Isnin, 9 Mac 2009

Nibiru - Ancaman Dari Angkasa Lepas




Sahabat-sahabat sekalian, dalam kehidupan ini kita seringkali mengalami masalah dan ancaman, yang paling terkini adalah masalah kenaikan harga minyak dan juga kenaikan harga barang keperluan. Semua ini adalah masalah yang berlaku akibat dari dalam bumi itu sendiri. Sekarang, saya ini berkongsi informasi bersama sahabat-sahabat mengenai ancaman yang datang dari luar bumi yang perlu kita semua tahu dan seterusnya dapat menghayati kekuasaan Allah yang Maha Hebat.

Allah SWT telah menciptakan banyak bintang di alam semesta dalam kuantiti yang tidak terbilang selagi dikehendakiNya. Dari pandangan sains astronomi, gugusan bintang ini diberi nama galaksi nama ‘galaksi’. Terdapat banyak galaksi yang hanya ALLAH saja yang tahu jumlah sebenarnya. Salah satu daripadanya adalah galaksi di mana bumi kita berada di dalamnya yang diberi nama ‘bima sakti’.Dengan kuasa ALLAH diciptakanNya pula objek langit dan planet berputar mengelilingi matahari mengikut orbit yang tersusun. Kumpulan planet yang bergerak mengelilingi matahari, diberi nama pula Sistem Suria (Solar System). Begitu pula dengan galaksi lain yang memiliki pusatnya sendiri. Putaran planet terhadap pusat galaksi secara tersusun ini kemudian disitilahkan sebagai ‘orbit’.



Pakar-pakar astronomi menyatakan kini sudah banyak planet yang berputar secara berbalik arah, jika di planet bumi kita ini matahari masih terbit dari arah timur, maka beberapa tahun ini terdapat fenomena baru yang di dalam pemantauan ahli astronomi ini planet lain sudah mulai berbalik arah dan matahari terbit dari arah barat. Dari sisi ilmiah, inilah pertanda akhir zaman mendekati kiamat, sebagaimana petunjuk dari Nabi junjungan kita, Muhammad SAW. Dalam kekalutan memantau berterusan pergerakan planet-planet yang telah berlawan arah ini, mereka menemui satu planet baru yang di beri nama Planet Nibiru (ada yang panggil Planet X).

Nibiru ini ditarik oleh daya graviti matahari yang besar dalam sistem suria kita, sehingga kemudian ia masuk ke dalam orbit planet-planet dalam keadaan berlawanan arah, dan suatu masa nanti Nibiru akan bertembung dengan bumi. Para sainstis meramalkan 50 tahun lagi Nibiru ini akan memasuki orbit sistem suria kita, sejak ia ditemui pada tahun 2003. Dengan kata lain, kehancuran bumi bakal terjadi pada tahun 2053? Ada laman web yang menyatakan pertembungan ini berlaku pada 2012. Dari segi sains, pembolehubah-pembolehubah yang terlibat adalah dinamik dan boleh berubah ubah. Atau adakah ini adalah kiamat yang disebut dalam Al-Quran? ALLAH Maha Berkuasa atas segala-galanya.



Lintasan Planet Nibiru ke dalam sistem suria dikatakan bakal memberikan impak yang dahsyat di bumi. Gempa-gempa bumi terkuat dalam sejarah manusia moden akan terjadi ketika ini. Setelah bumi bergerak sejajar dengan medan magnet Nibiru, gempa bumi berskala lebih 9 skala Richter akan berlaku dan akan dirasai banyak tempat di dunia. Ketulan ais di kutub akan terbelah dan mencair, meningkatkan aras air laut sehingga menenggelamkan banyak tempat di dunia. Gelombang tsunami raksasa juga dijangkakan akan berlaku pada masa tersebut.

Gangguan elektromagnetik yang berlaku di planet-planet lain dalam sistem suria ketika ini juga dipercayai disebabkan oleh graviti Nibiru. Perubahan cuaca yang agak ekstrem ini juga dipercayai berpunca daripada ketidakstabilan gelombang elektromagnetik bumi akibat pengaruh Nibiru. Namun, kita sebagai rakyat Malaysia yang masih mentah dalam astronomi tidak mengetahui dan tidak didedahkan dengan pengetahuan tersebut. Walaupun, kita sudah ada angkasawan, namun, kita masih terlalu muda untuk melibatkan diri dalam sains angkasa lepas. Kita hanya disuapkan dengan fenomena pemanasan global dan perubahan cuaca dunia yang disebabkan oleh aktiviti manusia sendiri. Walhal, pengaruh luar bumi juga turut menyumbang kepada fenomena ini.



