Rabu, 6 Jun 2012

Adakah Imam Mahdi sudah muncul???




Saya telah menghabiskan bacaan buku bertajuk Imam Mahdi Di Ambang Pintu hasil buah fikiran Muhammad Isa Dawud. Buku itu amat menarik kerana Muhammad Isa Dawud berhujah menggunakan hadis-hadis tentang peristiwa akhir zaman. Jadi, banyak hadis tentang peristiwa akhir zaman yang mana kita jarang atau tidak pernah mendengarnya dikemukakan.

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, “ Sesungguhnya Allah mengangkat dunia bagiku, maka aku memandang kepadanya dan hingga kepada perkara-perkara yang akan berlaku sampai hari kiamat, sebagaimana aku memandang kepada tapak tanganku ini jelas daripada Allah, Dia bukakan kepada NabiNya sebagaimana Dia dedahkan kepada nabi-nabi sebelumnya.”

Dalam hadis di atas, nabi Muhammad SAW memberitahu kita bahawa Allah SWT telah menunjukkan kepada baginda peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang, malahan baginda boleh menyebabkan nama-nama watak penting seperti Saddam Hussein, Hitler dan sebagainya. Nama-nama ini boleh didapati dalam hadis-hadis yang beratus ribu jumlahnya terutama hadis berkenaan akhir zaman.

Apa yang menarik dalam buku ini ialah diceritakan tentang peristiwa pergolakan yang sudah dan sedang berlaku di Mesir, Libya dan sekarang berlaku di Syria. Menariknya dikatakan bahawa Imam Mahdi telah pun ada pada masa ini dan dia yang menggerakkan kebangkitan tersebut. Jika peristiwa kebangkitan di Mesir, Libya dan Syria sekarang adalah peristiwa yang sama yang dikatakan akan berlaku dalam buku tulisan Muhammad Isa Dawud, maka sememangnya Imam Mahdi telah muncul.

Saya biasanya memikirkan bahawa kemunculan Imam Mahdi akan diketahui seluruh dunia seperti mana seluruh dunia mengetahui bahawa Barack Obama ialah Presiden Amerika Syarikat. Namun mungkin juga tidak!!!! Mungkin orang-orang tertentu yang dikehendaki Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

Sudah tentu tentera-tentera Imam Mahdi hanya terdiri daripada orang-orang soleh sahaja seperti mana Sultan Muhammad Al-Fateh hanya memilih tentera yang tidak meninggalkan solat berjemaah sahaja untuk menakluki Constantinople manakala beliau sendiri tidak pernah meninggalkan solat tahajud. Jadi mungkin orang-orang ini sahaja yang tahu akan kemunculan Imam Mahdi.

Persoalannya, adakan Imam Mahdi sudah muncul?

Rabu, 25 Januari 2012

TANDA-TANDA KEDATANGAN IMAM MAHADI

Saya copy dari sebuah forum.

"Sebelum kemunculan Imam Mahdi, akan berlaku secara berturut2 2 gerhana pada bulan Ramadhan.." (Ibn Hajar Al haitami, Al Qaul Al Mukhtasar fi 'alamat Al mahdi Al Muntazar)

"Akan ada dua gerhana matahari di bulan Ramadhan sebelum kedatangan Al Mahdi." (Mukhtasar Tazkirah Qurtubi)

"Telah sampai kepadaku bahwa sebelum Al Mahdi datang, bulan akan gerhana dua kali di bulan Ramadhan." (Diriwayatkan oleh by Abu Nu'aym dalam al-Fitan)

"Gerhana matahari di pertengahan bulan Ramadhan dan gerhana bulan di akhirnya." (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 37)

Cuba kira...
1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20july hari jumaat,
jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.

Sama dengan hadis nabi pasal huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit,

"Sebelum kemunculan Imam Mahdi, sebutir bintang berekor akan muncul dari arah timur." (Ibn Hajar Al Haitami, Al Qaul Al Mukhtasar fi 'alamat Al Mahdi Al Muntazzar)

"Munculnya bintang itu akan terjadi setelah gerhana matahari dan bulan." (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 32)

Saidina Ali k.a.w mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar),

"Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad.

Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah.

Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar.

Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit.

Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya.

Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".

Antara tanda-tanda kedatangan Imam Mahdi adalah mengikut hadis Rasullulah ialah.munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit danmenyebabkan tenggelamnya kawasan pantai

Adakah akan berlaku Mega -Tsunami??

– Hadis ini di ambil dari video youtube

"Akan ada huru hara di bulan Syawal (bulan kesepuluh dalam kalender Hijriyah),

pembicaraan tentang perang di bulan Dzulqae'dah (bulan kesebelas dalam kalender Hijriyah) dan

pecahnya perang di bulan Dzulhijjah (bulan kedua belas).

"(Allamah Muhaqqiq Ash-Sharif Muhammad ibn 'Abd al-Rasul, Al-Isaatu li Asrat'is-saat, hal. 166)

Ambillah calendar dan teliti tarikh-tarikh.


“Andaikan dunia tinggal sehari sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku.

Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.”

(HR abu Dawud 9435)

“Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara-manusia dan gempa-gempa.

Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad 10898)

Mengikut 1 sumber dari ahli illuminati yang telah insaf mengatakan bahawa tahun 2012 akan bermulanya tahun HURU HARA yang akan dilakukan oleh puak illuminati.. Wallahu a'lam.

Apa2 pun hanya Allah saja yang tahu hakikat sebenarnya...
Kita sebagai manusia bukanlah ahli nujum yang mampu meramal bila dan di mana ia berlaku.

Fikir dan terus fikir.

Kaji dan terus kaji....

Kuatkan amalan tingkatkan Iman..

TERNYATA KEDATANGAN IMAM MAHADI AMAT HAMPIR

Saya copy dari sebuah forum.

Imam Ibn Hajar menulis di dalam Kitab Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka.

Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu.

Ini adalah atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib. Abu Hurairah berkata pada orang-orang disekelilingnya :

"Aku mempunyai maklumat mengenai peperangan-peperangan yang terjadi di akhir zaman.

" Maka orang-orang berkata :

"Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa semoga ALLAH memberikan pahala yang lebih baik."

Maka Abu Hurairah pun berkata :

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka ALLAH mengkehendaki peperangan baginya.


Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi berkuasalah seorang lelaki dari negara bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri bersalju dan kaya, maka ia berada di dalam murka ALLAH.

Setelah berlangsung tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia Rusy atau Rus."

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun,hitunglah lima atau enam, Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir, orang-orang Arab menyebutnya sebagai 'syuja' ul arab' (Pemberani Orang Arab), ALLAH menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah peperangan lagi; dia tidak mendapat kemenangan.


ALLAH mengkehendaki untuk memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati bagi-Nya, pada bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah dan Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu - lebih bercahaya daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan pencuri-pencuri Masjidil Haram di negeri yang penuh duka.

Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam...dan...Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, 'kelopak mata yang turun' sedikit.

Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia 'shaddam liman aradhahu' (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu.

Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin."

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia,bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon.


Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika).

Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci.

Seluruh negeri datang dari laut dan udara kecuali kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas.


Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit.

Dia yakin bahawa seluruh alam adalah milik ALLAH, kepada ALLAH saja semua akan kembali.

Seluruh dunia adalah pohon bagiNya yang akan dikuasai dari ranting hingga akarnya (...)

maka ALLAH melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka. langit pun menurunkan hujan yang buruk

dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua kekufuran."{2}

2.Al-Fitan, halaman 216. Tempat yang bertitik (...) adalah tulisan yang terhapus pada manuskrip asal. Lihat Huru-Hara Akhir Zaman, hlm 47-50

Huraiannya adalah seperti berikut :

Perang Dunia Pertama :

Disebutkan - Pada dekad-dekad Hijriyah setelah 1300 tahun dan hitunglah beberapa dekad... yakni kita menghitung beberapa dekad setelah tahun 1300 H. Demikianlah jumlah dekadnya masih kabur.

Satu dekad adalah 10 tahun.

Dan benar, pada tahun 1914 Masihi atau sekitar tahun 1332 H, terjadilah peperangan. Bererti, jumlah dekad yang masih kabur itu adalah tiga dekad ditambah kira-kira dua tahun lagi.

Perang Dunia Kedua :

Disebutkan - Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi, berkuasalah seorang lelaki dari negara yang bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri... dan benar, hanya 20 tahun kemudian (2 dekad bersamaan sebutan Abu Hurairah, satu dekad dan satu dekad lagi) meletuslah Perang Dunia Kedua yang digerakkan oleh as-Sayyid al-Kabir (pemimpin besar atau Hitler).
Di Jerman orang memanggilnya Hitler.

Perang Dunia Ketiga :

Disebutkan - Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... bermaksud peperangan bakal terjadi diantara tahun 1420 H hingga 1430 H.

Kita sekarang berada pada tahun 1433 H,

maka peperangan yang dinyatakan itu nampaknya sudah berada diambang pintu, boleh meletus pada bila-bila masa saja.

3.Huru-Hara Akhir Zaman, halaman 49-51


Jika anda masih ragu tentang kejadian yang diberikhabarkan oleh sahabat Abu Hurairah ini, sama-samalah kita memerhatikan lengguk peristiwa saban hari namun tingkatkanlah amal ibadat dan ketaatan anda kepada Allah kerana andaikata apa yang diberitahu ini meleset, amalan anda tetap bermanafaat di alam sana nanti serta janganlah lupa mendoakan untuk pemimpin Agung Umat Islam yang bakal muncul iaitu Imam Mahdi Al Muntazar.

Ahad, 22 Mei 2011

Kad Permainan Illuminati - 2

Sebelum ini saya pernah ulas tentang permainan ini serba sedikit. Klik di sini. Sekarang saya ingin menambah maklumat tambahan tentang isu ini.


Imbas kembali. Lihat kad ini.


Mesti anda perasan persamaannya dengan yang ini.


dan dengan yang ini.



Pasti semua dah tahu gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Jepun 11 Mac 2011. Anda lihat kad tersebut yang mana menara jam tersebut sama dengan menara jam di Tokyo. Tajuk kad tersebut iaitu 'Combined Disasters' bertepatan dengan kombinasi 3 tragedi di Jepun iaitu gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear. Mengerikan persamaannya.

Kaedah untuk mewujudkan gempa dikatakan ditemui secara tidak sengaja oleh Russia dengan memancarkan gelombang tertentu ke dalam rekahan bumi. Dikatakan US mempuyai alatan untuk mewujudkan gempa bumi yang dinamakan The High Frequency Active Auroral Research Program (HAARP). Anda boleh tanya pak cik google untuk tahu lebih lanjut.


Satu lagi persamaan ialah jarum jam dan minit pada menara tersebut yang menunjukkan 3 dan 11, adakah kebetulan dengan tarikh bencana tersebut pada bulan 3 tahun 2011? Lihat di bawah.

Ada juga yang mentafsirkan kad di atas dengan satu peristiwa yang akan berlaku di Olimpik London 2012. Lihat lima orang dalam gambar tersebut yang mana mereka memakai baju berwarna sama dengan warna gelung olimpik. Adakah mungkin akan terjadi satu peristiwa dasyat pada temasya berkenaan? Di tambah lagi dengan spekulasi bahawa tahun 2012 akan terjadi bencana besar di dunia ini yang berkaitan pengakhiran kalendar maya.

Anda boleh tonton youtube di bawah.





Lihat gambar logo olimpik London 2012 di bawah. Ada perkataan ZION pada logo tersebut.


Gambar kad di bawah menunjukkan tumpahan minyak. Semua sudah tahu tentang peristiwa tumpahan minyak di Teluk Mexico akibat letupan pelantar cari gali minyak British Petroleum (BP).





