Rabu, 5 Ogos 2009

Warga SMK Seri Rompin berjaga-jaga virus H1N1.











Pada hari ini 5 Ogos 2009 (Rabu), SMK Seri Rompin telah didatangi oleh pegawai Pusat Kesihatan Rompin untuk saringan H1N1. Semuanya bermula apabila ramai pelajar telah didapati demam secara tiba-tiba. Dianggarkan secara purata 20 pelajar demam setiap hari bermula 2 minggu lalu. Selain itu, 2 orang pelajar yang mengikuti satu seminar di Pekan telah dikuarantin di rumah kerana mempunyai simpton H1N1 (tidak disahkan).

Lebih kurang 108 orang pelajar dan staf yang demam telah diperiksa. 7 daripada mereka iaitu 2 orang yang suhu badannya melebihi 38 darjah celcius manakala 5 orang yang suhu badannya menghampiri 38 darjah celcius telah diambil sampel darah untuk dibuat ujian virus H1N1. Keputusan hanya akan diketahui 4 hari selepas sampel darah diambil.

Kesemua 108 orang pelajar yang demam akan dikuarantin di asrama. Mereka dilarang untuk bergaul dengan pelajar lain dalam tempoh kuarantin. Pelajar yang dikuarantin diharap berdisiplin semasa tempoh kuarantin. Diharapkan tiada warga SMK Seri Rompin yang dijangkiti virus ini. Sama-sama kita doakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan