Dalam berita astro awani petang tadi, dipaparkan berita mengenai Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan yang bertekak dengan Simon Peres, wakil Israel semasa sidang ekonomi di Davos.
Kisahnya, Simon Peres yang duduk bersebelahan Recep Tayyip Erdogan diberikan masa 25 minit untuk mempertahankan tindakan Israel yang menyerangkan Palestin. Recep Tayyip Erdogan berang dengan sikap Simon Peres dan juga berang kerana hanya diperuntukkan 15 minit sahaja untuk berhujah.
Kesudahannya, Recep Tayyip Edogan keluar daripada forum itu dan pulang ke Turki. Perdana Menteri Turki disambut sebagai wira apabila tiba di Turki.
Bercerita mengenai Turki, saya terfikir adakah Turki akan sekali lagi menerajui kebangkitan Islam?
Daripada pembacaan saya, rakyat Turki sekarang ini ramai yang mula kembali mengamalkan Islam. Parti berasaskan Islam telah mendapat tempat di hati rakyat Turki. Namun malangnya, kebangkitan Islam cuba disekat oleh tentera Turki yang berkefahaman sekular.
Selain itu, orang Turki dikenali kerana semangat dan ketekunan mereka dalam membuat sesuatu pekerjaan. Jika mereka mahu memartabatkan Islam, mereka akan usahakannya dengan penuh semangat dan istiqamah yang mana ianya satu kekurangan pada umat Islam Malaysia.
Di Australia, daripada banyak-banyak bangsa Islam di sana seperti Melayu, Indonesia, Turki mahupun Arab, orang Turkilah yang paling komited dalam berdakwah. Jadi, bagi saya bangsa Turki ada ciri-ciri untuk memimpin umat Islam untuk bangkit sekali lagi dengan bantuan negara-negara Islam yang lain.
Jika parti Islam di Turki berjaya mengatasi masalah tentangan tentera serta pihak sekular, saya yakin Turki boleh sekali lagi menerajui kebangkitan umat Islam. Malaysia juga boleh bekerjasama dengan Turki bersama-sama dengan Indonesia dan Iran. Saya tidak terlalu mengharapkan negara-negara Arab untuk bersama-sama dalam kebangkitan Islam.
Kita menantikan kebangkitan Islam. InsyAllah...
BalasPadamakum..saya 99.99% bersetuju dgn pandangan saudara. Yang 1% itu pula adalah pula, harus dilihat sejauh mana komitmen ngr2 Islam utk berkompromi atas nama kedaulatan Islam dgn mengenepikan perbedaan fahaman masing2.Apabila ngr2 Islam tlh bersatu hati keseluruhannya (InsyaAllah) dan tidak pula dikongkong oleh ngr penindas; yg mampu membuat pelbagai sekatan termasuklah sekatan ekonomi,maka dgn itulah sy merasakn Turki akan mampu mengubah arus pergolakan dunia kala ini..
BalasPadamWallahu a'lam
Salam. Satu lagi negara yang akan menerajui kebangkitan islam saya rasa ialah iran . Iran walaupun dalam keadaan sekatan ekonomi oleh negara-negara kuffar namun masih mampu menghasilkan jet sendiri, kapal selam sendiri dan yang terbaru menghantar sendiri satelit ke angkasa. Ini menunjukkan rakyat iran mempunyai kepakaran dan kemampuan selain daripada mempunyai semangat yang. Kita sebagai saudara seislam mesti menyokongmya. InsyaAllah.
BalasPadamsaudara, bolehkah saudara beri pandangan ttg ulasan sstgh pihak yg mengatakn bhw Amerika itu adalah boneka Israel? yg mana digembar-gemburkn juga bhw kemenangn Barack Obama itu dibantu dgn undi yg kuat dr puak Yahudi.Satu lagi, apakah pula pndgn saudara tth keinginan ngr kuffar itu utk menyekt penghasilan nuklear oleh Iran.Adakh sejarah Iraq akan berulang. Nauzubillah..
BalasPadamWallahu a'lam..