Adakah semua ini satu kebetulan atau sememangnya telah di rancang? Atau dajjal sudah mula hendak menunjukkan kehadirannya? Anda takut? Untuk makluman, permainan ini mempuyai 330 keping kad. Mungkin anda berminat untuk membeleknya satu persatu untuk mengetahui apa lagi yang di rancang.

Sama-samalah kita memperkuatkan iman kita kepada Allah SWT. Mungkin juga para pengamal tasawuf boleh memberi sedikit komen.

Sabtu, 26 Februari 2011

Islam Tidak Akan Bangkit Dengan Jalan Demokrasi

Demokrasi merupakan satu sistem untuk memilih kerajaan sesuatu negara. Dalam sistem demokrasi, semua rakyat yang berkelayakan sama ada bodoh, penjahat, perasuah, pembuat maksiat, pencuri, perompak mahupun pembunuh dibenarkan mengundi untuk memilih kerajaan. Agak kelakar untuk menyatakan bahawa golongan ini akan memilih parti Islam untuk menjadi kerajaan. Berbeza dengan sistem pemilihan di zaman khalifah yang mana pemimpin dipilih oleh ahli syura. Bukan sebarang orang boleh menganggotai ahli syura. Maknanya, pemimpin akan dipilih oleh orang berilmu, yang warak, yang bertakwa kepada Allah.

Demokrasi adalah sistem yang direka oleh dajjal dan dipromosi oleh Zionis, Illumanati, Freemason dan yang seangkatan dengannya. Inilah antara penipuan terbesar oleh dajjal. Nabi Muhammad SAW sendiri mengingatkan bahaya dajjal dengan tipu dayanya. Apabila kita berada dalam sistem demokrasi, kita sebenarnya bermain dalam permainan yang mana peraturannya telah ditetapkan oleh dajjal. Peraturan permainan ini sesekali tidak membenarkan kemenangan kepada umat Islam yang bertakwa. Mungkin ada parti Islam yang menang tapi kemenangannya tidak akan ke mana. Sebutkan kepada saya, sejak 50 tahun lepas adakah keadaan umat Islam menjadi lebih baik dengan sistem demokrasi? Sebutkan negaranya.

Saya pasti bahawa terdapat segelintir umat Islam yang nampak akan penipuan dajjal ini. Umat Islam yang mana mereka mendapat Nur daripada Allah SWT. Umat Islam yang mana solat 5 waktunya di jaga, kusyuk dan berjamaah. Umat Islam yang selalu berjaga di malam hari merintih kepada Allah SWT. Bukannya umat Islam yang sayangkan mercedesnya, sayangkan hartanya. Bukan juga umat Islam yang cakapnya sahaja berdegar-degar tentang Islam namun bukan hati dan perbuatannya.

Sesungguhnya umat Islam amat menanti kedatangan pemimpin yang boleh memimpin mereka keluar dari lembah yang hina ini. Keluar dari belenggu tipu daya dajjal ini. Menunggu "seorang lagi Muhammad SAW". Ya Allah, kasihanilah kami...

Revolusi di Mesir

Negara di Timur Tengah lazimnya diperintah oleh rejim kuku besi. Ramai antara pemimpin di Timur Tengah berkuasa sehingga 30 tahun. Walaupun ada yang mengadakan pilihanraya namun diketahui ramai bahawa pilihanraya tersebut adalah tidak adil. Para pemerintah di sana adalah kaya raya namun rakyatnya ramai yang miskin.

Negara yang melantik dirinya sendiri sebagai "Polis Dunia" iaitu Amerika Syarikat diketahui amat kritikal terhadap negara yang Amerika Syarikat labelkan sebagai pemerintah kuku besi seperti Russia, China, Iran dan sebagainya. Rekod Hak Asasi Manusia bagi negara ini sering dipersoalkan. Namun agak pelik apabila segelintir negara yang mengamalkan pemerintahan kuku besi seperti Mesir, Tunisia dan Arab Saudi sekadar menyebut beberapa nama tidak dikritik dan dikacau. Disinilah menampakkan bahawa Amerika Syarikat bukanlah ikhlas untuk menjaga hak asasi manusia. Sokongan mahupun permusuhan terhadap negara tertentu adalah mengikut kepentingan mereka.

Tentu ada sebab mengapa Amerika Syarikat tidak cuba menjatuhkan Hosni Mubarak sebelum ini. Sebab yang paling jelas adalah kerana Mesir yang diperintah oleh Husni Mubarak boleh dicucuk hidungnya supaya tidak menentang kejahatan Israel. Jadi, bagi Amerika Syarikat , tidak mengapa jika Hosni Mubarak mengamalkan kronisme, mengadakan pilihan raya yang tidak adil, mengumpul kekayaan untuk dirinya sendiri dan sebagainya.

Buat masa sekarang, terdapat dua pandangan tentang revolusi di Mesir. Yang pertama mengatakan ianya baik dan akan membawa kemenangan kepada umat Islam. Pandangan yang kedua juga mengatakan baik namun tidak pasti adakah pemimpin seterusnya berjiwa Islam? Amerika Syarikat sudah pasti akan berusaha menempatkan pemimpin yang pro-AS sebagai presiden Mesir. Seorang pemimpin yang berjiwa Islam sudah semestinya tidak dibenar memerintah negara yang strategik ini oleh Amerika Syarikat. Lihat, Mesir mengawal Terusan Suez dan yang paling penting bersempadan dengan Israel. Apa agenda Amerika Syarikat dan Zionis sebenarnya di Timur Tengah?

Kesimpulannya, umat Islam mesti berhati-hati dengan presiden Mesir yang akan datang. Perlu dibuat kajian dengan terperinci sama ada pemimpin ini membawa kebaikan kepada umat Islam. Jika anda mahukan pandangan yang sedikit kelainan, carilah pandangan yang berasaskan "teori konspirasi". Sesiapa yang belum pernah menerokai "teori konspirasi, mungkin anda sedikit terkejut namun saya pasti anda akan teruja.

Rabu, 22 Disember 2010

Sejarah Melayu Perlu Ditulis Semula

Salah satu blog yang saya konsistem membacanya adalah http://mistisfiles.blogspot.com/. Seorang daripada penulis bagi blog tersebut yang menggunakan nama pena srikandi telah berjaya meyakinkan saya bahawa sejarah kita yang sebenarnya masih belum terungkai sepenuhnya. Beliau berjaya meyakinkan saya bahawa leluhur kita adalah bangsa yang hebat. Apa yang kita belajar daripada buku teks sejarah di sekolah adalah tidak benar.

Dengan ini, saya menggesa agar warga Malaysia yang prihatin tentang isu ini bersama-sama mendesak supaya buku teks sejarah di sekolah ditulis semula. Kajian yang lebih terperinci hendaklah dibuat supaya sejarah yang ditulis hendaklah tepat. Sejarah yang ditulis dalam buku teks sekarang hanya mewujudkan perasaan inferiority complex dikalangan rakyat Malaysia.

Ahad, 23 Mei 2010

Kapitalis dan Masalah Ekonomi

Seperti semua sedia maklum, Greece di ambang muflis, bermaksud Greece tidak mampu membayar hutangnya yang berjumlah 300 bilion Euro ditambah 18.5 bilion Euro lagi bagi bayaran faedah pinjaman yang matang pada 19 Mei 2010. 200 bilion Euro daripada hutang tersebut adalah dengan bank Perancis dan Jerman.

Bukan sahaja Greece bahkan Portugal, Sepanyol dan beberapa negara yang juga mempunyai hutang yang besar. Tidak mustahil kesan ke atas Malaysia juga akan dirasai.

Jadi, kita boleh nampak bahawa masalah ekonomi ini berpunca daripada ketidakmampuan membayar hutang. Apa hendak dihairankan, sistem ekonomi kapitalis memang bermaksud berhutang untuk mengembangkan ekonomi. Hendak membayar faedah pinjaman pun sudah memeningkan kepala.

Sebagai langkah mengatasi masalah ini, parlimen Greece telah mengundi untuk menerima bantuan daripada IMF dan Kesatuan Eropah. Namun, ianya bukanlah bantuan "ikhlas" tetapi ada faedah yang perlu dibayar ditambah pula dengan syarat-syarat ketat yang perlu dipatuhi. Apakah syarat-syarat tersebut?

Syarat-syarat tersebut antaranya termasuk memotong gaji dan pencen kakitangan awam dan menaikkan cukai. Sudah tentu syarat ini akan membebankan rakyat. Sudahlah gaji semakin sedikit, cukai pula dinaikkkan. Hasilnya, berlaku rusuhan di banyak bandar di Greece bagi menentang langkah ini.

Bagi saya, apa hendak dihairankan. Inilah yang akan selalu berlaku dalam sistem ekonomi kapitalis. Antara masalah ekonomi kapitalis ialah masalah ekonomi akan selalu berlaku dan berulang-ulang. Selain itu, pembahagian kek ekonomi juga tidak adil iaitu yang kaya akan semakin kaya manakala yang miskin semakin merempat.

Dan sistem ekonomi kapitalis ini sebenarnya dikuasai oleh para yahudi. Merekalah yang sebenarnya mendapat keuntungan daripada masalah orang lain. Sesiapa yang pernah membaca Protokol Yahudi tahu bahawa golongan ini akan sengaja mencipta masalah ekonomi dengan tujuan mengawal masyarakat dunia.

Jadi, masalah harga barang yang semakin naik sebenarnya berpunca daripada sistem kapitalis yang berasaskan riba ini. Tidak guna memekik melolong tentang kos sara hidup yang semakin meningkat jika kita masih hidup dalam ruang lingkup sistem kapitalis. Sebab itulah Allah SWT mengharamkan riba. Sekian.

Rabu, 13 Januari 2010

Yahudi merancang Perang Salib baru.

Eropah seperti yang diketahui ramai dikuasai oleh tangan-tangan Yahudi melalui Freemason dan Illuminati terutamanya. Mereka bergerak menyusup melalui media, sistem kewangan dan juga pentadbiran. Media digunakan oleh Yahudi untuk mengawal pemikiran rakyat di negara tersebut. Cara berfikir rakyat telah diatur supaya mengikut kehendak mereka. Tidak hairanlah rakyat di Eropah bersikap anti Islam kerana media yang memainkan sentimen anti Islam. Rakyat Eropah juga bersimpati terhadap Yahudi kesan isu Holocaust yang dimainkan media Eropah. Di Eropah, anda boleh menghina tuhan tetapi anda akan dikutuk jika menghina Yahudi.

Yahudi juga memainkan peranan tentang siapa presiden atau perdana menteri bagi negara di Eropah yang harus dilantik. Ketika US mengambil keputusan untuk menyerang Iraq, Perancis yang presidennya ketika itu ialah Jaucues Chirac dan Jerman yang Canselornya ketika itu ialah Gerhard Schroder bangun menentang tindakan US tersebut. Tindakan Perancis dan Jerman ini tidak disenangi oleh Yahudi kerana mereka sudah lama melobi US agar menyerang Iraq. Pada pemilihan presiden dan cancelor baru Perancis dan Jerman, kedua2 ketua negara ini telah tewas. Dengan serta merta, dasar menentang penaklukan Iraq bertukar 180 darjah kerana ketua negara yang baru adalah pro penaklukan Iraq. Lihat bagaimana Yahudi mengatur siapa yang harus menjadi ketua negara bagi kedua-dua presiden tersebut.

Apa yang saya mahu ceritakan disini adalah bagaimana populasi Islam di Eropah adalah agak ramai. Kebanyakan umat Islam di Eropah dibawa masuk oleh pemerintah dari negara dari Asia dan juga Afrika. Umat Islam di Britain kebanyakannya berasal dari Pakistan. Umat Islam di Perancis di bawa dari Algeria. Umat Islam di Jerman berasal dari Turki. Yang menjadi kemusykilan, bagaimana negara Eropah yang diketahui anti Islam boleh membawa ramai umat Islam menjadi warganegara mereka?

