Jumaat, 1 Januari 2010

Kita Hidup Di Zaman Jahiliyah Moden?????

Kalau masyakat Arab semasa zaman jahiliyah dahulu menanam anak perempuan mereka hidup-hidup, nampaknya masyarakat kita sekarang ini “lebih hebat”. Mereka tidak menanam hidup-hidup tetapi mencampakkan sesuka hati sama yang masih hidup atau yang telah mati bayi-bayi kecil mereka ke dalam tong sampah..mangkuk tandas..sungai dan sebagainya. Lebih menyedihkan, mayat bayi yang tidak berdosa ini ada yang dimakan oleh anjing dan burung!!! Hati syaitan apa agaknya dimiliki oleh tangan-tangan yang membuang bayi tersebut.

Hampir mustahil pelakunya adalah suami isteri yang sah. Sudah pasti mereka ini telah berzina. Namun kerana tidak sanggup menanggung aib, mereka rela mencampakkan anak mereka merata tempat. Binatang pun tahu untuk menyayangi anak mereka.

Dengan kes yang semakin banyak akhir-akhir ini, saya terfikir..apa nak jadi dengan negaraku Malaysia!!! Anda tunggulah 9 bulan akan datang apabila remaja lelaki dan perempuan kita “merayakan” sambutan tahun baru pada malam ini. Mungkin akan bersepah lagi bayi-bayi yang akan dibuang.

Kita mesti ingat, kejadian sebegini boleh mengundang bala daripada Allah SWT. Bala yang turun tidak hanya terkena pada yang jahat, fasik dan sebagainya tetapi akan terkena kepada semua orang. Lihatlah apa yang telah terjadi kepada negara jiran kita. Satu persatu musibah diturunkan kepada mereka. Ya Allah, lindungilah kami semua dari malapetaka.

Walaupun tidak sanggup untuk saya lihat, namun saya letakkan juga gambar-gambar dibawah. Semoga kita semua insaf dan jaga keluarga kita. Maaflah dengan bahasa saya kali ini.


























































Tiada ulasan:

Catat Ulasan