Pada cuti sekolah ini, sayati mengambil kesempatan untuk menonton perlawanan Kejohanan Bola Sepak MSSM Bawah 18 Tahun 2009 di Kota Bharu. Kebetulan pula pada masa ini saya bercuti di rumah mertua.
Setelah saya menonton beberapa perlawanan, hati saya berkata bahawa bola sepak Malaysia tidak akan ke mana dengan pemain-pemain yang ada. Apa yang saya lihat, taraf permainan bagi pemain yang berusia rata-rata 17 tahun tidaklah begitu memberangsangkan. Jika di Eropah, pemain yang berusia 17 tahun sudah berupaya menunjukkan permainan yang begitu matang.
Pemain-pemain Malaysia bukanlah tidak berbakat sebenarnya. Pada peringkat umur seperti 15 tahun, kita setaraf dengan Jepun mahupun Korea. Ia sebenarnya terbukti pada kejohanan bola sepak serantau.
Namun, kita kena ingat bakat sahaja tidak mencukupi apabila pemain meningkat dewasa. Bakat memainkan peranan yang penting pada peringkat umur yang muda. Namun apabila umur semakin meningkat, sikap dan disiplin akan mula mengambil alih peranan untuk membentuk pemain tersebut pada masa depan. Sebab itulah pasukan kita menyerlah pada masa muda namun prestasi menjunam apabila meningkat dewasa.
Apa yang menjadi masalah adalah tiadanya disiplin dan sikap profesional pada pemain kita. Contohnya, adakah pemain kita membuat latihan tambahan selain apa yang diperolehi semasa latihan rasmi? Saya memberi contoh, Lionel Messi semasa cedera telah mengadakan latihan menguatkan badan selama 8 jam sehari untuk 2 bulan!!! Mampukah pemain kita melakukannya?
Adakah pemain kita mampu bermain selama 90 minit secara berterusan? Jadi, ini berkaitan dengan stamina pemain itu sendiri. Pemain yang tidak cergas dalam Liga Malaysia bukanlah perkara asing. Ianya telah berlarutan sekian lama namun masih tiada apa-apa perubahan. Kita sendiri yang tidak mahu berubah.
Itu belum lagi soal pemakanan. Rasanya tidak ramai yang mengamalkan diet yang betul malah mungkin ramai yang tidak tahu diet yang betul. Contohnya, makanan pedas yang boleh mengurangkan stamina tetapi tidak ramai yang mampu untuk menolaknya. Jadi, ini berkaitan dengan sikap profesional pemain itu sendiri.
Satu lagi kelemahan ketara berbanding dengan pemain negara lain ialah fizikal yang agak lemah. Pemain kita kelihatan mudah goyah jika berlaku "body contact". Contoh yang paling mudah ialah apabila melawan Thailand. Walaupun mempunyai fizikal yang sama besar namun pemain kita nampak seakan mudah goyah.
Bola sepak Malaysia sebenarnya memerlukan perubahan yang menyeluruh jika mahu maju. Dan saya mahu katakan yang kita perlu bermula dengan perubahan pucuk pimpinan kita. Itu yang paling mustahak. Tidak guna jika mampu membawa masuk banyak wang tetapi tiada hasil. Yang kita perlukan sekarang adalah strategi dan pelaksanaan yang betul untuk membangkitkan bola sepak kita.
Prestasi teruk skuad negara dan kualiti Liga Malaysia yang rendah sebenarnya memberi kesan negatif jangka panjang kepada bola sepak Malaysia. Anda lihatlah padang bola sepak di bandar mahupun desa yang semakin sunyi. Semakin kurang masyarakat yang berminat untuk bermain bola sepak. Kejohanan anjuran kampung-kampung juga semakin kurang. Tidak begitu meriah seperti saya kecil dulu. Pada kejohanan yang sebeginilah yang sebenarnya memasyarakatkan bola sepak. Apabila masyarakat sudah tidak berminat dengan bola sepak, bagi saya pasukan kebangsaan tidak akan ke mana.

Hmm, betul tu lan, banyak lagi kena wat, pemain kita lagi satu, bila dah main ngan negeri depa bukan nak dengaq cakap orang lain dah, contoh masa bekas pemain EPL datang tunjuk aja bukannya depa nak ambik peluang tu belajaq tapi lari lagi ada laa.. wuwu dah macam mana nak gaji mahai-mahai macam EPL, poser banyak la, poyo zidane pun ada tapi main hamprek, pemalas...
BalasPadamP.S: Nasib baik stadium Kelantan masih utuh dan kuat.
Kena ubah mentaliti pemain kita. Bukan stakat asah skill dan taktikal sahaja. Kena ajar juga pemakanan yang betul..cara hidup yang betul..cara berfikir yang betul. Yang akan perasan..budak2 bola yang juga pandai dalam akademik lebih dapat maintain prestasi mereka. Pemain Jepun 100% lulusan universiti.
BalasPadamsetuju bahawa soal makanan di antara faktor penurunan stamina..aku sekarang ni yang bermain bola pun tak sampai ke mana2...tp ada beberapa orang kawan aku yang sekarang ini boleh nampak tahap stamina yang agak ok la...walaupun aku main bola just minat dan saja2...tp aku mengamalkan diet dan makan, makanan yang sihat, aku da nampak hasilnya..demi bola sepak aku kekadang sanggup buat yang terbaik..walaupun aku bukanlah pelapis bola...mungkin keturunan keluarga yg kuat bermain bola..dan sampailah ke generasi aku...tp aku rasa aku x cukup bgs dan memang aku x bgs pun ..masih byk lagi aku perlu buat...belajar dan terus belajar menjadi seorang player boleh diharap semasa bila bermain walaupun bermain di tahap kampung...
BalasPadam