Disinilah liciknya orang Yahudi menjalankan tipu muslihat untuk mencetuskan kekacauan. Yahudi yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam pemerintahan negara di Eropah telah mempengaruhi negara Eropah untuk membawa masuk orang Islam atas alasan untuk memenuhi permintaan terhadap tenaga buruh. Tetapi mengapa hanya ramai dari orang Islam? Kenapa bukan dari negara Eropah yang lain? Kenapa bukan dari India, China atau Vietnam?

Tujuan sebenar disini adalah supaya pada masa akan datang akan berlaku pertelingkahan antara umat Islam dan orang Kristian. Mereka merancang supaya akan berlaku pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam seperti mana yang berlaku di rantau Balkan. Pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Islam itu akan mencetuskan tindak balas dari negara Islam yang lain seterusnya akan berlaku peperangan antara Islam dan Kristian sebagai mana perang salib yang terdahulu.

Sekarang ini pun telah ada pertelingkahan antara orang Islam dan Kristian di Britain. Begitu juga isu purdah di Perancis. Media semakin mengapi-apikan kebencian terhadap orang Islam. Orang Islam dituduh mengebom keretapi di Britain padahal yang mengebomnya adalah ejen-ejen Yahudi. Ini dipanggil "false flag". Umat Islam kena ambil tahu tentang taktik orang Yahudi ini supaya kita dapat menghalang perkara yang buruk menimpa umat Islam.

Bagi saya, perang salib yang baru sudahpun bermula. US telah menguasai Iraq dan Afganistan. Sekarang US sedang mencetuskan kekacauan di Pakistan. US juga mencetuskan kekacauan di Iran dari dalam. Dalam seminggu ini, US mula menyebut tentang Yaman dan Somalia. Syria memang telah lama diintai. Arab Saudi, Mesir, Kuwait dan Jordan memang telah ditawan jiwanya. Semuanya adalah negara Islam. Malaysia? Memang sedang ditawan bagi yang mengetahuinya.

Jumaat, 1 Januari 2010

Kita Hidup Di Zaman Jahiliyah Moden?????

Kalau masyakat Arab semasa zaman jahiliyah dahulu menanam anak perempuan mereka hidup-hidup, nampaknya masyarakat kita sekarang ini “lebih hebat”. Mereka tidak menanam hidup-hidup tetapi mencampakkan sesuka hati sama yang masih hidup atau yang telah mati bayi-bayi kecil mereka ke dalam tong sampah..mangkuk tandas..sungai dan sebagainya. Lebih menyedihkan, mayat bayi yang tidak berdosa ini ada yang dimakan oleh anjing dan burung!!! Hati syaitan apa agaknya dimiliki oleh tangan-tangan yang membuang bayi tersebut.

Hampir mustahil pelakunya adalah suami isteri yang sah. Sudah pasti mereka ini telah berzina. Namun kerana tidak sanggup menanggung aib, mereka rela mencampakkan anak mereka merata tempat. Binatang pun tahu untuk menyayangi anak mereka.

Dengan kes yang semakin banyak akhir-akhir ini, saya terfikir..apa nak jadi dengan negaraku Malaysia!!! Anda tunggulah 9 bulan akan datang apabila remaja lelaki dan perempuan kita “merayakan” sambutan tahun baru pada malam ini. Mungkin akan bersepah lagi bayi-bayi yang akan dibuang.

Kita mesti ingat, kejadian sebegini boleh mengundang bala daripada Allah SWT. Bala yang turun tidak hanya terkena pada yang jahat, fasik dan sebagainya tetapi akan terkena kepada semua orang. Lihatlah apa yang telah terjadi kepada negara jiran kita. Satu persatu musibah diturunkan kepada mereka. Ya Allah, lindungilah kami semua dari malapetaka.

Walaupun tidak sanggup untuk saya lihat, namun saya letakkan juga gambar-gambar dibawah. Semoga kita semua insaf dan jaga keluarga kita. Maaflah dengan bahasa saya kali ini.


























































Khamis, 31 Disember 2009

Rasuah...!!!!

Rasuah semacam sesuatu yang halal dalam masyarakat kita. Masyarakat tidak memandang rasuah sehina mereka memandang daging babi. Jika ternampak babi, mereka sedaya upaya untuk menjauhkan diri namun tidak dengan rasuah.

Rasuah boleh memundurkan orang Islam. Saya bagi satu contoh. Abang ipar saya cuba untuk mendapatkan hak membekalkan plat kayu kepada sebuah syarikat di Kerteh. Abang ipar saya perlu berurusan dengan seorang Melayu untuk mendapat kontrak tersebut. Namun, orang Melayu tersebut meminta komisen jika mahu mendapatkan kontrak iaitu atas satu plat kayu, abang ipar saya perlu memberi dia RM1.00 contohnya (jumlah sebenar saya lupa). Oleh kerana abang ipar saya tidak mahu bermain rasuah, maka dia menarik diri. Orang Melayu itu pula lebih sanggup memberi kontrak kepada bangsa lain yang sanggup menghulurkan rasuah. Dan cerita sebegini bukanlah kes terpencil namun berleluasa.

Rasuah boleh menyebabkan infrastruktur yang dibina tidak sempurna dan mungkin boleh runtuh. Banyak infrastruktur di Malaysia yang tidak bermutu kerana selain daripada tabiat untuk mengambil untung secara berlebihan, elemen rasuah juga berperanan. Maka jadilah bangunan retak, lantainya berlubang-lubang, bocor disana sini.

Rasuah juga boleh menghancurkan negara. Contoh yang paling senang adalah kehilangan enjin jet. Tidak pernah terfikir oleh saya bahawa enjin boleh hilang. Malah saya sukar hendak percaya pada mulanya. Mesti ada elemen rasuah dalam kes ini sehingga enjin jet yang membabitkan keselamatan negara boleh hilang. Apa sudah jadi dengan negara kita? Tentulah kelakar apabila pilot cuba nak start enjin jet untuk mengejar jet Singapura yang sedang menceroboh tapi tidak hidup disebabkan enjin jet sudah tiada!!!!

