Rabu, 6 Jun 2012

Adakah Imam Mahdi sudah muncul???




Saya telah menghabiskan bacaan buku bertajuk Imam Mahdi Di Ambang Pintu hasil buah fikiran Muhammad Isa Dawud. Buku itu amat menarik kerana Muhammad Isa Dawud berhujah menggunakan hadis-hadis tentang peristiwa akhir zaman. Jadi, banyak hadis tentang peristiwa akhir zaman yang mana kita jarang atau tidak pernah mendengarnya dikemukakan.

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, “ Sesungguhnya Allah mengangkat dunia bagiku, maka aku memandang kepadanya dan hingga kepada perkara-perkara yang akan berlaku sampai hari kiamat, sebagaimana aku memandang kepada tapak tanganku ini jelas daripada Allah, Dia bukakan kepada NabiNya sebagaimana Dia dedahkan kepada nabi-nabi sebelumnya.”

Dalam hadis di atas, nabi Muhammad SAW memberitahu kita bahawa Allah SWT telah menunjukkan kepada baginda peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang, malahan baginda boleh menyebabkan nama-nama watak penting seperti Saddam Hussein, Hitler dan sebagainya. Nama-nama ini boleh didapati dalam hadis-hadis yang beratus ribu jumlahnya terutama hadis berkenaan akhir zaman.

Apa yang menarik dalam buku ini ialah diceritakan tentang peristiwa pergolakan yang sudah dan sedang berlaku di Mesir, Libya dan sekarang berlaku di Syria. Menariknya dikatakan bahawa Imam Mahdi telah pun ada pada masa ini dan dia yang menggerakkan kebangkitan tersebut. Jika peristiwa kebangkitan di Mesir, Libya dan Syria sekarang adalah peristiwa yang sama yang dikatakan akan berlaku dalam buku tulisan Muhammad Isa Dawud, maka sememangnya Imam Mahdi telah muncul.

Saya biasanya memikirkan bahawa kemunculan Imam Mahdi akan diketahui seluruh dunia seperti mana seluruh dunia mengetahui bahawa Barack Obama ialah Presiden Amerika Syarikat. Namun mungkin juga tidak!!!! Mungkin orang-orang tertentu yang dikehendaki Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

Sudah tentu tentera-tentera Imam Mahdi hanya terdiri daripada orang-orang soleh sahaja seperti mana Sultan Muhammad Al-Fateh hanya memilih tentera yang tidak meninggalkan solat berjemaah sahaja untuk menakluki Constantinople manakala beliau sendiri tidak pernah meninggalkan solat tahajud. Jadi mungkin orang-orang ini sahaja yang tahu akan kemunculan Imam Mahdi.

Persoalannya, adakan Imam Mahdi sudah muncul?

Rabu, 25 Januari 2012

TANDA-TANDA KEDATANGAN IMAM MAHADI

Saya copy dari sebuah forum.

"Sebelum kemunculan Imam Mahdi, akan berlaku secara berturut2 2 gerhana pada bulan Ramadhan.." (Ibn Hajar Al haitami, Al Qaul Al Mukhtasar fi 'alamat Al mahdi Al Muntazar)

"Akan ada dua gerhana matahari di bulan Ramadhan sebelum kedatangan Al Mahdi." (Mukhtasar Tazkirah Qurtubi)

"Telah sampai kepadaku bahwa sebelum Al Mahdi datang, bulan akan gerhana dua kali di bulan Ramadhan." (Diriwayatkan oleh by Abu Nu'aym dalam al-Fitan)

"Gerhana matahari di pertengahan bulan Ramadhan dan gerhana bulan di akhirnya." (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 37)

Cuba kira...
1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20july hari jumaat,
jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.

Sama dengan hadis nabi pasal huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit,

"Sebelum kemunculan Imam Mahdi, sebutir bintang berekor akan muncul dari arah timur." (Ibn Hajar Al Haitami, Al Qaul Al Mukhtasar fi 'alamat Al Mahdi Al Muntazzar)

"Munculnya bintang itu akan terjadi setelah gerhana matahari dan bulan." (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 32)

Saidina Ali k.a.w mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar),

"Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad.

Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah.

Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar.

Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit.

Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya.

Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".

Antara tanda-tanda kedatangan Imam Mahdi adalah mengikut hadis Rasullulah ialah.munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit danmenyebabkan tenggelamnya kawasan pantai

Adakah akan berlaku Mega -Tsunami??

– Hadis ini di ambil dari video youtube

"Akan ada huru hara di bulan Syawal (bulan kesepuluh dalam kalender Hijriyah),

pembicaraan tentang perang di bulan Dzulqae'dah (bulan kesebelas dalam kalender Hijriyah) dan

pecahnya perang di bulan Dzulhijjah (bulan kedua belas).

