Rabu, 6 Mei 2009

Babi dan Selsema Babi



Tiada apa yang lebih hangat sekarang ini berbanding dengan berita selsema babi. Wabak yang dikatakan bermula di Mexico itu telah menjangkiti ribuan orang serta menyebabkan kematian lebih kurang 200 orang hanya dalam masa 3 minggu!!! Selsema babi bukanlah asing sebenarnya. Dalam tahun 1920-an, satu selsema babi yang dikenali sebagai Selsema Sepanyol (Spanish Flue) telah menyebabkan 60 juta orang meninggal dunia. Satu jumlah kematian yang amat dasyat sekali.

Kita juga sedang dilanda selsema burung namun kurang berbahaya berbanding selsema babi. Kenapa? Kerana selsema burung hanya boleh dijangkiti daripada haiwan kepada manusia. Jadi kita boleh menyekat pergerakan haiwan mahupun membunuhnya. Namun, selsema babi menjadi teramat bahaya kerana ianya boleh dijangkiti daripada manusia kepada manusia melalui udara. Kemajuan sistem perhubungan yang membolehkan manusia bergerak ke seluruh dunia dengan pantas menyebabkan selsema babi ini tersebar dengan begitu pantas ke seluruh dunia. Selain dua virus tersebut, jangan lupa tentang Virus Nipah yang telah telah meragut lebih 60 nyawa di negara kita, juga berasal daripada babi.

Babi merupakan perumah yang baik kepada virus selsema. Virus telah berevolusi di dalam babi. Maksudnya, babi boleh berubah daripada virus biasa menjadi lebih berbahaya. Jika virus selsema burung setakat ini tidak boleh menjangkiti daripada manusia kepada manusia, namun virus selsema ini boleh berevolusi di dalam badan babi dan boleh menjangkiti daripada manusia kepada manusia. Jika ini berlaku, kita sebenarnya berada dalam situasi yang teramat berbahaya.

Jika virus yang baru seperti selsema babi ini muncul, saintis sebenarnya mengambil masa yang agak lama untuk mencipta vaksinnya. Bayangkan jika wabak ini telah tersebar dengan luas namun vaksinnya belum lagi ditemui, ia mungkin akan meragut berjuta-juta nyawa manusia. Mungkin kita terpaksa mengkuarantinkan diri kita sendiri di dalam hutan untuk mengelakkan dijangkiti penyakit ini.

Jadi, apakah cara terbaik untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku? Bagi saya, memusnahkan babi adalah cara terbaik untuk menghapuskan penyakit ini. Seperti yang kita banyak virus yang berbahaya berevolusi di dalam badan babi, jadi mengapa kita tidak memusnahkan babi?

Sekarang, saya lebih jelas mengapa Allah mengharamkan kita memakan babi. Dengan tidak memakan babi, secara automatik kita juga tidak menternak babi. Dengan tiadanya babi, virus ini tidak ada tempat untuk berevolusi. Sesunggunhnya peristiwa ini telah meningkatkan iman dan keyakinan kita kepada Allah SWT. Allah itu Maha Mengetahui. Allahuakhbar!!!