Maka dengan penangan rasuah, makin susahlah kita hendak maju. Makin tidak selamatlah kita dengan bangunan yang bagai nak runtuh. Makin tinggilah kos sara hidup kita. Wallahua’lam.

Khamis, 17 Disember 2009

The Divine Book - Lengkap Dengan Terjemahan Ke Bahasa Melayu

Siri ini merupakan siri yang menunjukkan bukti kebenaran kitab Al-Quran. Boleh dijadikan hujah kepada orang Kristian dan Yahudi. Sila tonton.




























Ahad, 29 November 2009

Mungkinkah berlaku satu lagi pusingan kegawatan ekonomi???

LONDON - Pasaran saham global merudum untuk hari kedua berturut-turut semalam ekoran kebimbangan pelabur kemungkinan berlaku kesan domino setelah Dubai yang terletak di dalam wilayah Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan untuk menggantung pembayaran hutangnya.

Indeks pasaran saham rantau Asia jatuh teruk dengan Hong Kong menjunam hampir lima peratus ketika ditutup tetapi kebanyakan pasaran saham Eropah mengalami kejatuhan lebih kecil.

Indeks pasaran saham Tokyo turut menjunam 3.22 peratus yang turut diakibatkan oleh kenaikan tertinggi nilai yen berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh 12 tahun sekali gus memberi kesan buruk pada eksport Jepun.

"Pasaran ekuiti Asia dan Eropah telah menjunam dan kesan serupa akan menimpa AS hari ini (semalam)," kata pegawai strategi kanan firma BGC Partners di sini, Howard Wheeldon.

Kerugian berlaku selepas pasaran-pasaran saham utama Eropah menjunam lebih tiga peratus kelmarin berikutan pelabur dikejutkan dengan permintaan firma pelaburan milik kerajaan Dubai, Dubai World untuk menangguhkan pembayaran hutangnya selama enam bulan.

Kerajaan Dubai menggegarkan pasaran kewangan pada Rabu lepas apabila ia mengumumkan akan meminta para pemiutang Dubai World penangguhan bayaran hutang yang dilaporkan mencecah AS$59 bilion (RM200 bilion).

Berita yang disiarkan akhbar Financial Times tersebut menimbulkan banyak persoalan selain menjejaskan reputasi Dubai sebagai hab pembangunan hartanah.

Maklumat pada laman web Persatuan Perbankan UAE menunjukkan tiga bank asing yang memiliki pelaburan terbesar di negara itu adalah HSBC dengan pelaburan 11.3 bilion euro (RM57 bilion) diikuti dengan Standard Chatered sebanyak 5.1 bilion euro (RM25.7 bilion) dan Barclays yang mencecah 2.3 bilion euro (RM11.6 bilion). - AFP

Sumber - AFP



Berita ni saya copy dari http://www.tranungkite.net/ yang bersumberkan AFP. Adakah ini akan menyebabkan satu lagi masalah kegawatan ekonomi?

Saya masih ingat dahulu semasa masih dalam pengajian di UTM, kegawatan ekonomi 1997 masih lagi belum pulih. Para graduan masih sukar untuk mendapatkan pekerjaan terutama di sektor swasta. Pekerja swasta yang sedia ada pun berisiko untuk dibuang kerja. Berbeza dengan kerja di sektor kerajaan yang kerjanya terjamin. Hatta yang kurang siuman pun masih lagi belum dibuang kerja di sektor kerajaan.

Pada masa ekonomi sedang berkembang dengan baik, pekerja di sektor swasta yang paling beruntung. Gaji mereka tinggi, elaun banyak, bonus sentiasa ada dan banyak, malah mereka selalu bertukar kerja untuk mencari gaji yang lebih tinggi. Namun ketika kegawatan ekonomi, golongan ini yang paling berisiko untuk dibuang kerja. Jika tidak berjimat menyimpan duit, mana hendak dicari duit untuk bayar ansuran kereta, ansuran rumah, perbelanjaan anak-anak jika telah dibuang kerja. Jangan pandang ringan kehilangan kerja, kereta dan rumah mereka berisiko untuk ditarik pihak bank.

Bagi sektor kerajaan, kerja mereka tetap terjamin baik semasa ekonomi baik mahupun ekonomi sedang merudum. Namun gaji, bonus, elaun golongan ini tidaklah sehebat kawan-kawan mereka di sektor swasta. Mereka sekadar cukup makan sahaja. Hatta yang berijazah pun baki gaji setelah ditolak itu ini berbaki seratus dua sahaja terutama sekali selepas kegawatan ekonomi yang bermula di US dua tiga tahun lepas.

Bagi saya, kos sara hidup di Malaysia sangat tinggi sekarang. Semua harga barang melambung tinggi, tidak selari dengan kenaikan gaji. Secara relatifnya, kita semakin miskin. Kita hanya mampu memiliki kereta dan rumah kerana kita ada kemudahan untuk berhutang. Adakah kita mampu beli kereta dan rumah menggunakan cash?

Kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapa ekonomi selalu tidak stabil? Kenapa kos sara hidup meningkat dengan capat? Kenapa harga barang keperluan meningkat tanpa dapat ditahan-tahan? Untuk mendapatkan jawapannya, tanyalah pada pendukung ekonomi kapitalisme yang memanipulasi riba dan wang kertas. Tanyalah pada manusia tamak yang tidak pernah puas dengan harta dunia. Anda akan dapat jawapannya.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Pengalaman Jemaah Tabligh..Gempa Bumi.