"(Allamah Muhaqqiq Ash-Sharif Muhammad ibn 'Abd al-Rasul, Al-Isaatu li Asrat'is-saat, hal. 166)

Ambillah calendar dan teliti tarikh-tarikh.


“Andaikan dunia tinggal sehari sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku.

Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.”

(HR abu Dawud 9435)

“Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara-manusia dan gempa-gempa.

Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad 10898)

Mengikut 1 sumber dari ahli illuminati yang telah insaf mengatakan bahawa tahun 2012 akan bermulanya tahun HURU HARA yang akan dilakukan oleh puak illuminati.. Wallahu a'lam.

Apa2 pun hanya Allah saja yang tahu hakikat sebenarnya...
Kita sebagai manusia bukanlah ahli nujum yang mampu meramal bila dan di mana ia berlaku.

Fikir dan terus fikir.

Kaji dan terus kaji....

Kuatkan amalan tingkatkan Iman..

TERNYATA KEDATANGAN IMAM MAHADI AMAT HAMPIR

Saya copy dari sebuah forum.

Imam Ibn Hajar menulis di dalam Kitab Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka.

Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu.

Ini adalah atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib. Abu Hurairah berkata pada orang-orang disekelilingnya :

"Aku mempunyai maklumat mengenai peperangan-peperangan yang terjadi di akhir zaman.

" Maka orang-orang berkata :

"Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa semoga ALLAH memberikan pahala yang lebih baik."

Maka Abu Hurairah pun berkata :

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka ALLAH mengkehendaki peperangan baginya.


Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi berkuasalah seorang lelaki dari negara bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri bersalju dan kaya, maka ia berada di dalam murka ALLAH.

Setelah berlangsung tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia Rusy atau Rus."

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun,hitunglah lima atau enam, Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir, orang-orang Arab menyebutnya sebagai 'syuja' ul arab' (Pemberani Orang Arab), ALLAH menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah peperangan lagi; dia tidak mendapat kemenangan.


ALLAH mengkehendaki untuk memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati bagi-Nya, pada bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah dan Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu - lebih bercahaya daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan pencuri-pencuri Masjidil Haram di negeri yang penuh duka.

Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam...dan...Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, 'kelopak mata yang turun' sedikit.

Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia 'shaddam liman aradhahu' (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu.

Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin."

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia,bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon.


Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika).

Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci.

Seluruh negeri datang dari laut dan udara kecuali kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas.


Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit.

Dia yakin bahawa seluruh alam adalah milik ALLAH, kepada ALLAH saja semua akan kembali.

Seluruh dunia adalah pohon bagiNya yang akan dikuasai dari ranting hingga akarnya (...)

maka ALLAH melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka. langit pun menurunkan hujan yang buruk

dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua kekufuran."{2}

2.Al-Fitan, halaman 216. Tempat yang bertitik (...) adalah tulisan yang terhapus pada manuskrip asal. Lihat Huru-Hara Akhir Zaman, hlm 47-50

Huraiannya adalah seperti berikut :

Perang Dunia Pertama :

Disebutkan - Pada dekad-dekad Hijriyah setelah 1300 tahun dan hitunglah beberapa dekad... yakni kita menghitung beberapa dekad setelah tahun 1300 H. Demikianlah jumlah dekadnya masih kabur.

Satu dekad adalah 10 tahun.

Dan benar, pada tahun 1914 Masihi atau sekitar tahun 1332 H, terjadilah peperangan. Bererti, jumlah dekad yang masih kabur itu adalah tiga dekad ditambah kira-kira dua tahun lagi.

Perang Dunia Kedua :

Disebutkan - Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi, berkuasalah seorang lelaki dari negara yang bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri... dan benar, hanya 20 tahun kemudian (2 dekad bersamaan sebutan Abu Hurairah, satu dekad dan satu dekad lagi) meletuslah Perang Dunia Kedua yang digerakkan oleh as-Sayyid al-Kabir (pemimpin besar atau Hitler).
Di Jerman orang memanggilnya Hitler.

Perang Dunia Ketiga :

Disebutkan - Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... bermaksud peperangan bakal terjadi diantara tahun 1420 H hingga 1430 H.

Kita sekarang berada pada tahun 1433 H,

maka peperangan yang dinyatakan itu nampaknya sudah berada diambang pintu, boleh meletus pada bila-bila masa saja.

3.Huru-Hara Akhir Zaman, halaman 49-51


Jika anda masih ragu tentang kejadian yang diberikhabarkan oleh sahabat Abu Hurairah ini, sama-samalah kita memerhatikan lengguk peristiwa saban hari namun tingkatkanlah amal ibadat dan ketaatan anda kepada Allah kerana andaikata apa yang diberitahu ini meleset, amalan anda tetap bermanafaat di alam sana nanti serta janganlah lupa mendoakan untuk pemimpin Agung Umat Islam yang bakal muncul iaitu Imam Mahdi Al Muntazar.