Ahad, 29 Mac 2009

Peristiwa 9/11 - Satu Konspirasi Yahudi.

Adakah anda masih ingat peristiwa 9/11? Peristiwa pengeboman WTC pada 11 September 2001 itu walaupun telah 8 tahun berlalu namun masih banyak misteri yang belum terungkai. Adakah benar ianya satu perbuatan yang disengajakan? Mari kita lihat.
WTC yang diperbuat daripada keluli tidak akan runtuh dengan kebakaran sedemikian rupa. Laporan yang menyatakan bahawa WTC runtuh disebabkan teras besinya telah menjadi lembut akibat suhu yang panas telah dipertikaikan. Hasil kajian mendapati teras besi itu tidak menjadi panas. Oleh itu, bangunan itu tidak sepatutnya runtuh. Jadi, bagaimana WTC boleh runtuh dalam kebakaran hanya selama 90 minit?
Mengikut kata saksi dalam kejadian itu, mereka mendengar beberapa letupan bom sejurus sebelum WTC itu runtuh. Jika anda perhatikan dengan teliti video runtuhan WTC, anda akan nampak letupan pada bangunan tersebut. (rujuk www.youtube.com/watch?v=uilVwJN1qT8).
Selain itu, bangunan di tepi WTC iaitu WTC7 yang tidak dirempuh kapal terbang serta hanya diliputi debu-debu runtuhan turut runtuh!!!!! Mengapa perkara yang sebegini pelik boleh berlaku? Jawapannya ialah bangunan itu turut diletupkan dengan bom.
Marvin P. Bush iaitu adik Presiden Bush merupakan pemilik SECURACOM. Syarikat ini merupakan pengendali keselamatan bagi WTC, Dulles International Airport dan United Airlines yang mana ketiga-tiganya terbabit dalam kejadian ini.
Kesimpulan yang dibuat oleh pakar ialah WTC memang telah dilanggar oleh kapal terbang namun keruntuhan WTC bukanlah disebabkan oleh kesan pelanggaran kapal terbang tetapi disebabkan bom yang dipasang di dalam bangunan tersebut. Mengapa AS mengebom bangunan mereka sendiri?
Mari kita kaji pula bangunan PENTAGON yang didakwa dirempuh oleh kapal terbang. Tahukah anda bahawa tidak ada langsung serpihan kapal terbang pada bangunan terbabit mahupun disekitar kawasan itu. Itulah yang sebenarnya yang terjadi. Tambah mengusutkan keadaan, daripada lebih 60 kamera yang menghala ke PENTAGON, tidak ada satupun yang merakam perlanggaran terbabit. Sebaliknya hanya gambar letupan yang dirakam. Disamping itu, luas kawasan perlanggaran tidak telus pun untuk sebuah kapal terbang. Tidakkah ini sesuatu yang pelik?
Setelah saya membuat kajian di internet, saya membuat kesimpulan berikut. Pihak AS sendiri yang melakukan kejadian ini tetapi menuduh al-Qaeda yang melakukanya. Pihak AS dan konco-konconya telah menjadikan kejadian sebagai satu alasan untuk menjayakan agenda jahat mereka. Sekarang mereka telah ada alasan untuk menyerang negara-negara Islam.
Anda lihat, selepas peristiwa 9/11, AS telah pun berjaya menjajah dan memusnahkan negara Afganistan dan Iraq. Sekarang ianya telah mereka ke satu lagi negara Islam iaitu Pakistan. AS juga telah cuba untuk mencari jalan bagi menakluk Iran dan Syria dengan memainkan isu senjata nuklear dan sokongan terhadap pengganas. Tindakan AS ini sebenarnya adalah hasil "tangan-tangan Yahudi". Yahudi telah menggunakan AS untuk berperang dengan umat Islam bagi pihak mereka. Yahudi yang sememangnya amat benci dan memusuhi umat Islam dan agamanya ingin melihat kehancuran Islam.
Adakah kita umat Islam di Malaysia selamat daripada "permainan" ini? Adakah tahun depan kita masih dapat makan nasi? Adakah tahun depan kita masih dapat hidup dengan aman damai? Adakah tahun depan kita masih lagi diperintah oleh pemerintah Islam? Janganlah anda terlalu yakin.
Cubalah lihat jiran-jiran kita.
Thailand, merupakan sekutu kuat AS. Mereka selalu mengadakan latihan ketenteraan bersama. Sejak dari zaman dahulu lagi, Thailand (Siam) memang selalu menyerang kita. Adakah selepas ini, mereka tidak lagi menyerang Malaysia? Bagaimana jika AS menawarkan untuk "mengembalikan" Terengganu,Perlis, Kedah dan Kelantan kepada Thailand? Ingat, AS sanggup menggunakan apa sahaja strategi untuk menghancurkan umat Islam hatta dengan mengorbankan rakyat negara mereka sendiri pun.
Filipina juga merupakan sekutu kuat AS malahan selalu mengadakan latihan ketenteraan bersama. Dalam peperangan dengan Bangsamoro, AS turut terlibat secara tidak langsung dengan membantu Filipina. Filipina juga secara rasmi belum lagi menggugurkan tuntutan terhadap Sabah.
Jangan lupa Singapura. Saya pernah lihat di televisyen Singapura, tanpa berselindung mereka menunjukkan simulasi berperang dengan Malaysia. Singapura juga menggunakan ideologi dan strategi ketenteraan Israel. Singapura juga meletakkan jet pejuang mereka di Taiwan untuk tujuan latihan kerana betuk muka bumi Taiwan yang hampir sama dengan muka bumi Malaysia. Malah, Singapura juga mendapat keistimewaan daripada AS apabila dibenarkan membeli kelengkapan ketenteraan yang terkini daripada AS sedangkan Malaysia hanya dibenarkan membeli kelengkapan tentera yang telah usang.
Jadi, perasankah kita bahawa kita dikelilingi oleh jiran-jiran yang tidak begitu memihak kepada kita? Jiran yang AS bila-bila masa boleh gunakan untuk menghancurkan kita. Pernahkah anda dengar bahawa pihak British pernah menawarkan kepada Tunku Abdul Rahman untuk menghancurkan kapal British tetapi menuduhkan Indonesia yang melakukan sebagai alasan untuk menyerang Indonesia? Jadi, Mat Saleh ini memang menggunakan pelbagai cara untuk menghancurkan pihak lain.
Sudahkan Malaysia bersedia untuk mempertahankan diri? Saya bagi jawapannya "TIDAK". Malaysia masih bergantung kepada peralatan pertahanan daripada AS, Russia dan Eropah yang sudah semestinya tidak akan menjual peralatan terbaik mereka apatah lagi jika kita berperang dengan mereka. Kita juga masih belum mempunyai industri pertahanan kita sendiri. Orang lain sudah 100 tahun lebih membuat kapal terbang tetapi orang kita masih lagi belum mampu membuatnya. Jiwa orang kita juga masih belum begitu kental. Kita lebih sukakan hiburan, filem, lagu, bersembang kosong, banyak berehat dan sebagainya. Hasilnya, orang lain sudah begitu jauh ke depan tetapi kita masih lagi di takuk sekarang. Saya tidak kata kepada orang sahaja tetapi juga kepada diri sendiri. Sekian, Wassalam dari Roslan Ismail.

