Khamis, 26 Februari 2009

Kapitalis bakal runtuh - adakah kita sudah bersedia?

Pakar-pakar ekonomi meramalkan bahawa kegawatan ekonomi yang berlaku sekarang akan bertambah teruk sehingga boleh membawa kepada keruntuhan sistem ekonomi kapatalis. Soalnya sekarang adakah kita mengetahui apakah perkara yang sebenarnya berlaku? Atau kita masih lagi leka dengan hiburan, leka dengan krisis politik sekarang?

Tahukah anda bahawa apabila sistem ekonomi kapitalis runtuh, wang anda tidak lagi laku untuk digunakan? Pada masa itu, jika anda ada duit wang sebanyak satu juta sekalipun, anda boleh buang anda itu ke dalam sungai kerana ianya tidak lagi boleh digunakan. Adakah anda perasan bahawa barang yang bernilai RM1000 pada 10 tahun lepas tidak boleh dibeli dengan nilai yang sama sekarang ini? Ini menunjukkan nilai wang kita semakin susut.

Jadi, adakah harta kita dalam bentuk duit itu masih boleh diselamatkan? Jawapannya boleh iaitu dengan menukarkan dengan membeli emas, perak, tanah. Ini kerana nilai emas, perak mahupun tanah adalah amat stabil nilainya.

Sekarang ini bank pusat di US, Eropah dan Israel sedang giat menyimpan emas di negara masing-masing kerana mereka tahu sistem kapitalis sedang menuju kehancuran. Saya tidak tahu sama ada negara kita telah berbuat demikian atau belum. Saya berharap negara kita sudah bersedia.

Melalui pembacaan saya, pada masa depan akan berlaku krisis makanan dan juga minyak. Pakar-pakar mengatakan bahawa minyak akan habis dalam masa 30 tahun lagi. Jika itu berlaku bermakna kita mungkin terpaksa bergelap kerana negara kita masih belum bersediapun dengan alternatif tenaga yang lain seperti nuklear mahupun sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti solar atau angin.

Krisis makanan juga sudah mula berlaku di beberapa tempat didunia. Keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan keadaan menjadi bertambah teruk. Ingatkah anda tentang krisis beras yang berlaku di negara kita?

Jadi, yang pertama, saya berharap kerajaan mula bertindak dengan menyimpan simpanan emas ataupun perak, bukannya duit kertas yang akan menjadi sampah sedikit masa lagi.

Yang kedua, saya berharap kerajaan akan memberi perhatian yang lebih terhadap pertanian makanan. Makanan adalah isu keselamatan. Jika Thailand dan Vietnam tidak mahu menjual beras kepada kita, apa yang kita mahu makan? Ubi kayu?

Yang ketiga, kita tidak perlu menggali secara habis-habisan minyak kita. Kita perlu simpannya untuk masa depan. Buat masa ini, kita boleh beli minyak dari negara luar terutama ketika minyak murah sekarang.

Yang keempat, kita perlu menjaga kawasan air kita. Dijangkakan pada masa depan akan berlaku krisis yang besar akibat merebut sumber air. Jangan pandang rendah pada kuasa air. Ia boleh menyebabkan dua negara berperang. Jadi, jagalah sumber air tawar kita seperti tasik Kenyir, atau sungai Pahang dan juga kawasan tadahan air. Jangan pula nanti kita terpaksa pulak mengimpot air.

Yang kelima, kita sebagai rakyat bolehlah mula dengan menukar wang kita kepada bentuk lain. Kita boleh beli jongkong emas, jongkong perak, tanah mahupun rumah. Bolehlah tinggalkan sedikit dalam bentuk tunai untuk kegunaan harian. Jangan dah berlaku keruntuhan sistem ekonomi nanti baru kita nak menyesal apabila duit kita tidak lagi boleh digunakan.

1 ulasan:

  1. Satu analisis isu yang menarik. Semoga negara kita sentiasa berada di tahap siap siaga untuk menghadapi persoalan keselamatan dan survival rakyatnya.

    BalasPadam