tentang peristiwa
akhir zaman. Jadi, banyak hadis tentang peristiwa akhir zaman yang mana kita
jarang atau tidak pernah mendengarnya dikemukakan.
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, “
Sesungguhnya Allah mengangkat dunia bagiku, maka aku memandang kepadanya dan
hingga kepada perkara-perkara yang akan berlaku sampai hari kiamat, sebagaimana
aku memandang kepada tapak tanganku ini jelas daripada Allah, Dia bukakan
kepada NabiNya sebagaimana Dia dedahkan kepada nabi-nabi sebelumnya.”
Dalam hadis di atas, nabi Muhammad SAW memberitahu kita
bahawa Allah SWT telah menunjukkan kepada baginda peristiwa-peristiwa yang akan
berlaku pada masa akan datang, malahan baginda boleh menyebabkan nama-nama
watak penting seperti Saddam Hussein, Hitler dan sebagainya. Nama-nama ini
boleh didapati dalam hadis-hadis yang beratus ribu jumlahnya terutama hadis
berkenaan akhir zaman.
Apa yang menarik dalam buku ini ialah diceritakan tentang
peristiwa pergolakan yang sudah dan sedang berlaku di Mesir, Libya dan sekarang
berlaku di Syria. Menariknya dikatakan bahawa Imam Mahdi telah pun ada pada
masa ini dan dia yang menggerakkan kebangkitan tersebut. Jika peristiwa
kebangkitan di Mesir, Libya dan Syria sekarang adalah peristiwa yang sama yang
dikatakan akan berlaku dalam buku tulisan Muhammad Isa Dawud, maka sememangnya
Imam Mahdi telah muncul.
Saya biasanya memikirkan bahawa kemunculan Imam Mahdi akan
diketahui seluruh dunia seperti mana seluruh dunia mengetahui bahawa Barack
Obama ialah Presiden Amerika Syarikat. Namun mungkin juga tidak!!!! Mungkin
orang-orang tertentu yang dikehendaki Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.
Sudah tentu tentera-tentera Imam Mahdi hanya terdiri
daripada orang-orang soleh sahaja seperti mana Sultan Muhammad Al-Fateh hanya
memilih tentera yang tidak meninggalkan solat berjemaah sahaja untuk menakluki
Constantinople manakala beliau sendiri tidak pernah meninggalkan solat tahajud.
Jadi mungkin orang-orang ini sahaja yang tahu akan kemunculan Imam Mahdi.
Persoalannya, adakan Imam Mahdi sudah muncul?