Khamis, 12 Februari 2009

Umat Islam menantikan pemimpin yang...

Dewasa ini, umat Islam berada dalam keadaan yang amat lemah. Lemah dalam segi. Lemah imannya, ekonomi, budaya, jati diri serta mempunyai krisis identiti diri. Umat Islam ditindas di seluruh pelusuk bumi. Sebut sahaja di Palestin, Iraq, Afganistan, Kashmir malah jiran kita sendiri di Pattani dan Mindanao tanpa kita dapat berbuat apa-apa. Kita hanya "bising mulut", melaungkan api kemarahan tetapi musuh Islam tidak terjejas sedikit pun malah semakin mengganas.
Apakah yang saya dan saudara lakukan untuk mengubah nasib kita? Adakah kita sebenarnya sedang melakukan perkara yang betul atau sebenarnya kita sedang berfantasi melakukan perkara yang betul. Ada yang bercakap mahu mengubah dunia. Sungguh mulia dan besar cita-cita itu namun diri sendiri pun kita belum lagi dapat ubah. Adakah solat kita sudah sempurna? Adakah kita solat berjemaah di masjid? Adakah kita berterusan menuntut ilmu dunia dan akhirat? Adakah kita bekerja bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib umat Islam? Tepuk dada tanyalah selera. Pertanyaan ini bukanlah terhadap orang lain malahan untuk diri saya sendiri. Saya sendiri pasti masih tidak melakukan yang secukupnya untuk menyumbang kepada kebangkitan Islam.
Umat Islam sedang menanti-nanti pemimpin yang dapat memimpin mereka keluar dari zaman kegelapan ini. Masih belum terlihat akan cahaya di hujung terowong. Kita masih lagi teraba-raba dalam kegelapan. Kita merindukan pemimpin seperti Nabi Muhammad S.A.W. Kita merindukan pemimpin yang tegas seperti Umar al-Khatab. Kita mendambakan pemimpin yang adil seperti Khalifah Umar Abdul Aziz. Kita perlukan pemimpin yang berani seperti Salahuddin al-Ayubi. Kita memerlukan satu atau banyak kuasa Islam sebagai tempat bergantung harap. Bukannya bergantung harap kepada Russia untuk keselamatan kita. Bukan bergantung kepada Amerika untuk keselamatan kita.
Pada zaman dahulu, kita ada Kerajaan Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah dan Bani Uthmaniah untuk kita bergantung harap. Seperti mana yang kerajaan Bani Uthmaniyah membekalkan Acheh dengan meriam untuk menentang Belanda. Namun sekarang, boleh anda sebutkan kerajaan Islam mana yang kita boleh bergantung harap.
Namun nampaknya kita tidak boleh terlalu mengharapkan orang lain. Kita sendiri yang mesti berusaha. Bangsa-bangsa yang memeluk Islam di bumi ini semuanya pernah memimpin tamadun Islam. Namun kita umat Melayu Islam masih lagi belum tergolong dalam golongan tersebut. Pernah satu ketika ada pemimpin Islam berkata bahawa" Kami semua telah penat lelah membangun dan mempertahankan Islam. Sekarang tiba bangsa kamu wahai umat Melayu untuk memimpin Islam", sambil tangannya menunjuk kepada seorang pemimpin berbangsa Melayu.
Jadi, wahai saudara-saudaraku, marilah kita memohon ke hadrat Allah SWT supaya mengurniakan kepada kita umat Islam tidak kira dari keturunan mana pun seorang pemimpin yang boleh memimpin kita. Marilah kita sama-sama menguatkan iman dan bekerja untuk memajukan umat Islam. Islam memerlukan saudara semua untuk mengeluarkan umat ini dari kegelapan yang menyeksakan ini.

1 ulasan:

  1. UMMAT ISLAM MENANTI PEMIMPIN AKHIR ZAMAN SANG JURU PENYELAMAT AKA IMAM ALMAHDI AS

    Nabi Muhammad SAW - Baginda tidak diutuskan melainkan membawa Rahmat seru sekelian alam. Agama yg dibawa baginda, yg diredhoi disisi Allah Rabbul 'Alamin hanya yaitu AlIslam. Namun masa dan hari sileh berlalu pergi, zaman sering bertukar ganti. Dunia Islam hanya bertapak kukoh dizaman Nabi SAW. Setelah wafat berpulangnya Nabi SAW, malangnya Dunia Islam telah jadi oppressive, rapoh, tenggelam dilanda gelombang tsunami. Dunia Islam telah tenat ranap ditelan Fitnah Dajjal AlMasikh diAkhirul Zaman. Dunia Islam sedang berada dizaman kegelapan.

    AlHadis : "Jika sekiranya usia bumi ini hanya tinggal sehari lagi (akan kiamat), nescaya Allah akan bangkitkan keturunan-ku (Ahlulbait-ku dari Sulbi-ku), yg akan membawa memenuhi semula bumi ini dgn keadilan dan kemakmuran, sebagaimana bumi sebelumnya telah dipenuhi dgn kesesatan, kekufuran dan kezaliman."

    Yg dimaksodkan keturunan Nabi itu, dialah salah saorang Ahlulbait Nasab dari Sulbinya Nabi. Dialah Sang Juru Penyelamat bagi Dunia Islam dan Dunia Akhirul Zaman ini. Dialah juga dgn gelaran jolokan Sang Ratu Adil Sejati, aka Imam AlMahdi AS. Jika leluhurnya Nabi Muhammad SAW sebagai Pembawa Rahmat seru sekelian alam, maka Imam AlMahdi AS dia pula sebagai Penyelamat Ummah diAkhirul Zaman. Dari "Bangsa" siapakah asalnya dan dari "Negara" manakah berasalnya Sang Penyelamat itu? Tunggukan saja berita gegarannya diKota Mekah itu nanti....

    ..... WALLAHU'ALAM .....


    BalasPadam