Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 Tahun MSSM yang bermula pada 4 Mac 2009 telah pun berakhir. SMK Seri Rompin telah mendapat tempat ke-4.
SMK Seri Rompin yang merupakan juara bertahan telah diletakkan dalam kumpulan A bersama-sama dengan MRSM Muadzam Shah dan juga SMK Muadzam Jaya. Pada perlawanan pertama menentang MRSM, SMK Seri Rompin kalah 0-1. Namun pada perlawanan kedua menentang SMK Muadzam Jaya, SMK Seri Rompin bangkit untuk menang 2-1. Keputusan itu meletakkan SMK Seri Rompin berkedudukan naib johan seterusnya layak ke pusingan kedua dengan sistem kumpulan XY.
Dalam pusingan kedua, SMK Seri Rompin telah diletakkan dalam kumpulan Y bersama-sama dengan SMK Tanjung Gemuk dan juga BANTURA. Menentang SMK Tanjung Gemuk, pemain SMK Seri Rompin yang majoritinya dari Tingkatan 2 gugup berdepan dengan pemain yang pantas dan sasa. Hasilnya, SMK Seri Rompin tewas mudah 0-4. Perlawanan seterusnya menentang BANTURA, SMK Seri Rompin menang 2-0. Gol-gol disumbangkan oleh Anuarul dan juga Ridzuan.
Keputusan itu melayakkan SMK Seri Rompin untuk perlawanan penentuan tempat ke-3/4, sekali lagi menentang MRSM. Perlawanan berlangsung sengit apabila tamat masa, perlawanan berkesudahan 1-1. Ini memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan. Pada separuh masa pertama masa tambahan tersebut, SMK Seri Rompin ketinggalan 1-2. Jurulatih SMK Seri Rompin, En. Bustami membuat percaturan mengejutkan dengan menukar formasi kepada 4-3-3 serta meletakkan pemain sweeper menjadi penyerang. Taktik itu seolah-olah memakan diri apabila SMK Seri Rompin sekali lagi dibolosi menjadikan kedudukan 1-3. Namun, taktik itu mula berhasil pada 10 minit terakhir apabila SMK Seri Rompin menggempur habis-habisan ke kubu MRSM. Hasilnya, pemain sweeper yang ditukarkan menjadi penyerang iaitu Fakhrul berjaya menghasilkan 2 gol untuk kedudukan terikat 3-3.
Ini memaksa keputusan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi tendangan penalti. Namun keputusan anti-klimaks menyebabkan SMK Seri Rompin hanya berpuas hati ditempat ke-4. Kebangkitan dalam masa tambahan gagal diteruskan dalam sepakan penalti apabila 4 orang penendang gagal memasukkan bola ke dalam gawang sama ada tersasar ataupun ditepis penjaga gol.
Walau bagaimanapun, tempat ke-4 sudah memadai target SMK Seri Rompin untuk menjadi 4 pasukan terbaik. Seorang pemain iaitu Fakhrul telah dipanggil untuk mewakili skuad daerah Rompin. Juara bagi edisi kali ini dimenangi oleh SMK Rompin yang telah mengalahkan SMK Tanjung Gemuk pada perlawanan akhir dengan 2-0.
Secara keseluruhannya, SMK Seri Rompin masih lagi ketinggalan terutamanya dari segi kemahiran dan juga susuk tubuh. Yang paling ketara adalah dari segi susuk tubuh yang agak kecil terutamanya barisan penyerang. Kemahiran asas seperti menahan bola dan menggelecek juga perlu digilap. Dari segi taktikalnya agak boleh dibanggakan kerana pemain dapat melakukan apa yang diajar semasa latihan. Satu lagi kelemahan yang ketara ialah stamina yang tidak mencukupi. Ramai pemain yang 'lembik' untuk menghabiskan 70 minit.
Bagi saya pula sebagai Penolong Jurulatih, banyak pengalaman yang saya perolehi. Banyak tip yang diberikan oleh jurulatih berpengalam En. Bustami Ahmad selaku ketua jurulatih. Banyak lagi yang saya perlu pelajari terutamanya dari segi taktikal, membaca permainan serta memilih pemain yang betul dan meletakkan di tempat yang betul. Perubahan taktikal drastik semasa perlawanan menentang MRSM banyak mengajar saya untuk berfikir di luar kotak.

saya selaku pemain penyerang untuk pasukan s.m.k.rompin berasa amat gembira kerana pasukan kami telah dinobatkan sebagai juara bagi edisi kali ini ,saya juga amat bangga kerana dapat menyarung jersi yang bernombor 10 dan dinobatkan sebagai penjaring terbanyak bagi kejohanan kali ini.
BalasPadamhampeh tol....
BalasPadam