Pada hari ini semasa mengajar subjek Pengajian Am 2 di kelas 6 Atas Sains. Saya mengupas tajuk berkenaan hutan. Dalam pengajaran saya selitkan juga pendidikan alam sekitar. Saya bertanya kepada pelajar, apakah sumbangan kita untuk memelihara dan memulihara alam sekitar?
Saya katakan kepada pelajar, kita boleh memberi sumbangan yang paling mudah dibuat dalam kehidupan seharian kita. Ramai yang bercita-cita tinggi untuk menyelamatkan alam sekitar tapi terlupa perkara-perkara kecil yang kita boleh lakukan.
Yang pertama, kita boleh mengurangkan penggunaan beg plastik atau orang Terengganu kata "plastik rok rak". Yang paling mudah, jika kita pergi ke kedai untuk membeli satu atau dua barang sahaja, tidak perlu guna beg plastik. Contohnya, beli gula 1 kilogram, cukup bawa dengan tangan begitu sahaja tanpa perlu letak dalam beg plastik. Lagi bagus kalau bawa beg untuk beli barang, letakkan sahaja dalam beg. Kurang penggunaan beg plastik bermakna kuranglah penggunaan petroleum.
Yang kedua, jika menulis atau mencetak atas kertas, gunakan kedua-dua belah muka surat. Penjimatannya berbanding menggunakan sebelah muka surat sahaja adalah 50%!!! Satu nilai yang besar dengan hanya langkah yang mudah. Selain itu, gunakan tulisan yang lebih kecil. Contoh yang paling dekat, soalan peperiksaan di SMK Seri Rompin yang dikecilkan. Mengurangkan penggunaan kertas bermakna anda mengurangkan penebangan pokok yang digunakan untuk membuat kertas.
Yang ketiga, jika menggunakan peralatan elektrik, pastikan suis "plug' juga ditutup, bukan hanya suis pada peralatan elektrik itu sahaja. Tahukah anda bahawa 30% daripada bil elektrik rumah anda adalah berpunca daripada suis "plug" yang tidak ditutup. Secara mudahnya, jika bil rumah anda ialah RM100 sebulan, RM30 daripadanya adalah disebabkan suis "plug"yang tidak ditutup. Dengan menjimatkan elektrik bermakna anda mengurangkan kuantiti petroleum yang dibakar untuk menjana elektrik.
Yang keempat, jangan gunakan tisu tapi gunalah sapu tangan. Kita tahu bahawa tisu diperbuat daripada kayu. Kurang penggunaan tisu bermakna kurang penebangan pokok.
Nanti ada yang berkata, "Alah, apalah sangat buat macam ni, tidak berkurang pun kemusnahan alam sekitar jika setakat kita sorang diri je yang buat". JANGAN berfikiran macam tu. Nanti satu benda pun kita tidak dapat buat. Tapi niatlah perbuatan kita itu kerana Allah SWT. Anggaplah itu satu ibadat kerana ianya disukai Allah SWT. InsyaAllah kita akan mendapat keredhaan Allah SWT, dikurniakan pahala serta dapat menyumbang kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar walaupun kecil.
Saya berharap saudara saudari dapat memberi komen mengenai artikel saya ini. Saya juga berharap saudara saudari dapat menyatakan jika ada cara lain untuk menyelamatkan alam sekitar ini untuk kita kongsi bersama.

cadangan yang baik. kita sering terlepas pandang benda2 kecil camni. ore kelata panggil plastik beg 'jabir ruk rak'. sy pernah menghailkan karya seni bertemakan pencemaran alam sekitar disebabkan oleh plastik beg ini masa dkt U dulu... dpt A tu!
BalasPadamLang,
BalasPadamOrang kampung aku panggil plastik 'ker'uk ker'ak'. Bagus cadangan mu lang. Tapi yang paling penting lang, pihak berkuasa ada 'will' atau tidak hendak menjaga alam sekitar. Kalau ada menjadi - kalau tak menjadi maknanya tak dok ! tu je sipir dia !
Cara yang paling penting untuk memulihara dan menjaga alam sekitar ialah integriti, pah tu, buak undang-undang. Ada undang-undang kuak kuase kang. Jangan pilih bulu , jangan makang rasuoh. Orang hulo sikit bahang, hulo banyok bahang banyok! Hok ni yang buak dok jadi ni. Patuknya sapa-sapa buak takkak, samang, dende... baru uhmm !!
Kite ni padang gitu je lang. Ajor anok murik kita molek doh tapi di luo sana macang-macang yang mengnagatifkan balik anok-anok murik kita. Sudahnya punoh janam.
Susohnye nok mendidik masyarakat kan. Didik untuk sayang alam sekitar, benci rasuah, amanah terhadap kerja. Masyarakat kita macang taksub sangat dengang wang ringgit. Sikap tamaklah yang menyebabkan hutan-hutan ditebang. Sikap tamaklah yang menyebabkan penguatkuasa terima rasuah. Pokok pangkalnya adalah bertuhankan duit. Saya rasa kita terlebih2 dimomokkan dengan duit. Setiap masa kita fikirkan macam mana nak mencari duit yang banyak. Alangkah indahnya ajaran Islam, bekerja bukan kerana hendak mencari duit tetapi untuk beribadat kepada Allah SWT. InsyaAllah semua masalah boleh selesai. Salam.
BalasPadam