Khamis, 31 Disember 2009

Rasuah...!!!!

Rasuah semacam sesuatu yang halal dalam masyarakat kita. Masyarakat tidak memandang rasuah sehina mereka memandang daging babi. Jika ternampak babi, mereka sedaya upaya untuk menjauhkan diri namun tidak dengan rasuah.

Rasuah boleh memundurkan orang Islam. Saya bagi satu contoh. Abang ipar saya cuba untuk mendapatkan hak membekalkan plat kayu kepada sebuah syarikat di Kerteh. Abang ipar saya perlu berurusan dengan seorang Melayu untuk mendapat kontrak tersebut. Namun, orang Melayu tersebut meminta komisen jika mahu mendapatkan kontrak iaitu atas satu plat kayu, abang ipar saya perlu memberi dia RM1.00 contohnya (jumlah sebenar saya lupa). Oleh kerana abang ipar saya tidak mahu bermain rasuah, maka dia menarik diri. Orang Melayu itu pula lebih sanggup memberi kontrak kepada bangsa lain yang sanggup menghulurkan rasuah. Dan cerita sebegini bukanlah kes terpencil namun berleluasa.

Rasuah boleh menyebabkan infrastruktur yang dibina tidak sempurna dan mungkin boleh runtuh. Banyak infrastruktur di Malaysia yang tidak bermutu kerana selain daripada tabiat untuk mengambil untung secara berlebihan, elemen rasuah juga berperanan. Maka jadilah bangunan retak, lantainya berlubang-lubang, bocor disana sini.

Rasuah juga boleh menghancurkan negara. Contoh yang paling senang adalah kehilangan enjin jet. Tidak pernah terfikir oleh saya bahawa enjin boleh hilang. Malah saya sukar hendak percaya pada mulanya. Mesti ada elemen rasuah dalam kes ini sehingga enjin jet yang membabitkan keselamatan negara boleh hilang. Apa sudah jadi dengan negara kita? Tentulah kelakar apabila pilot cuba nak start enjin jet untuk mengejar jet Singapura yang sedang menceroboh tapi tidak hidup disebabkan enjin jet sudah tiada!!!!

Maka dengan penangan rasuah, makin susahlah kita hendak maju. Makin tidak selamatlah kita dengan bangunan yang bagai nak runtuh. Makin tinggilah kos sara hidup kita. Wallahua’lam.

Khamis, 17 Disember 2009

The Divine Book - Lengkap Dengan Terjemahan Ke Bahasa Melayu

Siri ini merupakan siri yang menunjukkan bukti kebenaran kitab Al-Quran. Boleh dijadikan hujah kepada orang Kristian dan Yahudi. Sila tonton.