Kestabilan medan magnet bumi yang dipengaruhi oleh matahari akan terganggu oleh lintasan Nibiru. Pergerakannya memasuki sistem suria menyebabkan suhu teras bumi meningkat secara mendadak akibat adanya pertambahan gerakan berputar di dalamnya. Ketika teras bumi cuba mencapai keseimbangan bagi perubahan mendadak dalam sistem suria, keadaan ini akan menghasilkan kesan sampingan yang teruk antaranya perubahan cuaca yang tidak stabil dan meningkatnya aktiviti gunung berapi seperti yang berlaku sekarang.



Peningkatan suhu teras bumi mengakibatkan peningkatan berkala pada aktiviti seismik dan gunung berapi. Gempa bumi pun sering terjadi. Daerah pegunungan diancam bahaya lahar. Kepanasan dari teras bumi bumi diserap oleh mantel dan akhirnya kerak bumi mengakibatkan peningkatan suhu dasar laut. Air laut yang semakin panas akan merubah pola arusnya, taburan hujan berubah dan pola-pola meteorologi terganggu.



Adakah keadaan ini membawa kepada kejadian kiamat? Allah SWT telah berfirman banyak kali dalam Al Quran yang menjelaskan betapa dahsyatnya kiamat. Seperti di dala Surah Al-Waqiah ayat 1 hingga 6 yang bermaksud: “Apabila terjadi hari kiamat, tidak seorangpun dapat berdusta tentang kejadiannya. (Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain), apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya, dan gunung-gunung dihancur luluhkan seluluh-luluhnya, maka jadilah ia debu yang berterbangan,”. Jika benar pertembungan ini yang memulakan kiamat, maka itu ALLAH SWT jualah yang menghendakinya.



Dan jika makluman ahli sains angkasa itu salah, maka hendaklah kita jadikan renungan dan iktibar. Marilah kita muhasabah diri kita. Kita diminta oleh Rasullullah SAW untuk membaca, memelihara dan menyebarkan Al Quran. Perkara kiamat adalah ketentuan Allah yang mutlak dan pasti akan berlaku. Yang penting bagi kita adalah bersedia untuk menghadap ALLAH. Adakah kita telah bersedia?
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web ini.

12 ulasan:

  1. Artikel anda di

    http://astronomi.infogue.com/nibiru_ancaman_dari_angkasa_lepas

    promosikan artikel anda di infoGue.com. Telah tersedia widget shareGue dan pilihan widget lainnya serta nikmati fitur info cinema, game online & kamus untuk para netter Indonesia. Salam!

    BalasPadam
  2. nibiru rose dr langit... petanda akhir zaman

    BalasPadam
  3. Subhanallah, Alhamdulillah, ALLAHU AKBAR !!

    BalasPadam
  4. Nibiru mmg menjadi igauan ngeri bg ramai org di serata dunia, di ikuti sedna.

    ia mmg 1 ancaman dari angkasa, satu satu sistem lain yg kebetulan orbitnya termasuk dlm sistem suria kita.

    nibiru mmg tlh diramalkan. org2 dari tamadun mesopotamia dan bangsa maya di amerika selatan masing2 tlh meninggalkan cerita mengenai nibiru, ribuan tahun lampau. mengikut perkiraan pakar astronomi, nibiru mengorbit berhampiran inner planets pada setiap 3600 tahun.

    nibiru dikesan seawal 1985 lagi. pada masa itu, komuniti angkasa memanggilnya dgn nama planet X. cuma pada tahun 2003 sahaja ia disahkan sbg nibiru, selepas beratus kajian terhadapnya dibuat.

    www.atehfaisal.blogspot.com

    BalasPadam
  5. semoga hal ini dapat menyadarkan bahwasanya hidup kita ini hanya sementara , dan ada kehidfupan setelahnya yang akan menempatkan kita apa di surga atau di neraka , itu semua adalah kita yang memilih , bagaimana cara memilihnya , hnya dengan kembali pada islam, mempelajari kembali, memahami , dan mengamali , sehingga amalan tersebut dapat membawa kita dan bersaksi terhadapa kita di kahirat kelak wallahu 'allam