Sememangnya saya amat bersetuju bahawa Amerika memang merupakan boneka israel. Pihak zionis telah meletakkan orang2nya dalam pentadbiran setiap presiden amerika tidak terkecuali barack obama. Ini dapat dilakukan kerana pihak zionis mempunyai pelobi yang kuat di amerika. Dengan adanya puak zionis dalam pentadbiran, maka mereka dapat mengawal polisi dan keputusan pentadbiran amerika supaya menyebelahi israel. Obama sendiri pada saat akhir kempen pergi ke israel untuk mendapatkan sokongan org yahudi.
BalasPadamTelah diketahui bahawa israel ingin meluaskan lagi negara haramnya israel. Ini kerana dalam kitab mereka ada kawasan yang telah dijanjikan kepada orang yahudi tetapi skrg ini berada dlm tangan org islam. Musuh utama yang boleh menghalang niat mereka skrg ini ialah hamas, iran dan syria. Iraq tidak lg menjadi ancaman kerana telah ditakluk amerika. Arab saudi, kuwait, mesir dan negara arab yang lain sememangnya telah berjaya dicucuk hidungnya bagaikan lembu yang boleh diheret ke sana ke mari. Jadi mereka mencuba pelbagai cara untuk menghapuskan kuasa iran termasuk menuduh iran cuba menghasilkan senjata nuklear dan juga menaja keganasan. Dengan propaganda mereka, iran telah dikenakan sekatan ekonomi. Namun iran dan rakyatnya ternyata mempunyai semangat yang kental sebagaimana nenek moyang mereka. Dalam keadaan sekatan ekonomi, mereka berjaya menghasilkan kapal selam, jet pejuang dan berjaya menghantar satelit ke angkasa dengan menggunakan teknologi sendiri. Malaysia pula bagaiman? Tepuk dada, tanya selera..
pada pendapat saya , negara iran tidaklah merupakan negara yang bakal menerajui kebangkitan Islam, sebaliknya ia adalah negara dimana Dajjal akan timbul. Tambahan lagi negara iran adalah pusat pemerintahan syiah sedunia , sudah kita tahu yang syiah ini adalah sangat berbahaya kerana akidahnya sudah terpesong jauh dari landasan sebenar Islam.
BalasPadamNo! The anti christ or Dajjal will be an Iranian Jew who will have 70,000 people in black garment as told by the Prophet Muhammad (PBUH). The people will be from Isfahan. There are currently over 30,000 Zionists alone in Tehran and many in other places in Iran. These played key role in hostage taking of USA embassy which was a CIA drama to defame Islam and Muslims for 444 days on media. The hostage takers were latter given Green cards and some of them are freely working in USA. Anti Christ or Dajjal will lead zionist army while Jesus will come at Lud air port and lead the Muslim army. He will break the cross and kill the pig. The Christains will realize that they were fooled by Paul who was the bitterest enemy of Jesus and who invented the persoanlity worship of Jesus in order to kill the message of Jesus. They will realize that person who was hanged on cross was not Jesus and that pig is not allowed to eat.
BalasPadamSource(s):
Quran (The well protected book of the God in its original language and today as fresh and as enjoyable as 1400 years back)
Sahih Muslim (Saying of Muhammad)
History
Newspapers,
articles written by American writers
ADAKAH TURKI PENERAJU KEBANGKITAN ISLAM?
BalasPadamKalo ngak silap ngak ada Hadis menyatakan tentang kehebatan Turki. Besar dan kuat sesebuah negara itu ngak bisa menjamin negara itu sudah cukop hebat dari sudut Islam Tulennya. Ambil satu contoh : Kalo Turki yg besar berperang dgn Brunei yg kecil saja, mmm... pasti Turki dulu yg rebah tewas tumbang, Brunei terus tegak berjuang menang.
Yg ada Hadis menyatakan : "Islam akan bangkit semula diTimur (Nusantara)". Dan lagi AlHadis menerangkan : "Tuntutlah ilmu walo sampei kenegeri China". Kapan disebut Nusantara, Brunei juga ngak bisa disebut sebagei pembangkit Islam. Sebab Brunei diperintah oleh Keturunan Syariff Jajang, dari suku-sakat Maulana Malik Ibrahim Maghribi. Beliau Ketua Walisongo yg telah menjatuhkan hukuman pancong terhadap Syed Syeikh Siti Jenar (Nasab Wali 7), karena telah difitnah mengamalkan ajaran sesat...