Isnin, 9 Mac 2009

Nibiru - Ancaman Dari Angkasa Lepas




Sahabat-sahabat sekalian, dalam kehidupan ini kita seringkali mengalami masalah dan ancaman, yang paling terkini adalah masalah kenaikan harga minyak dan juga kenaikan harga barang keperluan. Semua ini adalah masalah yang berlaku akibat dari dalam bumi itu sendiri. Sekarang, saya ini berkongsi informasi bersama sahabat-sahabat mengenai ancaman yang datang dari luar bumi yang perlu kita semua tahu dan seterusnya dapat menghayati kekuasaan Allah yang Maha Hebat.

Allah SWT telah menciptakan banyak bintang di alam semesta dalam kuantiti yang tidak terbilang selagi dikehendakiNya. Dari pandangan sains astronomi, gugusan bintang ini diberi nama galaksi nama ‘galaksi’. Terdapat banyak galaksi yang hanya ALLAH saja yang tahu jumlah sebenarnya. Salah satu daripadanya adalah galaksi di mana bumi kita berada di dalamnya yang diberi nama ‘bima sakti’.Dengan kuasa ALLAH diciptakanNya pula objek langit dan planet berputar mengelilingi matahari mengikut orbit yang tersusun. Kumpulan planet yang bergerak mengelilingi matahari, diberi nama pula Sistem Suria (Solar System). Begitu pula dengan galaksi lain yang memiliki pusatnya sendiri. Putaran planet terhadap pusat galaksi secara tersusun ini kemudian disitilahkan sebagai ‘orbit’.



Pakar-pakar astronomi menyatakan kini sudah banyak planet yang berputar secara berbalik arah, jika di planet bumi kita ini matahari masih terbit dari arah timur, maka beberapa tahun ini terdapat fenomena baru yang di dalam pemantauan ahli astronomi ini planet lain sudah mulai berbalik arah dan matahari terbit dari arah barat. Dari sisi ilmiah, inilah pertanda akhir zaman mendekati kiamat, sebagaimana petunjuk dari Nabi junjungan kita, Muhammad SAW. Dalam kekalutan memantau berterusan pergerakan planet-planet yang telah berlawan arah ini, mereka menemui satu planet baru yang di beri nama Planet Nibiru (ada yang panggil Planet X).