Karkuzari Jemaah Ke Kashmir 8 Okt 2005..
Author: GOTABLIGH.COM // Category: Karkuzari Karkuzari Jemaah Ke Kashmir 8 Okt 2005..Salam..
Karkuzari ini disampaikan oleh Saudara Munir Shah Sakandar Miah.

oleh: fikirumat.blogspot.com
Jemaah kami telah keluar 4 bulan dan telah dihantar ke Kashmir daerah Bagh. Saya sendiri Amir kepada jemaah saya itu. Selain daripada jemaah saya terdapat 24 jemaah lain lagi yang buat usaha agama di kawasan itu. Jemaah kami telah dihantar ke suatu kawasan perumahan orang2 elit di kawasan bandar Bagh.

Dari segi dunia, penduduk2 di kawasan itu ialah orang2 yang terpelajar berpendidikan moden. Dari segi agama pula, kebanyakan mereka mereka menunaikan solah dan membaca Al-Qur’an. Mereka tidak ada kaitan dengan mana2 kumpulan ajaran sesat. Mereka juga tahu sedikit sebanyak mengenai usaha agama/usaha dakwah tetapi secara sengaja mereka menentangnya.

Mereka menganggap bahawa usaha agama ini adalah penghalang dan mengganggu kerja2 dunia mereka. Mereka berkata “kita kena usahakan dunia dulu,dapatkan asbab2 kemajuan sebagaimana negara2 yang telah maju kemudian barulah buat usaha agama”.

Di kawasan ini ada beberapa orang yang menjadi pembesar mereka. Pengaruh pembesar2 itu tersebar ke seluruh kawasan tersebut. Sehinggakan pegawai2 kerajaan pun menjadi pengikut mereka.
Orang2 di kawasan ini melayan kami dengan buruk terutamanya orang2 tua dan orang2 lemah di antara kami.

Kebiasaan mereka akan dipukul semasa menjalankan gasht (ziarah jumpa orang). Sekali, semasa melakukan gasht di kawasan sebuah sekolah mereka telah dipukul. Dan semasa menjalankan gasht di sebuah kem tentera, ahli jemaah telah diperlakukan dengan buruk sehingga mereka telah diberi amaran keras supaya tidak datang melakukan gasht di situ lagi. Sebagai denda jemaah itu diperintahkan untuk mengutip sampah-sarap.

Di masjid pula , bekas2 yang diisikan air (lota/bekas wudhu’))untuk kegunaan kami telah diludah oleh penduduk2 di situ sebanyak 7-8 lota. Kami mengambil air itu dgn susah payah berjalan mendaki bukit sejauh 1.5-2 km kemudian orang2 di situ menyia-nyiakan air kami begitu sahaja. Ada juga orang di situ kencing di dalam air kami.

Ilham daripada Allah S.W.T dengan perantaraan mimpi sehari sebelum gempa bumi di kawasan situ berlaku, seorang pemuda yang sedang keluar bersama satu jemaah yang sedang buat usaha di Rajanpur (satu kawasan berhampiran dgn tempat kami) telah bermimpi melihat bukit-bukau yang berhampiran melaung-laung meminta tolong seumpama seorang manusia yang sedang mengalami kesakitan yang teruk.

Pada waktu sahur, amir jemaah itu bersama dengan pemuda itu telah datang ke tempat jemaah kami dan mengkhabarkan tentang mimpi itu. Pemuda itu mengalami ketakutan yang amat sangat. Hampir jam 5 pagi kami telah menghubungi pihak di Markaz Raiwind. Saya sendiri telah bercakap dengan Haji Abdul Wahab Sab selepas beliau selesai memberi Bayan Subuh. Haji Sab telah memberi jawapan secara sepontan iaitu kumpulkan semua jemaah yang ada di kawasan itu dengan segera. Alas2 tidur kamu hendaklah ditindih dengan batu2 sementara tong2 gas hendaklah ditanam dalam bumi.

Jemaah kamu sendiri dan juga semua jemaah yang lain hendaklah dikumpulkan serta bermalam di suatu kawasan tanah lapang. Usahalah/ pujuklah orang di situ sehabis-habisnya untuk berkumpul di tempat tersebut. Jangan beritahu tentang mimpi itu kepada sesiapa pun.

Demikianlah, dengan susah payah kami telah usahakan mengumpulkan 23 jemaah yang salah satu daripada jemaah2 itu telah datang sendiri setelah mereka mendapat tahu berita itu. Dua jemaah lagi kami tidak dapat hubungi mereka.

Masalahnya ialah, di sini kawasannya berbukit sementara itu kami tidak ada perhubungan dengan orang tempatan, Kami telah berusaha bersungguh-sungguh ke atas orang2 kampung tetapi mereka tidak ingin mendengar cakap kami. Hanya seorang penjaga sekolah yang datang bersama kami dan telah menghabiskan masa malam bersama kami.

Data yang menunjukkan tanda2 gegaran beberapa hari sebelum gegeran besar berlaku.

Hari itu, 8 Okt 2005, hari Sabtu. Sebaik sahaja mata kami terlelap, kedengaran suara tempikan yang dahsyat daripada bumi dan bukit-bukau yang berdekatan. Semua kami terbangun dari tidur. Salah seorang daripada kami menyangka bahawa itu adalah igauan tidur sahaja sebaliknya itulah suara sebenar iaitu suara yang telah didengari oleh pemuda yang bermimpi mengenai kejadian tersebut.Serentak dengan itu, di langit sejenis awan hitam datang dengan begitu laju. Dari awan itu pun kedengaran suara yang sama. Demikian juga dari awan itu kelihatan sejenis pancaran cahaya. Selepas beberapa minit, berlaku gempa bumi yang sangat dahsyat. Gempa itu begitu kuat sehingga kami tidak dapat berdiri, selepas itu datang pula gempa berlainan gegarannya iaitu gegaran yang turun naik. Kami terlambung ke atas setinggi satu setengah hingga dua kaki kemudian jatuh ke bawah.

Runtuhan di sebabkan gegaran,ribut serta hujan lebat yang aneh.

Di hadapan mata kami,hanya dalam beberapa saat sahaja seluruh bandar telah menyembah bumi. Bangunan 2 di sekolah dan kem tentera juga telah tenggelam dalam bumi. Kemudian selepas itu, hujan lebat sangat dahsyat mula turun. Hujan itu bukanlah hujan biasa sebaliknya ia adalah hujan yang setiap titisannya sebesar mangkuk.

