Makanan ringan seperti ubi kentang potato, twisties dan sebagainya mempunyai banyak bahan kimia di dalamnya. Makanan seperti ini pasti mempunyai bahan pengawet, perasa dan pewarna untuk menjadikan makanan tersebut lebih tahan lama, sedap dan menarik sebagai cara untuk melariskan jualannya. Begitu juga makanan dalam tin seperti sardin. Bayangkan tulang ikan yang keras menjadi rapuh apabila ditinkan. Dengan memakan sardin, anda sebenarnya termakan sekali dengan bahan kimia di dalamnya. Mungkin bahan kimia itu akan menghakis usus anda pula nanti.
Air di dalam tin mahupun di dalam kotak juga sebenarnya tidak baik untuk kesihatan anda. Tahukah anda, di dalam satu tin air minuman mengandungi tujuh sudu gula. Jadi, elakkan minum air tin seperti coca-cola, pepsi mahupun air tiruan perasa oren, epal dan sebagainya. Jangan terkeliru antara jus limau sebenar dengan air tiruan berperisa limau.
Organ dalaman haiwan seperti hati, limpa dan sebagainya juga tidak bagus untuk badan kita. Walaupun para saintis mengatakan bahawa organ dalaman ini bagus namun ianya bertentangan dengan amalan nabi Muhammad SAW. Saya lebih suka untuk mengikuti amalan Rasulullah. Malah, orang Yahudi pun tidak makan organ dalaman kerana mereka tahu keburukannya. Yang membuatkan organ dalaman tidak bagus terutama untuk otak adalah kerana kandungan darah yang banyak dalam organ dalaman tersebut.
Makanan yang paling baik adalah dari sumber yang segar. Makanlah ikan, ayam atau daging yang segar. Lebihkan memakan ikan kerana ikan lebih baik daripada ayam dan daging terutamanya apabila ayam dikaitkan dengan isu suntikan bahan kimia kepada ayam supaya membesar dengan lebih cepat. Jika anda mempunyai tanah yang luas, adalah lebih baik anda bercucuk ayam sendiri dan menternak ayam sendiri. Boleh juga mengeluarkan peluh. Rajin-rajinkan diri anda.
Jika membeli sayur dipasar, carilah sayur yang berlubang dimakan ulat. Jika ulat selamat memakan sayur tersebut, insyaAllah kita juga akan selamat makan sayur itu. Jika sayur nampak terlalu cantik tanpa lubang, mungkin sayur tersebut telah disembur racun. Walaupun racun tersebut tidak memberi kesan serta merta kepada kita namun ianya akan memberi kesan jangka panjang kepada kita seperti kanser usus dan sebagainya.
Kesimpulannya, jauhkan daripada memakan makanan segera, makanan bertin mahupun air segara. Makanlah makanan yang segar. Lebih baik makan makanan yang kita masak kerana kita tahu apakah kandungan makanan yang kita makan itu. Banyakkan minum air masak. Tidak sama air masak dengan air yang lain seperti teh tarik. Minum air masak lebih menyegarkan badan serta dapat membuang toksik dalam badan dengan lebih baik. Carilah amalan pemakanan yang telah dianjurkan oleh nabi Muhammad SAW mahupun saranan oleh doktor. Juga jangan lupa berbekam.
Firman Allah AlHakamu dlm AlQuran : "Adakah kamu jadikan *Tukang Beri Air* orang Haji dan memperbaiki Masjidil Haram, sama dgn orang yg beriman kepada Allah dan hari yg kemudian, serta berjuang dijalan Allah? Sekali2 tiada sama mereka itu disisi Allah. Allah tiada menunjuki kaum yg aniaya". - (Surah AtTaubah : Ayat 19).
BalasPadam