Ahad, 13 September 2009

Penulis profilik Islam - Harun Yahya


Harun Yahya atau nama sebenarnya Adnan Oktar merupakan penulis Islam yang tidak asing lagi pada masa kini. Beliau merupakan keturunan Sayyid yang mana keturunannya berasal dari wilayah Kaukasus. Kelahiran Ankara di Turki ini telah menghasilkan banyak buku yang telah menyanggah perbagai teori batil yang dihasilkan oleh penulis-penulis Barat.



Hasil tulisan beliau banyak berkisar tentang penyanggahan terhadap falsafah batil yang menjadi pegangan di Barat seperti teori Darwinism, Atheism dan Materialism. Teori serta gaya penulisan beliau telah berjaya menghuraikan bagaimana falsafah pegangan negara Barat ini sebagai punca kepada masalah-masalah di dunia pada masa ini seperti peperangan, penghapusan etnik dan sebagainya.



Hasil karya beliau boleh didapati di http://www.harunyahya.com/. Malah artikel dalam Bahasa Melayu juga boleh diperolehi dalam laman web tersebut. Pembaca sekalian dibenar untuk menyalin, mencetak dan mengedarkan secara percuma semua artikel di dalam laman web tersebut sebagai satu cara dakwah. Saya mencadangkan pembaca semua agar membaca buku dan artikel hasil karya penulis tersebut kerana ianya boleh memantapkan lagi pemahaman kita terhadap Islam. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan