Rabu, 6 Jun 2012

Adakah Imam Mahdi sudah muncul???




Saya telah menghabiskan bacaan buku bertajuk Imam Mahdi Di Ambang Pintu hasil buah fikiran Muhammad Isa Dawud. Buku itu amat menarik kerana Muhammad Isa Dawud berhujah menggunakan hadis-hadis tentang peristiwa akhir zaman. Jadi, banyak hadis tentang peristiwa akhir zaman yang mana kita jarang atau tidak pernah mendengarnya dikemukakan.

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, “ Sesungguhnya Allah mengangkat dunia bagiku, maka aku memandang kepadanya dan hingga kepada perkara-perkara yang akan berlaku sampai hari kiamat, sebagaimana aku memandang kepada tapak tanganku ini jelas daripada Allah, Dia bukakan kepada NabiNya sebagaimana Dia dedahkan kepada nabi-nabi sebelumnya.”

Dalam hadis di atas, nabi Muhammad SAW memberitahu kita bahawa Allah SWT telah menunjukkan kepada baginda peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang, malahan baginda boleh menyebabkan nama-nama watak penting seperti Saddam Hussein, Hitler dan sebagainya. Nama-nama ini boleh didapati dalam hadis-hadis yang beratus ribu jumlahnya terutama hadis berkenaan akhir zaman.

Apa yang menarik dalam buku ini ialah diceritakan tentang peristiwa pergolakan yang sudah dan sedang berlaku di Mesir, Libya dan sekarang berlaku di Syria. Menariknya dikatakan bahawa Imam Mahdi telah pun ada pada masa ini dan dia yang menggerakkan kebangkitan tersebut. Jika peristiwa kebangkitan di Mesir, Libya dan Syria sekarang adalah peristiwa yang sama yang dikatakan akan berlaku dalam buku tulisan Muhammad Isa Dawud, maka sememangnya Imam Mahdi telah muncul.

Saya biasanya memikirkan bahawa kemunculan Imam Mahdi akan diketahui seluruh dunia seperti mana seluruh dunia mengetahui bahawa Barack Obama ialah Presiden Amerika Syarikat. Namun mungkin juga tidak!!!! Mungkin orang-orang tertentu yang dikehendaki Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

Sudah tentu tentera-tentera Imam Mahdi hanya terdiri daripada orang-orang soleh sahaja seperti mana Sultan Muhammad Al-Fateh hanya memilih tentera yang tidak meninggalkan solat berjemaah sahaja untuk menakluki Constantinople manakala beliau sendiri tidak pernah meninggalkan solat tahajud. Jadi mungkin orang-orang ini sahaja yang tahu akan kemunculan Imam Mahdi.

Persoalannya, adakan Imam Mahdi sudah muncul?