Ahad, 19 April 2009

Manusia Gergasi Nephilim.

Ketika kecil dulu saya sering diberitahu bahawa manusia pada zaman dahulu mempunyai ketinggian seperti pokok kelapa. Saya hanya 50-50 sahaja bahawa perkara yang diberitahu itu adalah benar. Namun cuba anda lihat gambar di bawah ini. Harap-harap ini bukan gambar "super impose".


Manusia ini dikenali dengan nama "nephilim giants". Saya pun tidak begitu jelas mengenai perkara ini. Setakat yang saya tahu, Nephilim ini turut terdapat di Amerika Syarikat pada zaman awal penghijrahan bangsa Eropah ke sana. Namun, Nephilim ini telah dibunuh oleh pendatang awal. Tidak diketahui sebab Nephilim ini dibunuh. Bukti-bukti kewujudannya diketahui oleh Smithsonian Institution namun disembunyikan.


Ada pihak mendakwa bukti kewujudan Nephilim ini sengaja disembunyikan atau tidak dihebahkan kerana boleh menggugat teori evolusi yang dikemukakan oleh Darwin yang mengatakan manusia berasal daripada beruk. Sudah tentu Yahudi yang mendapat manfaat daripada teori evolusi Darwin yang berusaha untuk menyembunyikan perkara ini.

Saiz jentolak kelihatan kecil berbanding rangka nephilim.






1 ulasan:

  1. Selepas dihapuskan alam makhlok terdahulu sebelum penciptaan Nabi Pertama, Nabi Adam AS, karena mereka sering perperang melakukan kerosakan, lantas Allah hapuskan mereka itu. Maka bermula pula sejarah baru penciptaan makluk bernama manusia, diciptakan dari Tanah Nurani Mekah. Setelah siap lembaga Tok Adam AS, maka bermula keengkaran Iblis karena ngak mahu sujud hurmat kepada lembaga Tok Adam AS dsbnya dan seterusnya.

    Ada dikhabarkan sosok jasad ragawi Nabi Adam AS, yakni Tok Adam kita tingginya 60 hasta. Maka pasangannya Opah Hawa kita koq mungkin rendah kecil sedikit. Apakah mereka Tok Adam dgn Opah Hawa berdua itu bisa dibilangkan manusia gergasi aka "Nephilim" juga? Ato apakah Nephilim itu saki-baki peninggalan makhluk terdahulu yg terselamat dari kemusnahan, sebelum penciptaan Nabi Adam AS?

    BalasPadam