Sabtu, 26 Februari 2011

Islam Tidak Akan Bangkit Dengan Jalan Demokrasi

Demokrasi merupakan satu sistem untuk memilih kerajaan sesuatu negara. Dalam sistem demokrasi, semua rakyat yang berkelayakan sama ada bodoh, penjahat, perasuah, pembuat maksiat, pencuri, perompak mahupun pembunuh dibenarkan mengundi untuk memilih kerajaan. Agak kelakar untuk menyatakan bahawa golongan ini akan memilih parti Islam untuk menjadi kerajaan. Berbeza dengan sistem pemilihan di zaman khalifah yang mana pemimpin dipilih oleh ahli syura. Bukan sebarang orang boleh menganggotai ahli syura. Maknanya, pemimpin akan dipilih oleh orang berilmu, yang warak, yang bertakwa kepada Allah.

Demokrasi adalah sistem yang direka oleh dajjal dan dipromosi oleh Zionis, Illumanati, Freemason dan yang seangkatan dengannya. Inilah antara penipuan terbesar oleh dajjal. Nabi Muhammad SAW sendiri mengingatkan bahaya dajjal dengan tipu dayanya. Apabila kita berada dalam sistem demokrasi, kita sebenarnya bermain dalam permainan yang mana peraturannya telah ditetapkan oleh dajjal. Peraturan permainan ini sesekali tidak membenarkan kemenangan kepada umat Islam yang bertakwa. Mungkin ada parti Islam yang menang tapi kemenangannya tidak akan ke mana. Sebutkan kepada saya, sejak 50 tahun lepas adakah keadaan umat Islam menjadi lebih baik dengan sistem demokrasi? Sebutkan negaranya.

Saya pasti bahawa terdapat segelintir umat Islam yang nampak akan penipuan dajjal ini. Umat Islam yang mana mereka mendapat Nur daripada Allah SWT. Umat Islam yang mana solat 5 waktunya di jaga, kusyuk dan berjamaah. Umat Islam yang selalu berjaga di malam hari merintih kepada Allah SWT. Bukannya umat Islam yang sayangkan mercedesnya, sayangkan hartanya. Bukan juga umat Islam yang cakapnya sahaja berdegar-degar tentang Islam namun bukan hati dan perbuatannya.

Sesungguhnya umat Islam amat menanti kedatangan pemimpin yang boleh memimpin mereka keluar dari lembah yang hina ini. Keluar dari belenggu tipu daya dajjal ini. Menunggu "seorang lagi Muhammad SAW". Ya Allah, kasihanilah kami...

3 ulasan:

  1. satu tajuk & penulisan yg benar... sy amat setuju sekali dgn apa yg di perkatakan. sesungguhnya kita teraniaya oleh mereka2 yg terpedaya & tetamakkan

    BalasPadam
  2. Nabi akhir zaman adalah Nabi Muhammad S.A.W. Baginda juga adalah rahmat bagi seluruh alam. Dan mukjizat yang dibawanya maseh ada bersama kita,ia itu kitab Alquran yang dipelihara oleh Allah S.W.T. Termasuk juga sunnah-sunnah yang sahih lagi hassan yang tidak bercanggah dengan Alquran yang menjadi pegangan setiap Muslim. Ingat Allah S.W.T tidak akan mengubah nasib sesuatu ummat sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka.

    BalasPadam
  3. Aku sangat2 setuju dgn entri ni.. islam akan bankit dgn kepimpinan imam mahdi satu hari nanti. Bukan dgn kepimpinan PAS, UMNO, mahupun PKR!!!. Demokrasi tak pernah sempurna. Aku pn rasa korang pun boleh lihat unsur2 illuminati dalam politik kat malaysia mahupun luar negara.. contoh paling jelas lambang mata satu ( eye all seeing ) kat bendera PKR. Aku tak salahkan korang nak pegi undi mana2 parti or pemimpin yg korang sokong. Yg jadi masalah bila disebabkan politik korang berpecah sesama bangsa dan agama. Taksub sangatlah korang semua dengan fitnah2 dan janji2 manis politik. Demokrasi konon!!! INI SEMUA POYO!!!!!

    BalasPadam