Nibiru ini ditarik oleh daya graviti matahari yang besar dalam sistem suria kita, sehingga kemudian ia masuk ke dalam orbit planet-planet dalam keadaan berlawanan arah, dan suatu masa nanti Nibiru akan bertembung dengan bumi. Para sainstis meramalkan 50 tahun lagi Nibiru ini akan memasuki orbit sistem suria kita, sejak ia ditemui pada tahun 2003. Dengan kata lain, kehancuran bumi bakal terjadi pada tahun 2053? Ada laman web yang menyatakan pertembungan ini berlaku pada 2012. Dari segi sains, pembolehubah-pembolehubah yang terlibat adalah dinamik dan boleh berubah ubah. Atau adakah ini adalah kiamat yang disebut dalam Al-Quran? ALLAH Maha Berkuasa atas segala-galanya.



Lintasan Planet Nibiru ke dalam sistem suria dikatakan bakal memberikan impak yang dahsyat di bumi. Gempa-gempa bumi terkuat dalam sejarah manusia moden akan terjadi ketika ini. Setelah bumi bergerak sejajar dengan medan magnet Nibiru, gempa bumi berskala lebih 9 skala Richter akan berlaku dan akan dirasai banyak tempat di dunia. Ketulan ais di kutub akan terbelah dan mencair, meningkatkan aras air laut sehingga menenggelamkan banyak tempat di dunia. Gelombang tsunami raksasa juga dijangkakan akan berlaku pada masa tersebut.

Gangguan elektromagnetik yang berlaku di planet-planet lain dalam sistem suria ketika ini juga dipercayai disebabkan oleh graviti Nibiru. Perubahan cuaca yang agak ekstrem ini juga dipercayai berpunca daripada ketidakstabilan gelombang elektromagnetik bumi akibat pengaruh Nibiru. Namun, kita sebagai rakyat Malaysia yang masih mentah dalam astronomi tidak mengetahui dan tidak didedahkan dengan pengetahuan tersebut. Walaupun, kita sudah ada angkasawan, namun, kita masih terlalu muda untuk melibatkan diri dalam sains angkasa lepas. Kita hanya disuapkan dengan fenomena pemanasan global dan perubahan cuaca dunia yang disebabkan oleh aktiviti manusia sendiri. Walhal, pengaruh luar bumi juga turut menyumbang kepada fenomena ini.



Kestabilan medan magnet bumi yang dipengaruhi oleh matahari akan terganggu oleh lintasan Nibiru. Pergerakannya memasuki sistem suria menyebabkan suhu teras bumi meningkat secara mendadak akibat adanya pertambahan gerakan berputar di dalamnya. Ketika teras bumi cuba mencapai keseimbangan bagi perubahan mendadak dalam sistem suria, keadaan ini akan menghasilkan kesan sampingan yang teruk antaranya perubahan cuaca yang tidak stabil dan meningkatnya aktiviti gunung berapi seperti yang berlaku sekarang.



Peningkatan suhu teras bumi mengakibatkan peningkatan berkala pada aktiviti seismik dan gunung berapi. Gempa bumi pun sering terjadi. Daerah pegunungan diancam bahaya lahar. Kepanasan dari teras bumi bumi diserap oleh mantel dan akhirnya kerak bumi mengakibatkan peningkatan suhu dasar laut. Air laut yang semakin panas akan merubah pola arusnya, taburan hujan berubah dan pola-pola meteorologi terganggu.



Adakah keadaan ini membawa kepada kejadian kiamat? Allah SWT telah berfirman banyak kali dalam Al Quran yang menjelaskan betapa dahsyatnya kiamat. Seperti di dala Surah Al-Waqiah ayat 1 hingga 6 yang bermaksud: “Apabila terjadi hari kiamat, tidak seorangpun dapat berdusta tentang kejadiannya. (Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain), apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya, dan gunung-gunung dihancur luluhkan seluluh-luluhnya, maka jadilah ia debu yang berterbangan,”. Jika benar pertembungan ini yang memulakan kiamat, maka itu ALLAH SWT jualah yang menghendakinya.



Dan jika makluman ahli sains angkasa itu salah, maka hendaklah kita jadikan renungan dan iktibar. Marilah kita muhasabah diri kita. Kita diminta oleh Rasullullah SAW untuk membaca, memelihara dan menyebarkan Al Quran. Perkara kiamat adalah ketentuan Allah yang mutlak dan pasti akan berlaku. Yang penting bagi kita adalah bersedia untuk menghadap ALLAH. Adakah kita telah bersedia?
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web ini.