Kerana kecuaian kami, satu tong gas telah tertinggal di luar tidak ditanam maka ia telah meletup. Kemudian selepas itu, ribut yang kencang telah datang dari arah timur dan barat yang menyebabkan pokok2 telah tumbang. Sebelum ribut itu datang, semua haiwan termasuk lalat hinggakan kerbau, lembu, kambing, anjing dan lain2 lelah lari ke arah selatan hinggakan kawasan itu kosong sama sekali daripada sebarang haiwan. Hanya dalam beberapa saat sahaja, kehidupan telah bertukar dgn kematian.

Sekuat mana pun foundation yang manusia boleh bina namun kuasa Allah boleh mengatasi dengan cukup sekadar berkata “kun faya kun”..


Setiap bangunan telah rebah menyembah bumi.Bandar yang didiami oleh ribuan penduduk sekarang hanya tinggal kami ahli2 jemaah dan seorang penjaga sekolah yang masih hidup.Kami telah memohon bantuan dari segenap penjuru,namun tiada yang diterima oleh Allah S.W.T. Bantuan yang pertama sampai adalah dari Markaz Raiwind, Haji Abdul Wahab Sab sampai pada waktu Asar bersama beberapa orang pelajar madrasah dgn menaiki helikopter.

Selama 3 hari lagi kami tinggal di kawasan itu. Gegaran demi gegaran serta hujan yang lebat terus berlaku. Tidak ada apa bantuan yang boleh sampai ke tempat itu. Haji Abdul Wahab telah menghantar sebanyak 9000 beding (alas tidur). Dalam setiap beding disertakan gula, beras dan lain2 sebagai bantuan. Namun, selain daripada kami, tidak ada kehidupan yang tinggal. Di mana2 sahaja kelihatan mayat2 bergelimpangan. Kami telah menyembahyangkan sebanyak 1300 jenazah. Himpunan jenazah yang kami sembahyangkan sekurang-kurangnya 7 mayat sehinggalah 50-60 mayat.

Segala kekuasaan hanyalah mutlak milik Engkau Ya Allah..

Setelah menghadapi mujahadah(susah payah) menguruskan jenazah selama 3 hari, kami berusaha mencari orang2 yang terselamat dan masih hidup di kawasan itu tetapi tidak menemui sesiapa pun yang masih hidup kecuali seorang bayi.Kami berada dalam keadaan yang penuh mujahadah kerana terpaksa menahan bau busuk mayat sehinggakan susah untuk kami bernafas.Pemuda yang bermimpi itu telah nampak malaikat2 memegang tali cambuk. Setiap masa beliau di dalam ketakutan dan kebimbangan.Sekali beliau nampak para malaikat dalam bentuk kanak2,maka amir jemaah telah menyuruh kami mengajarkan beliau kalimah syahadah lalu beliau pun meninggal dunia. Selain daripada beliau ada 3 orang lagi yang telah tua lagi lemah tidak dapat menanggung kesusahan itu lalu mereka juga telah meninggal dunia.

Alhamdulillah, semua ahli jemaah telah bermimipi Nabi Muhammad S.A.W atau mana2 Nabi yang nama mereka ada di dalam Al-Qur’an atau mana2 sahabat Nabi R.Anhum. Mungkin ini ialah hadiah drp Allah S.W.T utk menenangkan kami yang menghadapi ketakutan dan kebimbangan.Saudara2ku sekelian,karkuzari ini bukanlah dongengan , bahkan satu hakikat. Kenapakah azab Allah S.W.T dlm bentuk gempa bumi telah datang? Pada lidah kita ada kalimah tetapi keyakinan tidak ada di dalam hati.

Di kawasan itu, solah berjemaah hidup tetapi tiada amalan2 Nabi S.A.W (dakwah,ta’lim ta’lum,ibadat dan khidmat). Mereka sibuk dgn kemajuan dunia dan menganggap agama adalah satu perkara yang tidak bernilai dan mengaibkan mereka.Sebaliknya mereka menyangka pelajaran moden, fesyen moden, harta dan kekayaan sebagai kemajuan dan kejayaan.Mereka cintakan ahli dunia dan bencikan ahli agama/akhirat.

Saudara2ku,demi Allah tinggalkanlah fikiran2 seumpama itu yang hakikatnya telah kita sama2 lihat.Tuan2 buatlah azam utk mengubah keyakinan dan cara hidup kita kepada cara hidup Nabi Muhammad S.A.W. Kita kena berusaha utk keluarkan diri kita drpd kelalaian dan bersama utk memajukan agama Allah, jika tidak mungkin azab yng lebih besar akan datang. Kami telah pulang ke Markaz Raiwind pada 11 Oktober 2005.

Ya Allah..Terima Kasih kerana mengasihi kami di Malaysia ni..Sedang maksiat,kemungkaran,wanita tidak tutup aurat,isteri derhaka pada suami,manusia memakan harta anak yatim,homoseks,riba berleluasa,minum arak tanpa segan silu,pecah belah dlm urusan agama yg berlaku di kalangan kami namun Engkau masih tidak menimpakan bala yg dahsat seperti yg telah Engkau timpakan ke atas Kashmir,kaum Nabi Luth,tentera Abrahah,tentera Firaun,kaum Ad,umat Nabi Nuh,kaum Tsamud dan pelbagai azab yg telah Engkau beritahu kami melalui kalamMu Al-Quran serta kekasihMu yang kami sanjungi Muhammad s.a.w.

Ya Allah maafkan kami di atas kemungkaran yg telah kami lakukan..Beri lah kami peluang untuk mengubah suasana kemungkaran ini kpd ketaatan..Pilih dan pilih lah lagi kami untuk menjadi pembantu agamamu sehingga kami tiada lagi..Ya Allah perkenankan la harapan kami dan kepadaMu la kami memohon pertolongan..

Ameenn Ya Rabbal Alameen..