Jumaat, 9 Oktober 2009

Pengalaman Jemaah Tabligh..Gempa Bumi.

Karkuzari Jemaah Ke Kashmir 8 Okt 2005..
Author: GOTABLIGH.COM // Category: Karkuzari Karkuzari Jemaah Ke Kashmir 8 Okt 2005..Salam..
Karkuzari ini disampaikan oleh Saudara Munir Shah Sakandar Miah.

oleh: fikirumat.blogspot.com
Jemaah kami telah keluar 4 bulan dan telah dihantar ke Kashmir daerah Bagh. Saya sendiri Amir kepada jemaah saya itu. Selain daripada jemaah saya terdapat 24 jemaah lain lagi yang buat usaha agama di kawasan itu. Jemaah kami telah dihantar ke suatu kawasan perumahan orang2 elit di kawasan bandar Bagh.

Dari segi dunia, penduduk2 di kawasan itu ialah orang2 yang terpelajar berpendidikan moden. Dari segi agama pula, kebanyakan mereka mereka menunaikan solah dan membaca Al-Qur’an. Mereka tidak ada kaitan dengan mana2 kumpulan ajaran sesat. Mereka juga tahu sedikit sebanyak mengenai usaha agama/usaha dakwah tetapi secara sengaja mereka menentangnya.

Mereka menganggap bahawa usaha agama ini adalah penghalang dan mengganggu kerja2 dunia mereka. Mereka berkata “kita kena usahakan dunia dulu,dapatkan asbab2 kemajuan sebagaimana negara2 yang telah maju kemudian barulah buat usaha agama”.

Di kawasan ini ada beberapa orang yang menjadi pembesar mereka. Pengaruh pembesar2 itu tersebar ke seluruh kawasan tersebut. Sehinggakan pegawai2 kerajaan pun menjadi pengikut mereka.
Orang2 di kawasan ini melayan kami dengan buruk terutamanya orang2 tua dan orang2 lemah di antara kami.

Kebiasaan mereka akan dipukul semasa menjalankan gasht (ziarah jumpa orang). Sekali, semasa melakukan gasht di kawasan sebuah sekolah mereka telah dipukul. Dan semasa menjalankan gasht di sebuah kem tentera, ahli jemaah telah diperlakukan dengan buruk sehingga mereka telah diberi amaran keras supaya tidak datang melakukan gasht di situ lagi. Sebagai denda jemaah itu diperintahkan untuk mengutip sampah-sarap.

Di masjid pula , bekas2 yang diisikan air (lota/bekas wudhu’))untuk kegunaan kami telah diludah oleh penduduk2 di situ sebanyak 7-8 lota. Kami mengambil air itu dgn susah payah berjalan mendaki bukit sejauh 1.5-2 km kemudian orang2 di situ menyia-nyiakan air kami begitu sahaja. Ada juga orang di situ kencing di dalam air kami.

Ilham daripada Allah S.W.T dengan perantaraan mimpi sehari sebelum gempa bumi di kawasan situ berlaku, seorang pemuda yang sedang keluar bersama satu jemaah yang sedang buat usaha di Rajanpur (satu kawasan berhampiran dgn tempat kami) telah bermimpi melihat bukit-bukau yang berhampiran melaung-laung meminta tolong seumpama seorang manusia yang sedang mengalami kesakitan yang teruk.

Pada waktu sahur, amir jemaah itu bersama dengan pemuda itu telah datang ke tempat jemaah kami dan mengkhabarkan tentang mimpi itu. Pemuda itu mengalami ketakutan yang amat sangat. Hampir jam 5 pagi kami telah menghubungi pihak di Markaz Raiwind. Saya sendiri telah bercakap dengan Haji Abdul Wahab Sab selepas beliau selesai memberi Bayan Subuh. Haji Sab telah memberi jawapan secara sepontan iaitu kumpulkan semua jemaah yang ada di kawasan itu dengan segera. Alas2 tidur kamu hendaklah ditindih dengan batu2 sementara tong2 gas hendaklah ditanam dalam bumi.