Sabtu, 7 Mac 2009

Bola Sepak Bawah 15 Tahun, Seri Rompin tempat ke-4


Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 Tahun MSSM yang bermula pada 4 Mac 2009 telah pun berakhir. SMK Seri Rompin telah mendapat tempat ke-4.

SMK Seri Rompin yang merupakan juara bertahan telah diletakkan dalam kumpulan A bersama-sama dengan MRSM Muadzam Shah dan juga SMK Muadzam Jaya. Pada perlawanan pertama menentang MRSM, SMK Seri Rompin kalah 0-1. Namun pada perlawanan kedua menentang SMK Muadzam Jaya, SMK Seri Rompin bangkit untuk menang 2-1. Keputusan itu meletakkan SMK Seri Rompin berkedudukan naib johan seterusnya layak ke pusingan kedua dengan sistem kumpulan XY.

Dalam pusingan kedua, SMK Seri Rompin telah diletakkan dalam kumpulan Y bersama-sama dengan SMK Tanjung Gemuk dan juga BANTURA. Menentang SMK Tanjung Gemuk, pemain SMK Seri Rompin yang majoritinya dari Tingkatan 2 gugup berdepan dengan pemain yang pantas dan sasa. Hasilnya, SMK Seri Rompin tewas mudah 0-4. Perlawanan seterusnya menentang BANTURA, SMK Seri Rompin menang 2-0. Gol-gol disumbangkan oleh Anuarul dan juga Ridzuan.

Keputusan itu melayakkan SMK Seri Rompin untuk perlawanan penentuan tempat ke-3/4, sekali lagi menentang MRSM. Perlawanan berlangsung sengit apabila tamat masa, perlawanan berkesudahan 1-1. Ini memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan. Pada separuh masa pertama masa tambahan tersebut, SMK Seri Rompin ketinggalan 1-2. Jurulatih SMK Seri Rompin, En. Bustami membuat percaturan mengejutkan dengan menukar formasi kepada 4-3-3 serta meletakkan pemain sweeper menjadi penyerang. Taktik itu seolah-olah memakan diri apabila SMK Seri Rompin sekali lagi dibolosi menjadikan kedudukan 1-3. Namun, taktik itu mula berhasil pada 10 minit terakhir apabila SMK Seri Rompin menggempur habis-habisan ke kubu MRSM. Hasilnya, pemain sweeper yang ditukarkan menjadi penyerang iaitu Fakhrul berjaya menghasilkan 2 gol untuk kedudukan terikat 3-3.

Ini memaksa keputusan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi tendangan penalti. Namun keputusan anti-klimaks menyebabkan SMK Seri Rompin hanya berpuas hati ditempat ke-4. Kebangkitan dalam masa tambahan gagal diteruskan dalam sepakan penalti apabila 4 orang penendang gagal memasukkan bola ke dalam gawang sama ada tersasar ataupun ditepis penjaga gol.

Walau bagaimanapun, tempat ke-4 sudah memadai target SMK Seri Rompin untuk menjadi 4 pasukan terbaik. Seorang pemain iaitu Fakhrul telah dipanggil untuk mewakili skuad daerah Rompin. Juara bagi edisi kali ini dimenangi oleh SMK Rompin yang telah mengalahkan SMK Tanjung Gemuk pada perlawanan akhir dengan 2-0.

Secara keseluruhannya, SMK Seri Rompin masih lagi ketinggalan terutamanya dari segi kemahiran dan juga susuk tubuh. Yang paling ketara adalah dari segi susuk tubuh yang agak kecil terutamanya barisan penyerang. Kemahiran asas seperti menahan bola dan menggelecek juga perlu digilap. Dari segi taktikalnya agak boleh dibanggakan kerana pemain dapat melakukan apa yang diajar semasa latihan. Satu lagi kelemahan yang ketara ialah stamina yang tidak mencukupi. Ramai pemain yang 'lembik' untuk menghabiskan 70 minit.

Bagi saya pula sebagai Penolong Jurulatih, banyak pengalaman yang saya perolehi. Banyak tip yang diberikan oleh jurulatih berpengalam En. Bustami Ahmad selaku ketua jurulatih. Banyak lagi yang saya perlu pelajari terutamanya dari segi taktikal, membaca permainan serta memilih pemain yang betul dan meletakkan di tempat yang betul. Perubahan taktikal drastik semasa perlawanan menentang MRSM banyak mengajar saya untuk berfikir di luar kotak.