Sabtu, 26 Februari 2011

Islam Tidak Akan Bangkit Dengan Jalan Demokrasi

Demokrasi merupakan satu sistem untuk memilih kerajaan sesuatu negara. Dalam sistem demokrasi, semua rakyat yang berkelayakan sama ada bodoh, penjahat, perasuah, pembuat maksiat, pencuri, perompak mahupun pembunuh dibenarkan mengundi untuk memilih kerajaan. Agak kelakar untuk menyatakan bahawa golongan ini akan memilih parti Islam untuk menjadi kerajaan. Berbeza dengan sistem pemilihan di zaman khalifah yang mana pemimpin dipilih oleh ahli syura. Bukan sebarang orang boleh menganggotai ahli syura. Maknanya, pemimpin akan dipilih oleh orang berilmu, yang warak, yang bertakwa kepada Allah.

Demokrasi adalah sistem yang direka oleh dajjal dan dipromosi oleh Zionis, Illumanati, Freemason dan yang seangkatan dengannya. Inilah antara penipuan terbesar oleh dajjal. Nabi Muhammad SAW sendiri mengingatkan bahaya dajjal dengan tipu dayanya. Apabila kita berada dalam sistem demokrasi, kita sebenarnya bermain dalam permainan yang mana peraturannya telah ditetapkan oleh dajjal. Peraturan permainan ini sesekali tidak membenarkan kemenangan kepada umat Islam yang bertakwa. Mungkin ada parti Islam yang menang tapi kemenangannya tidak akan ke mana. Sebutkan kepada saya, sejak 50 tahun lepas adakah keadaan umat Islam menjadi lebih baik dengan sistem demokrasi? Sebutkan negaranya.

Saya pasti bahawa terdapat segelintir umat Islam yang nampak akan penipuan dajjal ini. Umat Islam yang mana mereka mendapat Nur daripada Allah SWT. Umat Islam yang mana solat 5 waktunya di jaga, kusyuk dan berjamaah. Umat Islam yang selalu berjaga di malam hari merintih kepada Allah SWT. Bukannya umat Islam yang sayangkan mercedesnya, sayangkan hartanya. Bukan juga umat Islam yang cakapnya sahaja berdegar-degar tentang Islam namun bukan hati dan perbuatannya.

Sesungguhnya umat Islam amat menanti kedatangan pemimpin yang boleh memimpin mereka keluar dari lembah yang hina ini. Keluar dari belenggu tipu daya dajjal ini. Menunggu "seorang lagi Muhammad SAW". Ya Allah, kasihanilah kami...

Revolusi di Mesir

Negara di Timur Tengah lazimnya diperintah oleh rejim kuku besi. Ramai antara pemimpin di Timur Tengah berkuasa sehingga 30 tahun. Walaupun ada yang mengadakan pilihanraya namun diketahui ramai bahawa pilihanraya tersebut adalah tidak adil. Para pemerintah di sana adalah kaya raya namun rakyatnya ramai yang miskin.

Negara yang melantik dirinya sendiri sebagai "Polis Dunia" iaitu Amerika Syarikat diketahui amat kritikal terhadap negara yang Amerika Syarikat labelkan sebagai pemerintah kuku besi seperti Russia, China, Iran dan sebagainya. Rekod Hak Asasi Manusia bagi negara ini sering dipersoalkan. Namun agak pelik apabila segelintir negara yang mengamalkan pemerintahan kuku besi seperti Mesir, Tunisia dan Arab Saudi sekadar menyebut beberapa nama tidak dikritik dan dikacau. Disinilah menampakkan bahawa Amerika Syarikat bukanlah ikhlas untuk menjaga hak asasi manusia. Sokongan mahupun permusuhan terhadap negara tertentu adalah mengikut kepentingan mereka.

Tentu ada sebab mengapa Amerika Syarikat tidak cuba menjatuhkan Hosni Mubarak sebelum ini. Sebab yang paling jelas adalah kerana Mesir yang diperintah oleh Husni Mubarak boleh dicucuk hidungnya supaya tidak menentang kejahatan Israel. Jadi, bagi Amerika Syarikat , tidak mengapa jika Hosni Mubarak mengamalkan kronisme, mengadakan pilihan raya yang tidak adil, mengumpul kekayaan untuk dirinya sendiri dan sebagainya.

Buat masa sekarang, terdapat dua pandangan tentang revolusi di Mesir. Yang pertama mengatakan ianya baik dan akan membawa kemenangan kepada umat Islam. Pandangan yang kedua juga mengatakan baik namun tidak pasti adakah pemimpin seterusnya berjiwa Islam? Amerika Syarikat sudah pasti akan berusaha menempatkan pemimpin yang pro-AS sebagai presiden Mesir. Seorang pemimpin yang berjiwa Islam sudah semestinya tidak dibenar memerintah negara yang strategik ini oleh Amerika Syarikat. Lihat, Mesir mengawal Terusan Suez dan yang paling penting bersempadan dengan Israel. Apa agenda Amerika Syarikat dan Zionis sebenarnya di Timur Tengah?

Kesimpulannya, umat Islam mesti berhati-hati dengan presiden Mesir yang akan datang. Perlu dibuat kajian dengan terperinci sama ada pemimpin ini membawa kebaikan kepada umat Islam. Jika anda mahukan pandangan yang sedikit kelainan, carilah pandangan yang berasaskan "teori konspirasi". Sesiapa yang belum pernah menerokai "teori konspirasi, mungkin anda sedikit terkejut namun saya pasti anda akan teruja.