Jemaah kamu sendiri dan juga semua jemaah yang lain hendaklah dikumpulkan serta bermalam di suatu kawasan tanah lapang. Usahalah/ pujuklah orang di situ sehabis-habisnya untuk berkumpul di tempat tersebut. Jangan beritahu tentang mimpi itu kepada sesiapa pun.

Demikianlah, dengan susah payah kami telah usahakan mengumpulkan 23 jemaah yang salah satu daripada jemaah2 itu telah datang sendiri setelah mereka mendapat tahu berita itu. Dua jemaah lagi kami tidak dapat hubungi mereka.

Masalahnya ialah, di sini kawasannya berbukit sementara itu kami tidak ada perhubungan dengan orang tempatan, Kami telah berusaha bersungguh-sungguh ke atas orang2 kampung tetapi mereka tidak ingin mendengar cakap kami. Hanya seorang penjaga sekolah yang datang bersama kami dan telah menghabiskan masa malam bersama kami.

Data yang menunjukkan tanda2 gegaran beberapa hari sebelum gegeran besar berlaku.

Hari itu, 8 Okt 2005, hari Sabtu. Sebaik sahaja mata kami terlelap, kedengaran suara tempikan yang dahsyat daripada bumi dan bukit-bukau yang berdekatan. Semua kami terbangun dari tidur. Salah seorang daripada kami menyangka bahawa itu adalah igauan tidur sahaja sebaliknya itulah suara sebenar iaitu suara yang telah didengari oleh pemuda yang bermimpi mengenai kejadian tersebut.Serentak dengan itu, di langit sejenis awan hitam datang dengan begitu laju. Dari awan itu pun kedengaran suara yang sama. Demikian juga dari awan itu kelihatan sejenis pancaran cahaya. Selepas beberapa minit, berlaku gempa bumi yang sangat dahsyat. Gempa itu begitu kuat sehingga kami tidak dapat berdiri, selepas itu datang pula gempa berlainan gegarannya iaitu gegaran yang turun naik. Kami terlambung ke atas setinggi satu setengah hingga dua kaki kemudian jatuh ke bawah.

Runtuhan di sebabkan gegaran,ribut serta hujan lebat yang aneh.

Di hadapan mata kami,hanya dalam beberapa saat sahaja seluruh bandar telah menyembah bumi. Bangunan 2 di sekolah dan kem tentera juga telah tenggelam dalam bumi. Kemudian selepas itu, hujan lebat sangat dahsyat mula turun. Hujan itu bukanlah hujan biasa sebaliknya ia adalah hujan yang setiap titisannya sebesar mangkuk.

Kerana kecuaian kami, satu tong gas telah tertinggal di luar tidak ditanam maka ia telah meletup. Kemudian selepas itu, ribut yang kencang telah datang dari arah timur dan barat yang menyebabkan pokok2 telah tumbang. Sebelum ribut itu datang, semua haiwan termasuk lalat hinggakan kerbau, lembu, kambing, anjing dan lain2 lelah lari ke arah selatan hinggakan kawasan itu kosong sama sekali daripada sebarang haiwan. Hanya dalam beberapa saat sahaja, kehidupan telah bertukar dgn kematian.

Sekuat mana pun foundation yang manusia boleh bina namun kuasa Allah boleh mengatasi dengan cukup sekadar berkata “kun faya kun”..


Setiap bangunan telah rebah menyembah bumi.Bandar yang didiami oleh ribuan penduduk sekarang hanya tinggal kami ahli2 jemaah dan seorang penjaga sekolah yang masih hidup.Kami telah memohon bantuan dari segenap penjuru,namun tiada yang diterima oleh Allah S.W.T. Bantuan yang pertama sampai adalah dari Markaz Raiwind, Haji Abdul Wahab Sab sampai pada waktu Asar bersama beberapa orang pelajar madrasah dgn menaiki helikopter.

Selama 3 hari lagi kami tinggal di kawasan itu. Gegaran demi gegaran serta hujan yang lebat terus berlaku. Tidak ada apa bantuan yang boleh sampai ke tempat itu. Haji Abdul Wahab telah menghantar sebanyak 9000 beding (alas tidur). Dalam setiap beding disertakan gula, beras dan lain2 sebagai bantuan. Namun, selain daripada kami, tidak ada kehidupan yang tinggal. Di mana2 sahaja kelihatan mayat2 bergelimpangan. Kami telah menyembahyangkan sebanyak 1300 jenazah. Himpunan jenazah yang kami sembahyangkan sekurang-kurangnya 7 mayat sehinggalah 50-60 mayat.

Segala kekuasaan hanyalah mutlak milik Engkau Ya Allah..

Setelah menghadapi mujahadah(susah payah) menguruskan jenazah selama 3 hari, kami berusaha mencari orang2 yang terselamat dan masih hidup di kawasan itu tetapi tidak menemui sesiapa pun yang masih hidup kecuali seorang bayi.Kami berada dalam keadaan yang penuh mujahadah kerana terpaksa menahan bau busuk mayat sehinggakan susah untuk kami bernafas.Pemuda yang bermimpi itu telah nampak malaikat2 memegang tali cambuk. Setiap masa beliau di dalam ketakutan dan kebimbangan.Sekali beliau nampak para malaikat dalam bentuk kanak2,maka amir jemaah telah menyuruh kami mengajarkan beliau kalimah syahadah lalu beliau pun meninggal dunia. Selain daripada beliau ada 3 orang lagi yang telah tua lagi lemah tidak dapat menanggung kesusahan itu lalu mereka juga telah meninggal dunia.

Alhamdulillah, semua ahli jemaah telah bermimipi Nabi Muhammad S.A.W atau mana2 Nabi yang nama mereka ada di dalam Al-Qur’an atau mana2 sahabat Nabi R.Anhum. Mungkin ini ialah hadiah drp Allah S.W.T utk menenangkan kami yang menghadapi ketakutan dan kebimbangan.Saudara2ku sekelian,karkuzari ini bukanlah dongengan , bahkan satu hakikat. Kenapakah azab Allah S.W.T dlm bentuk gempa bumi telah datang? Pada lidah kita ada kalimah tetapi keyakinan tidak ada di dalam hati.

Di kawasan itu, solah berjemaah hidup tetapi tiada amalan2 Nabi S.A.W (dakwah,ta’lim ta’lum,ibadat dan khidmat). Mereka sibuk dgn kemajuan dunia dan menganggap agama adalah satu perkara yang tidak bernilai dan mengaibkan mereka.Sebaliknya mereka menyangka pelajaran moden, fesyen moden, harta dan kekayaan sebagai kemajuan dan kejayaan.Mereka cintakan ahli dunia dan bencikan ahli agama/akhirat.

Saudara2ku,demi Allah tinggalkanlah fikiran2 seumpama itu yang hakikatnya telah kita sama2 lihat.Tuan2 buatlah azam utk mengubah keyakinan dan cara hidup kita kepada cara hidup Nabi Muhammad S.A.W. Kita kena berusaha utk keluarkan diri kita drpd kelalaian dan bersama utk memajukan agama Allah, jika tidak mungkin azab yng lebih besar akan datang. Kami telah pulang ke Markaz Raiwind pada 11 Oktober 2005.

Ya Allah..Terima Kasih kerana mengasihi kami di Malaysia ni..Sedang maksiat,kemungkaran,wanita tidak tutup aurat,isteri derhaka pada suami,manusia memakan harta anak yatim,homoseks,riba berleluasa,minum arak tanpa segan silu,pecah belah dlm urusan agama yg berlaku di kalangan kami namun Engkau masih tidak menimpakan bala yg dahsat seperti yg telah Engkau timpakan ke atas Kashmir,kaum Nabi Luth,tentera Abrahah,tentera Firaun,kaum Ad,umat Nabi Nuh,kaum Tsamud dan pelbagai azab yg telah Engkau beritahu kami melalui kalamMu Al-Quran serta kekasihMu yang kami sanjungi Muhammad s.a.w.