    BalasPadam
  6. hanya allah yang tahu kapan kiamat datang

    BalasPadam
  7. iya mungkin ini salah satu ayat-ayat kauniah Allah SWT

    BalasPadam
  8. Dalam Surah Al Rahman telah menerang hal ini pada ayat 35-37 dan jika benar Nibiru itu adalah Mawar Merah pada Ayat 37 (Imej memang menunjukan Nibiru itu berwarna merah seperti Mawar Merah), maka Ayat 12 yang di ulang ulang sebanyak 31 kali pada surah ini iaitu "Maka yang mana satu diantara nikmat tuhan kamu yang hendak kamu dustakan" dan jika dibilang ayat ini pada ayat 38 jumlahnya 12 maka jadilah 31/12/12 Allah saja yang mengetahui Tq

    BalasPadam
  9. Kiamat adalah janji tuhan kpd hamba2nya kejatuhan israel adalah slh satu dpd tanda kiamat. Nibiru adalah salah satu tanda kiamat. Kiamat muncul jika imam mahdi dan nabi isa muncul jd kita tunggu isa as bru proses kiamat akan bmula

    BalasPadam
  10. PLANET X AKA NIBIRU - APAKAH IA PETANDA KIAMAT? NAMUN PLANET X NIBIRU TELAH DATANG & HILANG PERGI

    Apakah keberadaan planet Nibiru tersembunyi dlm linkongan "Outer Planets", ato "Inner Planets", ato ia ghoib dlm sistem Suriya? Misterinya maseh menjadi tandatanya. Namun sejarah kedatangan Nibiru telah berulang semula, diAlaf Baru 21st Century ini ia telah menghampiri Bumi dan telah pun berlalu. Berita kehadirannya akan menghentam Bumi telah menggemparkan penduduk Bumi. Karena ada pihak yg meramalkan Bumi akan hancor musnah mengalami kiamat. Sedangkan End-Time 21/12/2012 seperti dlm Mayan Prophecy itu hanya mengkhabarkan satu perubahan kezaman baru, bukannya Bumi serta isi2nya akan hancor lebor.

    Kedatangan Nibiru menghampiri bumi tanggal 21/12/ 2012 seperti lakuannya sedang retrograde paling hampir dgn bumi. Kehampirannya tersangat dekat, hinggakan dikhuatiri dirasakan ianya akan melanggar Bumi. Namun sebelum Nibiru pergi meninggalkan Bumi ia bageikan mengucapkan selamat tinggal kepada bumi dan penghuni2 bumi. Setelah Nibiru datang, sebelum ia meninggalkan bumi dan penghuni2 bumi pergi, Nibiru bageikan telah meninggalkan debu2 "Cosmic Dusts". Apakah kesan2nya terhadap bumi dan penghuni2 bumi? Ngak ketahuan.

    Dari sudut Numerology tahun 2012 tersembunyi angka 12, yg membawa maksod "Number Of Ending". Kebetulan tahun 2012 jatuh dlm "The Year Of The Water Dragon". Dari sini telah dibikin satu movie Barat "2012" yg hanya bikin perasaan manusia sejagat porak peranda. Namun hanya indah khabar cerita omongan semata dari kenyataan sebener. Berbalik kesah Numerology. Akan disusuli pula dgn tahun 2013 dgn angka 13, yg melambangkan "Number Of New Beginning". Angka 13 is not only means "The House Of Death", but it's also a sign of "Revolution"....

    Dlm satu Surah AlQuran ada tersembunyi lambang2 tahun 2012 itu dan hingga akan berlakunya itu Kiamat. Allah AlMumit telah banyak kali beri amaran dan peringatan. Kapankah akan berlakunya itu Kiamat? Allah jua Yg Maha Mengetahui akan setiap sesuatu yg tersembunyi. Kiamat itu Allah sengaja sembunyikan, ianya pasti akan berlaku, agar setiap Manusia itu bisa dibalasi akan apa yg ia telah kerjakan selama ada Hayat ia diBumi ini.

    ..... WALLAHU'ALEM .....

    BalasPadam