Isnin, 26 Januari 2009

Diaspora Terengganu

Etnik Terengganu pada zaman dahulu kala merupakan bangsa pedagang. Mereka berdagang ke Siam, Singapura,Kuching, Kalimantan dan juga Riau.

Saya akan memberi fokus kepada perdagangan antara Terengganu dengan Singapura. Ini kerana terdapat banyak bukti yang menyokong pandangan ini. Sepanjang pesisiran Pantai Timur Semenanjung terdapat banyak penempatan etnik Terengganu. Contohnya di Beserah, Tanjung Lumpur, Kuala Pahang, Nenasi, Kuala Rompin, Mersing dan hinggalah ke Sedili. Pedagang ini berulang alik dengan menggunakan Perahu Besar Terengganu yang masih boleh dilihat di Muzium Terengganu.

Saya yang bekerja di Kuala Rompin pernah bertemu dengan generasi kedua dan ketiga keturunan Terengganu yang tinggal di Tanjung Lumpur, Kuala Pahang, Kuala Rompin dan juga Mersing. Mereka ini masih lagi dapat bertutur dalam dialek Terengganu malah dapat memberitahu dengan terperinci tempat asal nenek moyang mereka di Terengganu. Ada seorang guru dari Kuala Pontian di Kuala Rompin yang memberitahu yang keturunan beliau merupakan pedagang yang berulang alik ke Singapura. Sampai satu masa, dia membuka penempatan di Kuala Pontian. Guru ini yang keturunannya yang berasal dari Kg. Pulau Rusa di Kuala Terengganu masih lagi dapat bertutur dialek Terengganu dengan baik. Di Bandar Lama Kuala Rompin terdapat beberapa jalan yang dinamakan sempena nama pulau di Terengganu seperti Jalan Perhentian, Jalan Lang Tengah, Jalan Lang Kiri.

Namun, saya berpendapat bahawa dialek Terengganu di Kuala Rompin akan hilang kerana kebanyakan generasi ketiga tidak lagi bertutur dengan Terengganu. Tambahan pula tiada persatuan atau badan yang berusaha untuk mengekalkan warisan Terengganu di sini. Tempat-tempat yang lain seperti di Mersing ataupun Sedili tidak pula saya ketahui. Di Mersing, ramai etnik Terengganu yang terlibat dalam perusahaan keropok lekor.

Di Singapura, ada satu jalan yang dinamakan Marang Road. Nama Marang diberikan kerana terdapat satu kubur yang mana pada batu nesannya tertulis yang si mati itu berasal dari Marang. Di Kuching pula terdapat Kg. Terengganu yang mana penduduknya berasal dari Terengganu yang menetap di sana kerana berdagang kain songket pada zaman sebelum merdeka. Di Kalimantan, terdapat tempat bernama Dungun sempena nama tempat asal penduduk Dungun yang berpindah ke sana untuk berdagang dan juga berdakwah. Di Riau, terdapat tempat bernama Maras sempena nama Kuala Maras di Kuala Terengganu yang mana ada penduduknya pergi berdagang dan berdakwah di sana dan terus menetap di sana.

Namun begitu, penghijrahan etnik Terengganu sekarang tidak serancak dahulu. Diaspora seperti yang saya ceritakan di atas merupakan mereka yang berhijrah sebelum zaman merdeka lagi. Nampak seperti semangat mengembara, berdagang dan berdakwah semakin hilang dalam generasi baru Terengganu. Semoga etnik Terengganu dapat menguatkan semula semangat mengembara dalam diri tanpa mengenal erti ombak yang mengganas di lautan. Semoga dapat menyumbang kepada ketamadunan Melayu Islam seperti yang telah dilakukan oleh nenek moyang Terengganu zaman dahulu.

(Kuala Rompin)

10 ulasan:

  1. Tenganu kiteee....bangung...bangung ke lauk !
    Nok ge moh cik semang naik bah puko lapang singgoh mmamang beli ikang tambang kak kkalang, teghuh gi maghang telajok kua beghang patoh balik ke hilighang naik bah bandaghang gi pasooo payannnngg !

    BalasPadam
  2. Haha..panda cekgu sazili nulih bahase tranung. Buleh buak kamuh se.

    BalasPadam
  3. Saya berada dikalimatan barat(indonesia) ayah saya bernama sunli matsaid, kakek saya bernama matsaid bin ciksuh asli terengganu...tetapi hanya sampai di nama ciksuh kami mengenal keluarga dari terengganu,selepas itu kami tidak tahu saudara atau keluarga dari kakek kami...kakek kami dulunya seorang pedagang dari tergenggam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum..
      Adakah Che Soh itu yg keturunannya mengusahakan lada hitam @ kopi di sana?

      Padam
  4. Mohon bantunnya apabila ada saudara dari terengganu yang mengenal keluarga kakek kami yang bernama almarhum matsaid bin ciksuh agar dapat menghubungi saya di email feska888.gmail.com.

    BalasPadam
  5. Mohon bantunnya apabila ada saudara dari terengganu yang mengenal keluarga kakek kami yang bernama almarhum matsaid bin ciksuh agar dapat menghubungi saya di email feska888.gmail.com.

    BalasPadam
  6. Saya berada dikalimatan barat(indonesia) ayah saya bernama sunli matsaid, kakek saya bernama matsaid bin ciksuh asli terengganu...tetapi hanya sampai di nama ciksuh kami mengenal keluarga dari terengganu,selepas itu kami tidak tahu saudara atau keluarga dari kakek kami...kakek kami dulunya seorang pedagang dari tergenggam..

    BalasPadam
  7. Saya keturunan trengganu yang berhijrah ke tanah jawa

    BalasPadam
  8. feska sidarta nanti cerita lebih lanjut dlm email. saya sudah hantar. saudara mara saya ramai juga di indonesia

    BalasPadam
  9. Assalam admin.... sy berasal dr kg. Pulau Rusa (K.TRG)... pd sy mmg btl pn apa yg admin tuliskan pasal tokki & nenek moyang sy sll keluar berdagang kain songket & batik.... mengikut kata mak sy... tokki sy sll pergi ke johor & singapura malahan serata semenanjung utk berdagang kain.... harap admin byk lg rungkai topik ini... moga jd teladan generasi akn dtg.

    BalasPadam