Ya Allah maafkan kami di atas kemungkaran yg telah kami lakukan..Beri lah kami peluang untuk mengubah suasana kemungkaran ini kpd ketaatan..Pilih dan pilih lah lagi kami untuk menjadi pembantu agamamu sehingga kami tiada lagi..Ya Allah perkenankan la harapan kami dan kepadaMu la kami memohon pertolongan..

Ameenn Ya Rabbal Alameen..

Bumi yang bergegar...

Dalam tempoh sebulan ini, hampir tiap-tiap hari terjadi gempa bumi. Antara yang paling teruk adalah gempa yang terjadi di Samoa dan Samoa Amerika yang mencetuskan tsunami. Gempa bumi juga turut berlaku Padang, Sumatera yang turut menggegarkan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Bagaimanakah sebenarnya gempa bumi berlaku? Kita akan melihatnya dari sudut Islam dan juga sains.

Firman Allah SWT. dalam Surah Taaha ayat 53, bermaksud:
"Allah yang telah menjadikan bagimu bumi sebagai hamparan dan yang telah menjadikan bagimu di bumi itu jalan-jalan dan menurunkan dari langit air hujan. Maka Kami tumbuhkan dengan air hujan itu berjenis-jenis dari tumbuh tumbuhan yang bermacam-macam".

Jika kita lihat dalam terjemahan ayat al-Quran di atas, Allah SWT telah menggunakan perkataan HAMPARAN. Ini adalah seperti mana kita menghamparkan tikar. Dari sudut sains pula, bahagian kerak bumi iaitu tanah yang kita pijak ini adalah terapung-rapung di atas satu jenis cecair di dalam bumi. Kerak bumi seolah-olah telah dihampar di atas cecair tersebut. Kerak bumi ini pula berpecah-pecah kepada beberapa lapisan yang dipanggil plak-plak tektonik. Jadi, kita dapat lihat bahawa firman Allah SWT ini dapat dibuktikan oleh sains.

Plak-plak tektonik sentiasa bergerak dan bergesel antara satu sama lain. Geseran inilah yang menyebabkan terjadinya gempa bumi.



Firman Allah SWT dalam Surah An-Nahl ayat 15, bermaksud:
"Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju."



Jika kita baca terjemahan al-Quran di atas, Allah SWT telah menjadikan gunung-ganang sebagai pasak bumi supaya tidak terjadi gempa bumi. Adakah kerakusan manusia yang menarah dan meratakan bukit-bukit menjadi punca kepada semakin kerapnya gempa bumi berlaku? Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui.

Ini pula saya ambil komen seorang pembaca di blog http://holywar-efairy.blogspot.com.

SUBHANALLAH!!!subhanallahh..waktu2 gempa di indonesia :
di Tasik 15:04 ,
di Padang(gempa pertama) 17:16 ,
diPadang(gempa kedua) 17:58 ,
gempa di Jampi(ke esokkannya dr padang) 08:52...
cuba lihat surah dan ayat Quran berdasarkan waktu2 ini..Ya Allah,Maha Besar...manusia memang menzalimi diri mereka sendiri....
1.dan Kami tidak membinasakan suatu negeri melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya. Al-hijr 15:4
2.dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (agar mentaati Allah), tetapi apabila mereka melakukan kedurhakaan di dalam (negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu). Al-Isra 17:16
3.dan tidak ada satu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami siksa (penduduknya) dengan siksa yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz). Al-Isra 17:58
4.(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan pengikut Firaun dan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sungguh, Allah Maha Kuat lagi sangat keras siksaanNya. Al-anfal 8:52

Semoga umat Islam mengambil kejadian ini sebagai satu ujian daripada Allah SWT. Umat Islam di Malaysia mesti bersyukur kepada Allah kerana negara kita tercinta ini terhindar daripada bencana gempa bumi, gunung berapi dan juga taufan. Negara kita juga dilimpahi dengan kekayaan sumber asli. Kita sedang diuji sebenarnya dengan kesenangan. Adakah kita akan bersyukur? Terima kasih Allah.